:: Bread Butter Pudding ::
nama melayu nye, Puding Roti… saje nak glemerkan nama puding ni kan..ntah laa kategori puding ke apa..sbb yg ni nak kene bake tau..hmm..apa2 jelah labu, yg penting rasa die sodappp..
actually ni dah kali ke 3 kot buat puding ni, tapi baru kalini nak post kat sini..cara membuatnya sangat laa simple, budak sekolah pun boleh buat..ok, ni die resepinya ya..
- 7-8 keping roti gardenia (potong 2 atau 4, ikut suka hati..)
- 7 sudu besar gula
- 3 sudu mentega
- kismis
- badam
bahan utk dipukul :
- 4 biji telur
- susu cair ideal
- esen vanilla
Caranya :
1. pukul bahan B hingga agak2 sebati dan kembang..xyah guna mixer pun xpe, pukul pakai wisk tu kan, agak2 sampai dah sebati telur dan susu tu ok laa..
2. buat gula hangus.. 7 sudu gula tu, masukkan dalam kuali, kacau je sampai cair dengan api perlahan..bila warna dah bertukar keperangan, + sedikit air untuk menjadikan gula hangus
3. tuangkan gula hangus ke dalam loyang, then susun roti mengikut citarasa dalam loyang yg sama..
4. cairkan mentega dan tuang atas lapisan roti tadi
5. last sekali, masukkan bahan bahan yg dipukul tadi
6. eh, yg ni last..taburkan kismis dan badam cincang..ataupun nak tambah chocolate chip pun boleh..
7. bakar dalam oven pada suhu 180 deg celcius selama lebih kurang 30 minit..yg suhu ni ikut pada oven u olls laa ya..suhu die sama mcm bakar kek..mcm oven aku, bakar kek pada suhu 160 je..then, mcm biasa, nak check dah masak ke belum, benamkan lidi, atau garpu dalam loyang..kalau xmelekat tu makanya dah masak laa tu..
selamat mencuba ya…