Friday, September 13, 2013

:: Air Asia - 1 million free seats! ::

Heh..gigil tangan wehhh..tunggu..tunggu...bukan skrg ye..17/9 pukul 00:00 haa..makanya bersedialah ye kawan2..hehehee..


:: Bantuan untuk pembinaan masjid Kg Ketam Kerdau Temerloh Pahang ::


Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua..
Untuk makluman, sebuah masjid akan didirikan di kampung saya, Kg. Ketam, Kerdau, Temerloh, dan ianya dijangka siap pada 2014. Namun begitu, kos pembinaan adalah tidak termasuk mimbar, kerusi khatib, gerbang mehrab dan karpet.

Oleh itu, jawatankuasa badan kebajikan Masjid Kg Ketam amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat memberikan sedikit sumbangan bagi tujuan yg tersebut, untuk keselesaan imam, jemaah dan penduduk kampung bagi menunaikan ibadah.

Sekiranya berminat, anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun berikut :

No akaun : 06028010048187
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama : Badan Kebajikan Masjid Kg Ketam, Kerdau

Disini dilampirkan beberapa gambar pembinaan masjid, dan pelan masjid utk rujukan anda. Sumbangan daripada anda amatlah dihargai, dan diharap anda dapat 'share' kan info ini untuk pengetahuan dan tindakan bersama. Semoga sumbangan dan amal serta usaha kecil yang kita lakukan ini diberkati Allah hendaknya..amin..
Insya Alah...