Friday, October 01, 2010

:: Gaya Si Comel Berbaju Raya ::

Nak join contest! best neh..kalini anjuran rakan2 baik aku masa kat UTM iaitu BabyIbu dan Azzamoro.. haa..eventho sume2 tu kawan2 aku, xde maknenyelah aku nak menang dengan senang, sebabnye bukan diorg berdua yg jadik juri pun..juri adalah dilantik ye kawan2..hehehehe..

ok..gambar yg aku pertaruhkan adalah ini... puas aku pilih2..sbb xbyk pun gamba qaisara pakai baju kurung..pastu mostly pulak gamba die tak pandang kamera..tgh main lah..isk..xcunlah kan..then,adalah aku jumpe gamba ni, berbaju kurung raya tapi sibuk nak kendong 2 beg! almaklumlah..nak kutip duit raya lah katakan.. :)

Alya Qaisara binti Kamarudin
1 tahun 4 bulan

Waahhhh...yg tak tahan tang hadiahnye..meh kita tgk penaja2 hadiah kalini :


dan ini adalah syarat2 penyertaan :


1. Letak banner di sidebar blog/FB anda dengan link ke entri ini - done!
2. Link BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist anda - sememangnye dah ada dari dulu... :)
3. Membuat entri mengenai contest ini diblog anda atau di wall FaceBook anda - done!
4. Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) - done!
5. Jika anda mempunyai beberapa orang anak, boleh upload satu (1) gambar untuk setiap anak. - sorg aje..
6. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - done!
7. Pertandingan terhad kepada si kecil berumur 1 hari hingga tidak lebih 4 tahun pada tarikh akhir pertandingan. - done..
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu dan Azzamoro dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified) - done
9. Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - done.

jom kawan2..kita join..tarikh tutup nye adalah 31 Okt 2010..lama lagi tu.. :)
haaa..itu sahaja...hope gamba qaisara tu dpt menarik perhatian para juri!


:: Here WEEGO!! ::

Tau kan ape itu botol Weego? sila ke LINK ini utk keterangan lanjut..
sesapa nak order ataupun nak tanye pape pasal weego bottle, just drop me an email... ain.rusli@gmail.com ataupun tinggalkan je jejak kat sini..kompem ber balas nnt.. i one of agent tau.. :)


nak tgk aksi sara bersama WEEGO bottle die?
kalini saje nk tunjuk aksi si sara ni dengan botol Weego die..aku belikan die yg 9oz punye..eventho sekali die minum cume 4-5 oz je, tapi untuk kegunaan masa depan, aku belikan yg besau punyee..senang kan..


kemana2 die pegi mesti die nak bawak botol ni..
  
dengan ibu.. :p

gamba gedikss..hehehee..

sebenanye, antara sebab aku buat entry ni adalah disebabkan Keywords yg selalu aku jumpe kat nuffnang adalah berkenaan Weego..org dtg blog aku sbb nak cari weego..alhamdulillah..ade jugakla order dr a few kawan2..so pasni, sape2 nak order..jgn segan..jgn malu..tanye je kat aku..ape2 pun, sangat worth beli botol ni walaupun agak mahal, sbb ianye boleh digunakan sampai bila2 since botol ni BPA free, so nak pakai utk anak sampai umur 7 tahun pun boleh..hikhik...

:: Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W.. ::

Salam Jumaat ye kawan-kawan...
harini nak kasi tazkirah sket ttg kelebihan umat Nabi Muhammad S.A.W..


Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan umat Nabi Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada ku.”

1. Taubat ku hanya diterima dikota makkah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w diterima disebarang tempat oleh Allah s.w.t.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat darhaka kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang, Umat Nabi Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberikan mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku,tetapi umat Nabi Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,tetapi umat Nabi Muhammad s.a.w. derhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan kedalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t

Sekadar utk renungan dan pedoman kita bersama.... :)