Tuesday, September 25, 2012

:: Blueberry Pancake ::

C360_2012-09-05-12-25-54

Decoration mcm hampeh..hahahaha..tapi pancake nya menjadi dengan gebus sekali..hehehe..actually kene pakai non stick pan yg leper tu kan, tapi aku xde aa pan tu..nak kene cari aa pasni, senang nak buat pancake or roti jala kan..so, makanya nak buat pancake ni aku guna kuali biasa sahaja..ok jek! Smile bahan2 die senang sangat..boleh try ya..lagi sedap kalau ada Hersye’s Syrup..mmg layan!

Resepi Pancake


Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.
Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang

selamat mencubaa.. Smile

:: Say ‘No’ to Credit Card!! ::

Actually ini adalah salah satu misi dan visi utk taun 2012 ni, yg hampir tercapai, insyaAllah..skang ni, actually dari dulu lagi, aku pakai 2 cc, iaitu cimb & bank rakyat..insyaAllah hujung bulan ni cimb dah boleh tutup, tinggal lagi bank rakyat, by hujung taun ni atau paling awal bulan 11 nnt..

say no to credit cards

masa memula pakai cc adalah sebelum kawen aritu..masa tu gaji around 2.5k je, so mcm xcukup je bila nak shopping2..hahaha..masa tu mmg agak terpengaruh jugak dengan kawan2, then card tu ttp setia berkhidmat sampai laa lahirnya qaisara..masa tu shopping baju2 baby..barang2 baby..yg mana xbeli time kuar dengan en.hubby lah..kalau keluar dengan die, xde maknanya nak beli2 pakai cc..biasalaa nafsu pompuan bila membeli belah ni kan..

then, masa memula start biz dulu, awal 2010, masa tu aku ada jugak pakai cc bila xcukup duit utk dibuat modal..tapi seriously, gaji aku yg banyak keluar utk biz ni sebenarnya..seboleh2, aku xnak pakai dah cc tapi nak buat cemana kan? gaji masa tu ok dah laa..tapi nak dahulukan riban2 utk biz adalah mustahil at that time, so solutionnya?harus laa guna cc..so slow2 aku bayar cc tu guna duit untung meniaga, duit kelas dsb..mmg nekad nak kurangkan dah penggunaan cc tu..masa ni jugak aku dapat tukar kerja, so gaji pun dah naik..

alhamdulillah..taun 2011, aku dapat adjustment salary, which is dah boleh kira ditahap selesa laa..sbb en.hubby banyak support utk beli keperluan keluarga..so taun 2011 tu seingat aku just 2-3 kali je pakai cc..banyak membayar je at that time..tapi masa tu pun just bayar minimum payment je lah.. tahun 2012 pulak, mmg aku xpakai langsung cc ni, sbb dah mmg plan nak tutup terus this year kan..syukur alhamdulillah, aku dah boleh bayar double minimum payment tu, sbb sakit hati bila tgk statement je, tetiap bulan ada je interest charge which is sampai rm60-rm70 tetiap bulan..sakit hati tau..banyak tu! tu laa ruginya pakai cc ni actually..sedap2 jela bank sapu duit kita melalui interest tu kan..satu lagi sebab, company tempat aku keje ni baik ati sangat kasik adjustment salary utk kali ke 2..bukan increment tau..dapat pulak masa aku tgh cuti bersalin aritu..alhamdulillah..syukur..lap u my company ketat-ketat lah! so mmg terus say no to cc..xbawak pun cc tu pegi mana2..just bawak debit card maybank je..so apa yg ada dalam saving, tu je lah yg aku pakai..xde nak hutang2 ngan bank lagi dah! kalau xde duit dalam saving tu, kita dok diam, tutup mulut..huhu..xpun, kita ngendeng2 ngan en.hubby kan..mintak die je laa belikan..hahaha..

seronok, sbb bila dah clear semua hutang cc ni, makanya duit yg selama ni diperuntukkan utk bayar cc (almost rm800 tetiap bulan) boleh kita concentrate kat mende lain pulak..kalau mcm dulu, pening tetiap hujung bulan nak bayar all the cc..bukan xde duit nak bayar, cuma banyak sangat habis duit ke cc tu..salah sendiri jugak kan..so terima laa padahnya..hehehe..

alhamdulillah..sepanjang 2012 ni biz aku dah makin ok, then duit modal pusing duit company aku je lah..xkacau dah duit gaji..tak berbaloi aku rasa bila kita buat apa2 biz, pakai cc..lagi rugi aku rasa..sbb nya, tetiap bulan kene bayar interest die tu yg sangat banyak..so kalau ada untung sikit2, terpaksa pulak bayar cc..which is aku rasa x worth langsung..bila nak merasa untung kalau cmtu kan? penat je biz nnt..so skang ni duit biz adalah utk biz yang mana aku tak kacau langsung, then duit gaji adalah untuk anak2 dan diri sendiri..kadang2 je support husband bila dah hujung2 bulan tu..sbb gaji die masuk lambat..company from singapore, so selalu je float gajinya..apa2 pun, alhamdulillah..semoga Allah permudahkan semua urusan, terutama misi seterusnya iaitu nak clearkan hutang PTPTN pulak..haih, serabut otak bila pikir pasal loan ptptipu tu wehhh..

* dok merancang2 nak kemana agaknya hujung taun ni? tak sabau nak dapat bunuss nehhh..hehehe..