Saturday, October 30, 2010

:: Senarai mereka yg terbunuh dan gambar kemalangan bas di highway karak ::

Aduhai..ade lagi kemalangan ngeri cmni..Al-fatihah buat mangsa2 yg terkorban dan takziah buat keluarga mangsa..berita pagi tadi yg aku dengar kat hotfm, katanye bas ni mengalamani kegagalan brek, menyebabkan tidak dapat dikawal..lalu terbabas..



Bas pelancongn terbabas: Enam maut, 21 cedera

KUALA LUMPUR:Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.Kemalangan yang membabitkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.-Bernama


Bas terbabas: Senarai mangsa korban kemalangan di Genting Sempah

Berikut ialah senarai enam penumpang bas pelancongan yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.Mereka dikenali sebagai:-
1. Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
2. Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
3. Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
4. Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
5. Mohd Ridzuan Husin, 17;
6. Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.

-Bernama
dan yang terbaru, Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 menjadikan total semua 7 orang..

alfatihah...

1 pengomen:

Jieda November 1, 2010 at 11:40 AM  

Semoga roh-roh arwah diccuri rahmat.Amin..