:: Makan karipap ayam adalah sangat heaven! ::
Puasa kali ni aku rasa mcm rajin pulak nak masak2..cemana mood tu dtg, aku pun xsure laa.. semalam teringinn sangat nak makan karipap ayam..tapi xmo yg dibeli..nak buat sendiri,ko! pegi dapur check segala bahan..ayam kompem ada, kentang juga,lada kisar,bahan2 tumis,tepung..huh,complete! eh,tak..kecuali marjerin..oh,xpe..yg ni boleh tukar ngan minyak masak je..
makanye..jadi lah ini......
ni nak share sket resepi karipap yg aku buat semalam...yg ni versi aku tau! (anggaran adalah lebih kurang...)
Resepi karipap ayam
Bahan-bahan kulit :
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak (panaskan)
Air + garam (anggaran ikut kekerasan doh..kalu dah boleh uli tu ok la..)
Bahan inti :
Dada ayam
kentang (rebus dulu nak kasi cepat empuk)
bawang putih dan merah
cili kisar
pepper
serbuk kari
daun kari
kayu manis
bunga lawang
Cara-cara:
1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, minyak. Gaul dengan hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
2. Curahkan air + garam sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. letak tepi dulu..
3. Untuk inti, tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan beberapa kuntum bunga lawang, kayu manis dan daun kari. Tumis hingga naik bau wangi.
4. Masukkan cili kisar, kacau sampai garing
5. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air. Kacau hingga naik minyak.
6. Masukkan isi ayam, kacau dan masukkan ubi kentang yg telah dipotong kecil,nipis dan direbus.
7. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga masak. (yg ni kubelasah je laa..puasa kan..)
Bila inti dah sejuk...
8. Cubit sikit doh kulit tadi... ikut kebesesaran yg u all nak..Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.
haa..puas ati dapat makan karipap ayam hasil tangan sendiri..cubalah!!
* nak standby bahan utk bakar ikan pulak..arini menu ikan cencaru bakar cicah air asam! esok aku share gambo eh? slurrppp..