Wednesday, June 22, 2011

:: Red Velvet Cupcake for his birthday.. :) ::

Seronok en.hubby..mmg aku tak belikan pape utk die sempena birthday die kalini..(erk,die pun tak kasik pape kat aku..aci la kan?) hahaha..boleh pulak cmtu..xdelah, mmg taun ni kami takde plan nak beli pape..last year aku dah kasik die kasut, die kasik aku jam tangan..kira ok lah tu..tahan bertahun2..hehehe..tapiiii...aku sempat, dan gigih la jugak menyiapkan birthday cupcake die! haaaa..ini die cupcake nye..

 Red Velvet cupcake!! gigih tau..sbb dalam masa yg sama nak menyiapkan banyak keje2 lain..sempat lagi aku siapkan kek ni..tgklah deco yang paling sempoi penah aku buat, sbb nak kejar masa..tapi, rasa die..alhamdulillah..tak mengecewakan..kek die padat, die punye masam2 die tu terasa..die punye cream cheese frosting die pun sodap..tak berapa manis..nak lagi sedap, masuk dalam peti, biar semalaman..sodap oooo.. :D


keratan rentas kek..tak berapa nampaklah..gelap

Actually pada hari yg sama, kawan2 opis en.hubby ajak makan2, sempena nak raikan team mate diorg yang nak bertukar kerja di tempat lain..so sambil2 tu, kira nak celebrate birthday en.hubby sekali lah..diorg plan utk makan2 steamboat kat Flaming, Bandar Sunway..kawan2 yang lain sume pakat2 lepas kerja terus g sana, tapi en.hubby baik ati sanggup berulang dr Sunway (skang project die kat sunway), then balik umah amik aku ngan sara..lepas siap2, pegi semula ke bandar sunway..ohh..sayang lebih lah! :D kat Flaming ni, kalau makan situ dihari jadi kita, dpt free tau! so that en.hubby makan foc pada hari itu..

tak pasal2 kek aku buat ni jadi kek utk celebration ngan kawan2..hehehe..oh, lilin 4 batang tak bermakna usianya dah 40 ye..hehehe..


Kekenyangan kami pada hari itu..makan mcm2..kat flaming tu pulak sedia mcm2 makanan..pilih je la mana nak, sampai kan seafood yang aku tak penah jumpe pun ada kat situ.. :)

korang nak resepi red velvet ke? aku kopi pes dari myresepi je haritu..ni aku tepek la ye..senang2 nnt boleh la try..sonang ajee.. :D

Resepi Red Velvet (Baldu Merah)
Bahan-bahan ( 1 biji )


Kek (Sila guna penyukat khas)
2 1/2 cup tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik diayak
2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup - aku pakai pewarna Master Chef..merah menyala ko!)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

Buttermilk
1 cup (240 ml) susu kotak full cream (aku pakai fresh milk)
sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

Cream cheese frosting
2 buku cream cheese, dilembutkan (aku pakai sebuku aje..sbb buat kek pun 1/2 adunan aje)
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.

Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

TEPUNG KEK: 1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.

selamat mencube ye! :)