Tuesday, August 28, 2012

:: Adam dan Hawa ::

Novel ni antara novel yg aku suka masa kat sek menengah dulu..eh, cop..xingat pulak masa kat sek men atau pun masa kat utm..tak kisah lah, yg penting Adam Mukhriz, seorang pilot yg ada café berbentuk kepala kapal terbang tu ttp aku ingat sampai sekarang..pandai penulis novel ni..die up2 kan watak si Adam ni sampaikan aku rasa Adam ni hensem sangat wehh..dah laa pilot..dah semestinya hensem, tinggi, kacak.. Open-mouthed smile dahlaa Aaron Aziz lak yg berlakon kan..yg perempuannya nama Ain Hawani, seorang lepasan SPM..dilakonkan oleh Nadiya Nissa..

Adam dan Hawa

actually cerita Adam dan Hawa ni dah kuar tv pun..start semalam, 27 Ogos 2012 pukul 10 malam..tapi yg sedihnya, kat Astro Mustika..aisehh..aku xdak pulak channel tu..xkan nak subscribe channel tu pulakk semata2 nak tgk Adam & Hawa? huwaaa..sedihh..tapi xpelah, nnt boleh tgk kat link ni je..mamat perekacerita ni hari2 dok upload kat blog die..tenkiu ye! Smile so sapa2 nak menonton cerita Adam dan Hawa secara online, boleh bukak link ni..sinopsis cerita pun ada dalam ni..layann..

http://www.perekacerita.com/2012/08/adam-dan-hawa-astro.html

:: Tragedi biskut raya ::

tragedi laa sangat..hehehe..kan aritu aku cite yg mama datang sini naik bas sbb nak buat biskut raya kan? lepas amik mama kat bus stand, terus kami pegi cari barang buat biskut raya kat bagus, dan jugak pasaraya hero..malas nak masuk giant sbb org ramai, lagipun bawak bb kecik ni kalau xde stroller mmg boleh krem tangan dibuatnya..

setel beli barang, project start dan alhamdulillah..dlm masa 3 hari boleh siapkan 4 jenis biskut..taun ni buat tart gulung, almond london, snow almond, dan jugak chocolate chip cookies..tapi masa buat cookies yg last ni, mama terperasan nape laa dulang2 terakhir tu lambat sangat masaknya? lama nau dalam oven, tapi still lembik lagi..bila di check2, rupanya api atas tak berfungsi! oh no! seb baik laa cookies tinggal 2 dulang je nak dibakar..mama bakar jugak laa..masak elok, tapi lama sikit laa dok dalam oven tu..then esoknya try on kan semula oven tu, tgk2 langsung xpanas sbb api bawah pun buat hal..aduhhhhhh….bahan buat biskut banyak lagi ni..plan nak buat biskut makmur, biskut sarang semut, then ada a few lagi yg kami nak buat..barang dah ada..sedey tauuu!

tapi disebabkan time tu dah hari sabtu, abah pun dh dtg nak ambik mama bawak balik kampung, makanya, terpaksa aa projek buat biskut dihentikan..oklaa..bila dibahagi2 kepada 4 orang, masing2 dapat 4 balang besar.ok laa tu kan..

bila bincang2 semula dengan en.hubby ttg oven ni, kami plan nak angkut je oven baru yg lebih besar..memandangkan lepas ni nak on semula biz buat tartlets, cuppies dan jugak kelas, so mmg berbaloi laa kalau ambik yg baru..it’s ok..satu pelaburan jugak kan..pusing duit modal je lah..baru nampak sikit hasil berniaga kan..hehehe..

so ahad lepas, kami pusing2 satu shah alam utk cari oven..oven yg khas utk buat biskut, kek ni actually xde jual kat kedai barang letrik mcm sengheng, harvey norman or courts mammoth..kat situ kalau brand mcm Elba, Trio, Pensonic tu ada laa..saiz die pulak xbesar mana kan..kalau yg mcm aku nak ni kalau ada jual pun kat kedai2 khas barang2 bakery ni..

C360_2012-08-27-11-28-51

lepas dah pusing2, survey2, akhirnya aku pilih yg ini..brand DeLonghi, yg aku dapat ni kat kedai bagus..alhamdulillah..puas hati dengan kebesaran oven ni, dan jugak function die..ada mcm2 fungsi, boleh bake, boleh buat stew, rotisserie, buat cookies, dan jugak grill..haa..pasni boleh laa try masak ayam golek dalam ni..kalau buat cuppies or cookies, boleh masuk 2 dulang at one go..kalau kelas pun, boleh mempercepatkan masa membakar..alhamdulillah..sangat puas hati..harganya rm1190..memula nak ambik yg convection oven yg besar, harga rm3k+, tapi bila pikir2 balik..xyah laa kot..ambik yg seribu lebih ni udah lah..ni pun ok ni..sbb kalau kelas selalu aku amik max 4 orang je pun..so ok laa kan.. Smile lagi kelebihan oven ni, kipas besar kat belakang tu, then die punya upper heat element tu bentuk W, so that pembakaran lebih sempurna..sbb apa yg penting dlm pemilihan oven ni ialah pengudaraan yg bagus dan jugak temperature accurate, mengikut apa yg kita set..

boleh check kat sini http://www.delonghi.com/my_en/products/aov-843/

alhamdulillah, dah bertambah satu lagi gajet masak memasak kat rumah ni..yg paling penting, ianya adalah hasil titik peluh berniaga..tu yg paling suka.. Smile oklah, nak start buat tartlets ni..ada customer order blueberry cheese tart 150pcs utk jamuan kat opis die khamis ni..nak kene start buat shell die dah ni..plus, nak rasmikan oven baru ni harini..hehehe… daaa~

oh, sesapa nak order cheese tart dengan pelbagai pilihan filling spt blueberry, strawberry, kiwi, mango, and orange, boleh emailkan ke ain.rusli@gmail.com atau pun calling2/sms/whatsapp 0192992844.. mana tau kot nak order utk open house, open office (ada ke istilah ni? huhu) ataupun makan2 dengan family ke kan..rasanya dijamin sodap!! huhu..