Saturday, October 30, 2010

:: Senarai mereka yg terbunuh dan gambar kemalangan bas di highway karak ::

Aduhai..ade lagi kemalangan ngeri cmni..Al-fatihah buat mangsa2 yg terkorban dan takziah buat keluarga mangsa..berita pagi tadi yg aku dengar kat hotfm, katanye bas ni mengalamani kegagalan brek, menyebabkan tidak dapat dikawal..lalu terbabas..



Bas pelancongn terbabas: Enam maut, 21 cedera

KUALA LUMPUR:Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.Kemalangan yang membabitkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.-Bernama


Bas terbabas: Senarai mangsa korban kemalangan di Genting Sempah

Berikut ialah senarai enam penumpang bas pelancongan yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.Mereka dikenali sebagai:-
1. Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
2. Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
3. Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
4. Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
5. Mohd Ridzuan Husin, 17;
6. Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.

-Bernama
dan yang terbaru, Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 menjadikan total semua 7 orang..

alfatihah...

:: Bila kene kerja hari sabtu... ::

Bosan nye lahaii..
skang ni pkul 8.45..sepatutnye aku ade kat atas katil2, golek2 ngan my lil qaisara..tapiii..pagi ni kene keje la pulakkk..menyampah tau! tapi kalau dah tanggungjawab..kene la jugak buat kan.. :(

pagi ni aku dtg opis sbb, hari ni merupakan hari utk migrate projek phase 2 ke production..makanye, sebagai software tester yg berdedikasi, aku kene lah verify all the navigation lepas migration tu..xsusah pun keje nye..kalau ikutkan, kejap je verify tu.bukannye kene buat transaction ape2..just verify navigation and hyperlinks sume tu je...

hopefully sume nye berjalan lancarlah..penat tau, drpd memula project phase 2 ni..sampailah dah nak live isnin ni..aku handle sorang je on testing..seb baik laa developer team byk membantu..tu yg aku tak berkira sangat datang ke opis ni..satu lagi, yg membuatkan aku tak kisah kerja hari ni adalah..aku akan dapat replacement leave!! yeaahaaa..suke! nnt bole la amik cuti bila2 masa yg aku suke pasni.. :) oh, actually harini aku boleh je verify from home, team aku tak kisah pun kalau aku work from home..tapi aku yg taknak..sbbnye, harini kan sabtu, so aku rasa network internet sangatlah lembab harini sbb aku just pakai celcom broadband tu je..kang melambatkan keje aku je...

setelah berbincang ngan en.hubby pagi tadi, die kata pegi je lah office..die boleh handle qaisara..yes..aku boleh percayakan die dlm menghandle qaisara..mandikan, kasi makan, tidurkan and so on lah..tapi kesian la weh..patutnye tu sume keje2 aku..lagilah weekend cmni..sian sara..dahla weekdays dok kat taska, tetibe sabtu ibu keje pulak..adehh..sian anak ibu ni kan..mintak maap ye nak..

ohhh..rindunye lahai kat mereka berdua ini!


hope migration berjalan lancar, dan aku dapat test dengan cepat, verify cepat, boleh balik cepat! :)