Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Friday, September 13, 2013

:: Bantuan untuk pembinaan masjid Kg Ketam Kerdau Temerloh Pahang ::


Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua..
Untuk makluman, sebuah masjid akan didirikan di kampung saya, Kg. Ketam, Kerdau, Temerloh, dan ianya dijangka siap pada 2014. Namun begitu, kos pembinaan adalah tidak termasuk mimbar, kerusi khatib, gerbang mehrab dan karpet.

Oleh itu, jawatankuasa badan kebajikan Masjid Kg Ketam amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat memberikan sedikit sumbangan bagi tujuan yg tersebut, untuk keselesaan imam, jemaah dan penduduk kampung bagi menunaikan ibadah.

Sekiranya berminat, anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun berikut :

No akaun : 06028010048187
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama : Badan Kebajikan Masjid Kg Ketam, Kerdau

Disini dilampirkan beberapa gambar pembinaan masjid, dan pelan masjid utk rujukan anda. Sumbangan daripada anda amatlah dihargai, dan diharap anda dapat 'share' kan info ini untuk pengetahuan dan tindakan bersama. Semoga sumbangan dan amal serta usaha kecil yang kita lakukan ini diberkati Allah hendaknya..amin..
Insya Alah...







Thursday, August 22, 2013

:: Kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highlands ::

Salam semua..
Tekejut dengar berita semalam..lagi kemalangan melibatkan bas di kawasan peranginan tanah tinggi..aritu kat cameron, ni kat genting pulak..takutnya..menurut berita, 37 disahkan maut, dan 16 lagi cedera yg mana 14 daripadanya adalah kritikal..kesemua 49 orang mangsa telah dibawa naik dan kerja2 menyelamat telah pun dihentikan..semoga semua ahli keluarga mangsa yg meninggal dunia tabah hadapi keadaan ni, dan kita semua, hati2 bila memandu, beringat, dan sentiasa pastikan kenderaan anda cukup sempurna kalau nak panjat kawasan berbukit dan bercerun mcm ni..

Sumber : Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber : malaysiakini

Sumber : Malaysiakini

Menurut berita terkini tv3 sebentar tadi, pihak forensik masih dalam proses bedah siasat utk kenalpasti punca kematian dan juga mengenalpasti mayat..untuk berita penuh boleh baca di sini :

http://www.malaysiakini.com/news/238917

http://www.ohtidak.com/oh-kemalangan-bas-di-genting-highland/



Thursday, May 16, 2013

:: Tanah Getah Untuk Dijual ::

Salam semua..
Just nk inform, bagi sesiapa yang tengah mencari tanah, kat sini ada tanah getah untuk dijual..
Keluasan tanah - lebih kurang 3.5 ekar, harga rm200k..
Lokasinya adalah di Desa Murni, Kerdau, Temerloh , Pahang..
Masih bertanam getah, dan masih boleh ditoreh..
Sesiapa yang berminat untuk bertanya dan ingin mendapat kan info dengan lebih lanjut, boleh contact En. Kamarudin - 0132878782

Siapa cepat dia dapat ya..




Friday, May 10, 2013

:: 10 tips mengajar bayi ::

Dapat info dari Pa & Ma..share kat sini utk rujukan sendiri dan juga utk bacaan kita bersama..sangat berguna untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak2..

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajaran yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
* saya mmg cukup pantang kalau org berbahasa baby ni.."baby nak syusyu ke.." ataupun "baby nak cucu ye.." isk..apa salahnya sebut elok2 kan..
   
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
* khaleef mmg suka kalau apa yg dia buat, kita puji dia, like tepuk tangan ke, so dia tau kita gembira dengan apa yang dia buat..confirm die akan tergelak sama..  

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
* yg ni qaisara selalu buat..die bukak buku, kompem adik dtg dekat..then, die bukak kan kamus bergambar..adik diam je tgk apa yg akak baca..good girl laa kakak ni..  

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
* qaisara, seusia 3 tahun dah kenal A-Z, 1-20 dalam english dan bahasa melayu..alhamdulillah..skrg dh 4 tahun, dah pandai baca walaupun kadang - kadang merangkak sikit..  

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.   

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10.Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Wednesday, April 17, 2013

:: Marathon demam + batuk + selsema ::

Salam semua..

lamanye lahai tak lahai xsembang2 kat sini..terbiar dah blog ni ha..tuannye asyik bz je manjang..lagi2 nak cuti ni ha, siapkan order lagi, supply barang bakery lagi, kerja opis lagi..haih, pengsan dibuatnya..asal bukak je blogger ni, ada j hal nak kene buat..budak ni nak susu lah yg sorang panjat kaki lah, yg sorang lagi ajak membaca lah..aduhhh..sian blog aku neh..terabai..

satu lagi yg menambah kerja nya, ialah marathon demam + selsema dan batuk ni ha..bukan takat anak2 je, mak pak nye pun turut sama..aritu mak dah mc dah 2 hari..pastu sambung dengan anak2 pulak..kejap batuk, kejap selsema..aasalnya batuk je, terus demam, yg sorang lagi memula mild je selsema dia, pastu jadi demam pulak..normal laa budak2 kan..tapi yg tak larat ibunye laa..skang ni ayahnya pun tgh sakit tekak..hari2 dok telan air asam jawa jek..yelah, dia lagi kesian..hari2 g keje balik keje naik moto..dengan cuaca panas, dengan debu lagi..bukan die xnak naik kereta, cumanya jalan yg dia lalu adalah federal highway, dah sah2 jem pepagi..so die decide naik moto je laa..insyaAllah ok je lah..tawakal..huhu..

harini qaisara cuti, xgi skolah..kang ayahnya balik kerja kang nak g poslaju pegi pos barang2 order yang amats banyak tu, then terus nak g klinik..die xde laa panas sangat demamnya, tapi dedar je dari semalam..skang ni pun tgh melompat dengan adiknya..kejap2 main masak2, kejap2 main tab, kejap2 main laptop..xkisah lah, janji die tak melepek je kan..kang kalau lemau je kang, susah hati juga dibuatnya..

C360_2013-04-07-18-40-53

buah hati pengarang jantung ibu..love u sayang!

hope qisara cepat sihat ya..ibu risau berjangkit pulak dengan adiknya kang..dah laa adiknya baru reda batuk die lepas demam aritu..nak buat cemana kan? even jaga anak sendiri, tapi kalau dah kakak nya bawak virus dari school, makanya nak tak nak kene terima jugaklah hakikat..pass baton je lah kejenya lepas nih..haih, sabar jelah..

Thursday, March 21, 2013

:: Bila masalah air nak selesai? ::

Tension mak oiii..nak basuh baju, nak masak, nak basuh pinggan..tak boleh nak ontime..kene tunggu time2 diorg pasang air baru boleh guna..actually kat puncak perdana ni dah dekat seminggu xde air..tapi bukan lah putus terus..ada masa2 nya air ada..contohnya subuh ada air, pastu xde pukul 8-11 pagi..pkul 11 tu ada semula  sampai pukul 2 lebih camtu..pastu time sibuk2 nk masak malam, ada semula..lepas pkul 9mlm dah xde pulak..haih, mcm tau2 je time kita nak masak, ada pulak airnya kan? mcm terancangg jek! huahuahua..

en.hubby dah call dah syabas actually..jawapan diorg, kolam air kat puncak perdana ni xbanyak, xcapai level yg sepatutnya, menyebabkan xcukup utk supply kepada semua..then, bila ditanya ada solution ke tak? diorg kata setakat ni xde..what? dah seminggu kot masalah ni..bukan nye baru sehari 2..haihhh..xtau nak kata apa..bila jadi cmni, nak memasak, nak buat keje2 rumah pun jadi malas, jadi terbantut..

yg paling kesian, budak2 kat sekolah laa..I mean kat kindergarten kan..mcm kat krista, skolah sara ni, diorg ada daycare sekali tau..kesian budak2 tu xmandi pun sepanjang hari, sbb diorg xde air simpanan..tapi tu lah, pelik jugak mak pak budak2 ni..dah tau xde air, mandikan laa anak siap2 sebelum g keje kan..kesian budak tu xmandi sampai ke petang..makanya, teacher2 kat situ kene beli air kat mesin yang 20sen seliter tu..kesian ok! kata teacher kat situ, air cukup utk basuh poop aje..aduhai..tapi patutnya diorg kene laa standby tong besar kat situ kan..incase jadi mcm ni..kan dh susah..mcm kat rumah kami ni mmg standby tong besar yg kaler merah tu kan, kat bilik air atas dan bawah..xkisah biar bilik air sempit sikit asalkan senang bila jadi kes mcmni..lagipun mmg style aku xsuke mandi shower..xpuas..suke lagi mandi guna cebok..I kan orang kampung..hehehe..

hope sangat krisis air kat selangor ni cepat2 solve..bosan tau..xtau laa ada kaitan ngan politik ke tidak ke, malas nak ambik tau..yg penting, apa yg kami nak, xde dah masalah air lepas ni..xde dah catu2 mcm sekarang ni..tension tau dak!!

C360_2013-02-11-16-41-53

gamba sara & ayah kat pantai balok..xdak kaitan dengan tajuk, tapi kalau dapat berendam dalam air terjun ke, pantai ke time panas2 ni syok jugakkan?

Friday, March 01, 2013

SPACE U8: Book Fair by MyBookStor​e

Salam Jumaat semua..

Ok, buat semua pencinta buku, ada satu Pesta Buku yang akan bermula pada hari ini,  1 hingga 10 Mac 2013 bertempat di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam..start jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam..

pesta buku space u8

so sesapa yang berminat nak cari buku2, esp student yang masih x gunakan baucar buku 1Malaysia tu kan, xtau nak beli apa..haaa..meh perabihkan kat sini, sebab diorg kat sini terima baucar anda ya..yg bestnya, discount up to 50%..haa, banyak ye tu adik2, akak2, abg2 sekelian yaa…

aku pun nak g jugak nnt ni, tapi mungkin pegi sorang je laa..nak tambah koleksi buku2 sara, dan juga nak tgk buku2 masakan/decoration yg menarik utk biz aku nnt..kelmarin pegi sana, diorg tgh setup tempat, nampak mcm besar jugak laa tempatnya nnt..jumpa disana ya! Smile

Tuesday, January 08, 2013

:: Sembang tahun baru.. ::

Entry pertama utk tahun 2013..

Hari ke 8 tahun baru dah pun..sangat terabai ini blog..huhu..sbb tuannya skrg dh xcukup tangan dah nak buat semua mende..termasuk nak update blog..banyak lagi mende yg perlu diberi keutamaan, sampaikan update blog kene tolak tepi Sad smile

Selamat tahun baru, kawan2..mcm biasa, harap tahun baru ni lebih baik dari tahun2 lepas, dari segala aspek..insyaAllah..selalu asal tahun baru je, mesti orang akan cite pasal azam kan? azam taun lepas dah tercapai ke? hehehe..mcm aku, alhamdulillah, azam yang besar2 tu mostly tercapai..dulu masa awal taun 2012, xde pun jot down segala azam utk taun 2012 tu..sbb nak simpan sendiri, then usaha sendiri..dan alhamdulillah dimakbulkan tuhan Smile

Salah satu azam aku tahun lepas yg tercapai adalah nak bebas dari hutang kad kredit..dan syukur alhamdulillah, 2 kad kredit yang jadi peneman setia aku selama 4-5 tahun (cimb & bank rakyat) dah pun selamat masuk tong sampah pertengahan tahun aritu..kiranya lepas aku bersalin kan Khaleef..mmg payah laa memula, sbb aku suka shop online guna cc, isi minyak pun pakai cc..jadi mcm tabiat, walaupun duit saving/gaji ada je dlm bank..bila pikir2 balik, buat apa aku guna cc sedangkan ada duit saving kan? tabiat sebenarnya..takut nak pakai saving, takut cepat abis..lagi satu, nak beli mende ngarut2 (read : brg mahal yg hanya satu kemahuan, bukan keperluan..mengarut la namanye tu) mmg cepat je kuarkan cc..pastu nak membayar dah garu kepala..haa..tu mmg satu tabiat yg rasanya semua org ada kot bila ada cc ditangan, betul tak? hehehe.. so, bila aku tgk en.hubby pulun nak setelkan hutang cc die dari tahun 2011 lagi, aku pun sama2 berazam..tapi aku setel lambat sikit laa dari dia..dan alhamdulillah, skrg ni satu cc pun xde ditangan..ingat nak jugak standby satu, utk guna time2 emergency kan, tapi kata en.hubby, biarlah dulu..kita saving je tiap2 bulan..xyah hutang ngan bank..yes, mmg betul! cc tolak tepi.. so skang ni rasa banyak je balance tiap bulan bila dah tak membayar cc ni..rasa freedom sangat..sbb masa nak habiskan hutang cc tu, dekat 400 jugak aku byr tiap bulan..2 cc jadi berapa? haaa..pengsan..so bila dah ada balance2 ni, boleh laa bukak tabung utk vacation nnt..yeahh..vacation nak pegi Gold Coast!! bukan morib ya..hahaha..

satu lagi, azam aku tahun lepas yg tercapai adalah nak pakai MPV..yeah.tercapai sudah..tapi yg mpv ni nnt lah aku cite eh..dah ada anak ramai ni kan, xde maknanye lah nak pakai kereta mahal2 canggih2 tapi bersempit2..tu yg aku pikir kan masa depan..even anak 3-4 org lagi pun xde hal (gulp!) nnt lah aku cite yang ini ya.. Smile

azam yg satu lagi, nak mantapkan biz..yes, ni actually azam setiap tahun sebenarnya..perlu banyak lagi penambah baikan..alhamdulillah, azam 2012 utk mantapkan, azam 2014 utk bukak kedai..dan aku akan jaga kedai je, xyah keje dah pasni..wahaha..makanya, tahun 2013 ni adalah tahun utk kami buat research ttg kedai yang nak dibuka, lokasi, modal, bla2..banyak sebenarnya yang nak dipikirkan..tapi yg ini nantilah, slow2..hope 2014 nnt tercapai lah impian aku nih..senang ada kedai, xde laa bilik belakang rumah aku ni jadi stor stock barang..mmg tgh usaha ke arah itu, insyaallah.amin!!

utk azam 2013 ni..xyah cite lah kot..just simpan sendiri, try to make it possible..insyaAllah kalau usaha, berdoa selalu, then bertawakal..insyaAllah boleh kan?

C360_2012-11-18-12-34-03

gambar lari dari tajuk..hahaha..entry pasal budak kecik yg makin nakal ni pun dah lama x update..haihh..

Tuesday, September 25, 2012

:: Say ‘No’ to Credit Card!! ::

Actually ini adalah salah satu misi dan visi utk taun 2012 ni, yg hampir tercapai, insyaAllah..skang ni, actually dari dulu lagi, aku pakai 2 cc, iaitu cimb & bank rakyat..insyaAllah hujung bulan ni cimb dah boleh tutup, tinggal lagi bank rakyat, by hujung taun ni atau paling awal bulan 11 nnt..

say no to credit cards

masa memula pakai cc adalah sebelum kawen aritu..masa tu gaji around 2.5k je, so mcm xcukup je bila nak shopping2..hahaha..masa tu mmg agak terpengaruh jugak dengan kawan2, then card tu ttp setia berkhidmat sampai laa lahirnya qaisara..masa tu shopping baju2 baby..barang2 baby..yg mana xbeli time kuar dengan en.hubby lah..kalau keluar dengan die, xde maknanya nak beli2 pakai cc..biasalaa nafsu pompuan bila membeli belah ni kan..

then, masa memula start biz dulu, awal 2010, masa tu aku ada jugak pakai cc bila xcukup duit utk dibuat modal..tapi seriously, gaji aku yg banyak keluar utk biz ni sebenarnya..seboleh2, aku xnak pakai dah cc tapi nak buat cemana kan? gaji masa tu ok dah laa..tapi nak dahulukan riban2 utk biz adalah mustahil at that time, so solutionnya?harus laa guna cc..so slow2 aku bayar cc tu guna duit untung meniaga, duit kelas dsb..mmg nekad nak kurangkan dah penggunaan cc tu..masa ni jugak aku dapat tukar kerja, so gaji pun dah naik..

alhamdulillah..taun 2011, aku dapat adjustment salary, which is dah boleh kira ditahap selesa laa..sbb en.hubby banyak support utk beli keperluan keluarga..so taun 2011 tu seingat aku just 2-3 kali je pakai cc..banyak membayar je at that time..tapi masa tu pun just bayar minimum payment je lah.. tahun 2012 pulak, mmg aku xpakai langsung cc ni, sbb dah mmg plan nak tutup terus this year kan..syukur alhamdulillah, aku dah boleh bayar double minimum payment tu, sbb sakit hati bila tgk statement je, tetiap bulan ada je interest charge which is sampai rm60-rm70 tetiap bulan..sakit hati tau..banyak tu! tu laa ruginya pakai cc ni actually..sedap2 jela bank sapu duit kita melalui interest tu kan..satu lagi sebab, company tempat aku keje ni baik ati sangat kasik adjustment salary utk kali ke 2..bukan increment tau..dapat pulak masa aku tgh cuti bersalin aritu..alhamdulillah..syukur..lap u my company ketat-ketat lah! so mmg terus say no to cc..xbawak pun cc tu pegi mana2..just bawak debit card maybank je..so apa yg ada dalam saving, tu je lah yg aku pakai..xde nak hutang2 ngan bank lagi dah! kalau xde duit dalam saving tu, kita dok diam, tutup mulut..huhu..xpun, kita ngendeng2 ngan en.hubby kan..mintak die je laa belikan..hahaha..

seronok, sbb bila dah clear semua hutang cc ni, makanya duit yg selama ni diperuntukkan utk bayar cc (almost rm800 tetiap bulan) boleh kita concentrate kat mende lain pulak..kalau mcm dulu, pening tetiap hujung bulan nak bayar all the cc..bukan xde duit nak bayar, cuma banyak sangat habis duit ke cc tu..salah sendiri jugak kan..so terima laa padahnya..hehehe..

alhamdulillah..sepanjang 2012 ni biz aku dah makin ok, then duit modal pusing duit company aku je lah..xkacau dah duit gaji..tak berbaloi aku rasa bila kita buat apa2 biz, pakai cc..lagi rugi aku rasa..sbb nya, tetiap bulan kene bayar interest die tu yg sangat banyak..so kalau ada untung sikit2, terpaksa pulak bayar cc..which is aku rasa x worth langsung..bila nak merasa untung kalau cmtu kan? penat je biz nnt..so skang ni duit biz adalah utk biz yang mana aku tak kacau langsung, then duit gaji adalah untuk anak2 dan diri sendiri..kadang2 je support husband bila dah hujung2 bulan tu..sbb gaji die masuk lambat..company from singapore, so selalu je float gajinya..apa2 pun, alhamdulillah..semoga Allah permudahkan semua urusan, terutama misi seterusnya iaitu nak clearkan hutang PTPTN pulak..haih, serabut otak bila pikir pasal loan ptptipu tu wehhh..

* dok merancang2 nak kemana agaknya hujung taun ni? tak sabau nak dapat bunuss nehhh..hehehe..

Friday, September 21, 2012

:: Muka ibu tak cantiklah! ::

Apa perasaan anda bila anak anda sendiri komplen ttg muka dan wajah anda? tertekan kan? rasa nak nangis pun adaaaa…… kisahnya, pagi tadi masa mandikan Qaisara, aku suruh die bukak mulut luas2, nak check gigi dia..so muka die ngan muka aku mmg dekatlah..tiba2.. “Ibu, muka ibu tak cantiklah..banyak ulat” OMG! sentap nak oiii.. aku tanya, nape kakak ckp camtu? die kata lagi “muka ibu banyak kaler black” oh, ok..ibu pasrah.. Sad smile

actually apa yg sara ckp tu betul..sejak mengandungkan khaleef, muka aku naik biji2 halus yg berwarna..mcm pigmentasi tu kan..memula aku abaikan je dulu, xnak pakai apa2 product memandangkan aku tgh pregnant..so dalam hati berangan nnt lepas bersalin boleh laa g mana2 buat rawatan muka..tapi skang ni, dah nak masuk 4 bulan dah usia khaleef, langsung aku tak buat apa2 pun lagi..bintik2 pun makin banyak neh!

akibat tertekan dengan ayat2 sentap qaisara tadi, aku terus google apa masalah aku sebenarnya..dan yg aku dapat, masalah aku ni namanya Skin Tag..ataupun Tetua/Pigmentasi..ni detailnya :

Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur.
Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka.

Cara pertumbuhan:

1. Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal.
2. Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semasa zaman remaja.
3. Aktiviti luar yang kerap juga boleh menambahkan peluang untuk mendapat tetua. Pigmentasi akan menjadi lebih gelap dan banyak. Sinaran ultraungu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan pigmentasi yang teruk.

Kesan:
Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.

Yes, admit yg mama aku pun ada mende alah ni..siap penuh kat leher lagi..so, salah satu penyebab nya mmg dah ada..huhu..then, tanpa berfikir panjang..aku bukak website NewYork Skin Solution wah,kemain ko..terus newyorkskinsolution! memula saje bukak, sbb info yg aku dapat tu pun mmg dari website die..then, kat situ ada free trial..then ada one to one konsultasi percuma, computerized skin analysis then ada jugak 1 customized facial treatment..hmm..tak salah kot kalau mencuba..1st trial dah free (katanya) kalau ok, apa salahnya aku cuba utk ‘cantik’ kan muka aku yg ‘tak cantik’ bak kata sara tu kan? tak salah kan? huhuhu..

dah isi pun detail nya, soon akan dapat call dari consultant New York Skin Solution..nnt aku cite lagi ya..tgh bersemangat ni, sbb anak dah komplen kan? belum ayahnya komplen lagi neh! huhu..

image

 

Wednesday, September 05, 2012

:: MilkADeal–Baby Bag ::

Nampak kat blog babyibu, terus bukak..oh,menarik! dah lama tak bukak milkadeal actually..tgk beg baby ni haa..yg bestnya, compartment dalam die ada mcm2, senang nak isi barang2 baby..xde laa tunggang terbalik semuanya kan..cer tgk gambar2 ni..

babybag2

babybag1

babybag4

 

berminat? klik kat bawah ni ya..pilih laa mana2 kaler yg berkenan di hati.. Smileaku dah selamat dah pilih yg merah tu..chantekss!

[Up to 69% OFF] RM52 for Baby Bag (7 different designs) worth RM169.90 from Sparky Net Enterprise

Tuesday, August 28, 2012

:: Adam dan Hawa ::

Novel ni antara novel yg aku suka masa kat sek menengah dulu..eh, cop..xingat pulak masa kat sek men atau pun masa kat utm..tak kisah lah, yg penting Adam Mukhriz, seorang pilot yg ada café berbentuk kepala kapal terbang tu ttp aku ingat sampai sekarang..pandai penulis novel ni..die up2 kan watak si Adam ni sampaikan aku rasa Adam ni hensem sangat wehh..dah laa pilot..dah semestinya hensem, tinggi, kacak.. Open-mouthed smile dahlaa Aaron Aziz lak yg berlakon kan..yg perempuannya nama Ain Hawani, seorang lepasan SPM..dilakonkan oleh Nadiya Nissa..

Adam dan Hawa

actually cerita Adam dan Hawa ni dah kuar tv pun..start semalam, 27 Ogos 2012 pukul 10 malam..tapi yg sedihnya, kat Astro Mustika..aisehh..aku xdak pulak channel tu..xkan nak subscribe channel tu pulakk semata2 nak tgk Adam & Hawa? huwaaa..sedihh..tapi xpelah, nnt boleh tgk kat link ni je..mamat perekacerita ni hari2 dok upload kat blog die..tenkiu ye! Smile so sapa2 nak menonton cerita Adam dan Hawa secara online, boleh bukak link ni..sinopsis cerita pun ada dalam ni..layann..

http://www.perekacerita.com/2012/08/adam-dan-hawa-astro.html

Friday, August 17, 2012

:: Balik beraya ::

Korang balik mana taun ni? kami ke teluk intan dulu..raya ke 3 baru balik ke temerloh..tak sabar nak balik temerloh sbb along dah sampai..actually xsabar nak jumpe anak sedara baruuu..Aisy Rayyan namanya..kiranya geng Khaleef laa ni..lahir pun beza seminggu aje..seronok tok mama taun ni beraya dengan 2 cucu baru..lelaki pulak tu..tak menang tangan laa dibuatnye..hehehe..

kami plan nak gerak balik teluk intan malam ni kot..kalau jalan tak jem laa..balik keje ni nnt en.hubby kata die nak tgk dulu..kalau nampak mcm hway ke utara jem, makanya, kita tunda balik kampung esok pagi2 lepas subuh..aku tak kisah pun mana2..kalau esok pagi pun ok kot, sbb barang xsiap kemas pun lagi ni..cuma baju khaleef ngan sara je yg dah masuk bag..tu pun botol susu sara, ape semua tak pack lagi..haih, malas betul nak pack!! nnt balik bercuti unpack barang pulak..aduhaii..tu laa yg malasnya..huhuhu..

C360_2012-08-15-13-55-52

duit raya dah selamat tukar..suka tgk duit baru tu..mcm duit mainan je..ala2 duit saidina gitu..semangat raya agak berkobar2 dah ni..hahaha..mcm budak2 dah ni..

oklah kawan2..nak sambung mengemas..hati2 dijalan raya yaa..xkisah laa bawak laju kalau jalan clear, yg penting, cermat..jgn nak berlumba pulak di jalanraya..ingat laaa orang2 yg tersayang ye..semoga perjalanan anda lancar dan selamat, pergi dan pulang..selamat hari raya! Smile

p/s : xde gambar ber 4 yg cun..nnt I update lepas raya ya..

Tuesday, August 07, 2012

:: Kembali Bekerja ::

Kalau dah berseronok2 kat rumah dengan anak2 selama 2 bulan..mestilah rasa boringgg ya amat bila nak masuk keje kan? aduhh..apa2 pun, kene lalui jugak..harini 1st day keje lepas cuti matenity 2 bulan..kan best kalau company kasik cuti 3 bulan mcm keje gomen? hahaha..ni ayat org yg tak reti bersyukur..dah kasik mcm2, nak request mcm2 lagi..hehehe..

pagi tadi login email..check everything, tgk2 semua keje dah disetelkan dengan baik oleh teammate..alhamdulillah..terima kasih tak trhingga lah kepada Andy..katanya, dah takde kerja in hand buat masa ni..alhamdulillah lagi..so boleh laa berehat2 beberapa hari ni..pepagi lagi dah sametime (chatting) dengan bos, lps die welcoming bagai, and then die update status keje..so far xperlu masuk opis lah..sebab xde apa yang nak di hand over..syukur..huhu..tapi, still kene masuk opis dalam masa beberapa hari ni, sbb bos nak pass kan surat..memula mcm pelik jugak kan..surat apa? die kata surat adjustment salary..effective july, tapi akan dapat gaji bulan ni..Alhamdulillah lagi!!!!!! syukur2..baru je bulan 10 taun lepas dapat adjustment, bulan lepas dapat lagi..xsampai setahun pun..syukur sangat2..xkisah laa dapat berapa pun, tapi kalau dapat mcm taun lepas mmg kenduri laa saya!! huhuhu..seronok laa bonus taun ni based on gaji baru! Smile

and one more thing, sebelum raya ni jugak sy nak apply coverage ING utk khaleef..so nak tak nak mmg nak kene masuk opis jugak..dah company sediakan kemudahan insurans kan, so ambik je lah..dah request form dengan boss, tinggal nak isi, sign dan submit sahaja..alhamdulillah..

apa2 pun, so far still rasa ok lagi keje bersama 2 orang anak ni haa..sbb xde keje in hand kan..kalau buatnya ada keje nnt, dan nak urgently, mmg pening laa jugak saya dibuatnya nnt.hope Tuhan permudahkan urusan saya, insyaAllah..

yes, mama dtg esok naik bas..so sy kne angkut budak berdua ni ambik mama kt bus station sec 17 s.alam..haha..1st time naik kereta bertiga ni..1st time jgk drive lps bersalin..insyaAllah ok kot..mama dtg sini sbb nak buat biskut raya, oven die kt kampung dh rosak..sy mmg xsempat laa nk buat biskut taun ni..sbb ada anak kecik, and one more thing sy tgh sibuk siapkan order chocolate yg beribu2 kotak tu..alhamdulillah rezeki raya taun ni.. Smile

oklah…khaleef da bgun nk susu..nnt sambung cerita ya..

C360_2012-07-29-16-54-37

* alhamdulillah..sentiasa bersyukur dgn rezeki yg Allah bg..

Thursday, March 15, 2012

:: My Chocs For You dalam majalah Rasa keluaran April! ::

Salam semua..
Alhamdulillah..company kecikku My Chocs For You telah menapak satu langkah lagi..
kalini, dah masuk majalah pulak! hehehe..seperti yang aku cite dalam entry ini, 2 org reporter dtg ke rumah utk sessi photoshoot pada bulan lepas..yes, 14/2..dan alhamdulillah..xsampai sebulan, muka ku dah kuar majalah! hahaha..actually gamba tuan tanah ada laa seciput aje kat atas tu..yg aku bangga adalah, hasil air tangan ku menjadi tatapan umum..dan bakal diaplikasikan oleh ramai pembaca kat luar sana..alhamdulillah..sharing is caring kan? :)

ni adalah antara gambar yg dipaparkan dlm majalah tersebut..boleh rujuk kolum "10 menu popular - Pesona Apam Polkadot"


muka tuan tanah yang dah gemukss..time ni 6 bulan peknen..








hmm..berbunga2 rasa hati..yelah, siapa tak bangga kan? alhamdulillah, syukur..dalam masa yg sama, aku dah mendapat panggilan luar biasa banyaknya..yg mana semuanya nak mintak quotation bukan aje utk apam polkadot..tapi jugak utk product2 yang lain mcm homemade chocolate, tartlets, cakes & cupcakes dan jugak bahan bakery (mould, kotak coklat dsb..) tak lupa jugak yang bertanyakan ttg kelas hands on coklat dan tartlets..alhamdulillah..syukur lagi..


buat semua kawan2, dan customer sekiranya ada terbaca entry ini, terima kasih buat kalian kerana terus menyokong saya..terima kasih!! hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. :)

Saturday, October 02, 2010

:: KUTU - haram? ::

Korang ade dengar tak HotFM masa AM Krew pagi kelmarin? diorg bincang pasal kutu...bukan kutu hama kat kepala tu ye..tapi permainan KUTU yg selalu sangat org dok main tu..kumpul 12 org, letak 100 sebulan..then akan dapat 1200 sorg ikut turn..korg penah main x?

aku? selalu........
dulu masa kat ofis lama..mmg akulah 'kepala' kutu..hahaha..lawak la pulak gelaran tu..yelah, ketua utk permainan kutu ni la maksudnye..aku main ngan budak2 opis..then ade jugak antara peserta2 yg aku tak kenal, tapi kawan kepada kawan opis aku..haaa..so ade perantara disitu..selalunye duit akan aku serahkan pada tuan empunye giliran, bila semua duit aku dah kumpulkan, selalunye lepas dapat gaji la kan..(entry ni pun aku buat sbb teringat kan gaji yg baru masuk..hikhik..)

so, sebagai ketua kutu ni, aku bertanggungjawab utk pastikan semua ahli dlm kumpulan aku ni akan bayar on time! means end of setiap bulan, means semua org pun dah gaji time tu..dan jugak tuan punye giliran akan dapat secepat yg mungkin, papling lewat pun biasanya 3hb setiap bulan..nak menipu??takde dlm kepala aku..sbbnye,dahla main ciput, rm100 je..pastu yg peserta2 nye pulak mostly adalah opismate..yg aku tak kenal tu pulak, kawan kepada opismate..iskk..gila ke hape nak menipu kan...

kebaikannye?
of koslah aku akan dapat duit sedebukkk dan boleh digunakan utk tujuan2 tertentu..mcm kami dulu, giliran ditentukan oleh undian, dan kalau aku nak dapatkan giliran2 tertentu, contohnye aku nak bulan 5, tapi aku dpaat bulan 1, tryla kow tim ngan org yg dapat giliran no 5 tu...mende ni xstrict..asalkan 2-2 pihak setuju, on je lah..then,mcm aku lah kan..turn aku masa tu bulan 5, taun lepas la kan..which is bulan due aku utk lahirkan si sara..alhamdulillah..ade la jugak backup utk aku incase aku kene operate kan..haaa..nampak x kebaikannye di situ??? satu lagi..ade sorg peserta ni, die nak bulan tertentu, yg mana pada bulan tersebut die kene bayar duit roadtax kereta! haaa..tgkk..kan menyenangkan kita tu??

tapi...rupenye2 kutu ni haram eh kat mesia nih..
sumpah aku xtau! aku ingatkan xde akta pasal main kutu nih..kirenye suke2 antara kita je..tak sangka la ade akta bagaiii..tapi kalau dah jadi mcm kes suami isteri yg  kaut 30juta hasil drpd skim kutu secara wang pos tu..mmg patutla diharamkan!!! gila kan? boleh kaut 30 juta!! tapi aku tak paham cara cemana minah ngan laki die buat sampai kaya mcm tu..wallahualam la kan..

manusia akan hilang ingatan kalau dapat duit banyak2..huhuhu..

hmm..inilah keburukan kutu..bila 'kepala kutu' tak jujur..bila dpt duit, hilang ntah kemana..tu yg kene pilih ahli kutu yg kita kenal..bila tak kenal,takut duit lesap ngan kepala2 tu lah..hmmm..satu je yg aku nampak..yg lain..takdak!!

ok,berbalik pada kisah kat Hot.fm yg aku dengar tu kan, FBI, fafau ngan AG ade call sorg drpd pejabat agama..aku xingat  negeri mana..dan penjelasan drpd ustaz tu,mengatakan dr segi agama Islam, ianya adalah HARUS..tak menyalahi hukum Islam pun...tapi bila dah ade penyelewengan dlm permainan kutu ni, ini yg jatuh HARAM..katanye lagi..mana2 aktiviti pun, bila ade penyelewengan dan sesuatu yg buruk, akan jatuh pada hukum yg tak baik lah...betul la kan??

sooo..apepun..tepuk dada  tanye selera kitalah..
pada aku, kalau nak main kutu ni aku main lah jugak...tapi make sure kawan2 terdekat, or sedara mara..kalau kepala lari, senang kite nak kejar die sampai dapat!!

Main Kutu Haram Di Malaysia

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara meksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Tuesday, September 28, 2010

:: Pembantu Rumah warga Kemboja/Thailand diperlukan.. ::

wahhh..nak pembantu rumah la pulak ain ni kan..kan main die..heheehee..

xdelah wak..actually ade akak opis ni nak cari pembantu rumah warga kemboja/thailand..tgh cari2 agen2 yg ok..die mcm pening..sbb xtau samada valid ke tak mereka2 tu..then tgk mcm mahal2 je kan..makanye, nak tanye lah kat kawan2 semua..ade tak sape2 kat sini yg ade experience pasal pembantu rumah kemboja/thai ni? kalau ade..boleh share kat sini? mana la tau kan kot korg kenal agen ke, penah berurusan ngan mana2 agen ke - yg recommended la eh.. korg sendiri agen pembantu rumah ke..haaa..sila la inform kat sini..

erk..xdela nak yg lawa cenggini kan..kang ade laa kaum bapa yg asyikk la nak balik awal..bahaya! pic credit to enchek Google!

akak ni ckp xnak pembantu rumah ind*n, sbb diorg dtg sini bukan nak kerja, tapi berpoya2 aje..dah mcm2 kes berlaku..haaa..tak pasal2 kan? ape yg jadi sume tu, menyebabkan ekonomi diorg laaaagi la merosot..dah ade peluang kat mesia ni, xnak digunakan sebaiknye..huh!

eh, sesapa yg bagi info tu, diucapkan thanks in advance ye! :)