Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, June 07, 2013

:: Qasidah Ya Hanana beserta lirik & maksud ::

Salam Jumaat semua..

nak share dengan kawan2 zikir/qasidah Ya Hanana yg selalu sangat jadi nyanyian anak2 kecil, termasuklah Qaisara..comel kan budak2 bila nyanyi2 lagu mcm ni..semoga kita dapat terapkan rasa cinta mereka kepada Rasulullah, insyaAllah.. Smile

Tuan empunya qasidah ni sebnarnya ialah Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf..tapi saya suka version yang ini..dalam rancangan Cinta Masjid di TV Alhijrah..suka dengar penyanyi dari kumpulan InTeam dan beberapa artis..sebenarnya, yang penting apa yg nak disampaikan..jadi, meh kita hayati lirik nya pula..

هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

Semoga bermanfaat.. Smile

Friday, March 22, 2013

:: Doa murah rezeki ::

Salam Jumaat semua…semoga kita semua mendapat kerahmatan dari Allah swt pada hari yg penuh berkah ini.. Smile

Mcm biasa, tiap hari jumaat, insyaAllah sy akan sharekan  apa jua post yg berbentuk ilmiah, atau tazkirah ttg apa jua perkara..harini kita ckp ttg rezeki ya kawan2..hehehe..setiap hari kita keluar, pergi kerja, mencari rezeki untuk anak2 dan keluarga..jadi, seharusnya selepas kita penat berusaha, berdoalah, moga2 usaha yang kita lakukan akan membuahkan rezeki yg halal, dan diberkati..insyaAllah..

jom tadah tangan, kita baca doa ni sama-sama..

doa murah rezeki

dan yang terakhir sekali..bertawakal..serahkan segalanya kepada Allah..sekiranya sememangnya rezeki itu ditakdirkan milik kita, bersyukurlah..kalau bukan milik kita, kita perlu redha, mungkin ianya milik seseorang yang lebih memerlukan..insyaAllah, pasti ada yang lebih baik menunggu kita dihadapan…

Friday, February 15, 2013

:: Amalan untuk pendinding diri, keluarga dan rumah ::

Salam Jumaat semua..

Alhamdulillah, harini saya nak share something ttg apa yang saya pelajari selepas rumah dimasuki pencuri kira2 setahun yang lepas..untuk peristiwa rompakan tu, boleh refer disini dan disini

Biasalah, saya rasa ramai je kat luar sana yang sama mcm saya, bila dah terkena baru nak bertindak..yg saya maksudkan adalah, membuat ‘pagar’ ataupun pendinding rumah & diri..actually dah lama sebelum kejadian tu, saya ada terfikir nak buat ‘pagar’ rumah, tapi asyik tertangguh dan terlupa..lepas kejadian tu baru lah menyesal, nasi dah jadik bubur

Actually, banyak sangat ayat2 dan surah2 di dalam Al Quran yang boleh kita jadikan amalan dan panduan kita, untuk dijadikan pendinding diri, keluarga dan rumah..lepas kejadian tu, kami panggil seorang pakcik ni, kami panggil die haji salleh, untuk buatkan ‘pagar’ rumah kami.dan die jugak ada beri beberapa panduan dan ayat2 yang perlu kami jadikan amalan..kat sini saya nak share kat u olls ya..

Yaasin 8-9 Doa Pendinding

Surah Yaasin, ayat 8-9

Cara amalannya :
1. Hendaklah diamalkan sebanyak 11X setiap lepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3X selama 7 hari berturut-turut.
2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7X setiap penjuru.

Nota : Ada juga yang menuliskan ayat kedua ayat ini pada 4 keratan kertas lalu ditanam pada empat penjuru rumah.

PERINGATAN! :
Iktikad kita perlulah diperbetulkan dengan meyakini bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang berupaya memberikan perlindugan. Tujuan ayat dibaca dan diamalkan dengan berharap kepada Allah SWT dengan membacakan FirmanNYA dan meyakini sebulat hati bahawa Firman Allah adalah Maha Benar.
Hendaklah ayat ini dijadikan amalan harian dan diterapkan dalam kehidupan harian bukan bagi tujuan tertentu atau atas kehendak kita sahaja.

Jadikan amalan, insyaAllah..yakin bahawa Allah sahaja tempat kita berlindung dari segala kejahatan..semoga kita semua terhindar dari kejahatan dan kekejaman orang lain..amin..

Friday, February 17, 2012

:: Zikir & Doa Penenang Hati.. ::

Salam Jumaat semua..
Nak share ngan kengkawan, zikir & jugak doa buat penenang hati yang sedang gundah gulana..boleh juga dijadikan zikir buat dendangan utk tidurkan anak2 kecil..juga sebagai amalan harian..

suka dengan suara Munif Hijjaz ni.. :)

Doa ini pula boleh diamalkan utk menenangkan hati..yelah, kadangkala pasti kita diuji oleh Allah S.W.T..betul2 menguji kesabaran dan keimanan kita..maka amalkanlah doa ini, insyaAllah hati akan jadi tenang..contoh doa yang boleh diamalkan..

Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Ameen YA ALLAH

sumber : islamictazkirah

harini dan semalam, hati ini betul2 xtenteram..sentiasa rasa bersedih, bermuram..dan apa yang berlaku disekeliling menyebabkan cepat betul terasa hati dan berjauh hati..terasa diri dah tak disayangi..tak dipedulikan lagi..yaAllah..jauh kan lah perasaan2 begini..mungkin juga disebabkan emosi terganggu time pregnant ni..hmm.ntah lah..sangat perlukan mereka yg betul2 memahami saat2 ini...

semoga Allah tenang kan hati hambaMu ini..dan jauhkan lah dari perkara2 yang tak diingini..amin..

Friday, October 01, 2010

:: Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W.. ::

Salam Jumaat ye kawan-kawan...
harini nak kasi tazkirah sket ttg kelebihan umat Nabi Muhammad S.A.W..


Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan umat Nabi Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada ku.”

1. Taubat ku hanya diterima dikota makkah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w diterima disebarang tempat oleh Allah s.w.t.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat darhaka kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang, Umat Nabi Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberikan mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku,tetapi umat Nabi Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,tetapi umat Nabi Muhammad s.a.w. derhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan kedalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t

Sekadar utk renungan dan pedoman kita bersama.... :)