Friday, February 15, 2013

:: Amalan untuk pendinding diri, keluarga dan rumah ::

Salam Jumaat semua..

Alhamdulillah, harini saya nak share something ttg apa yang saya pelajari selepas rumah dimasuki pencuri kira2 setahun yang lepas..untuk peristiwa rompakan tu, boleh refer disini dan disini

Biasalah, saya rasa ramai je kat luar sana yang sama mcm saya, bila dah terkena baru nak bertindak..yg saya maksudkan adalah, membuat ‘pagar’ ataupun pendinding rumah & diri..actually dah lama sebelum kejadian tu, saya ada terfikir nak buat ‘pagar’ rumah, tapi asyik tertangguh dan terlupa..lepas kejadian tu baru lah menyesal, nasi dah jadik bubur

Actually, banyak sangat ayat2 dan surah2 di dalam Al Quran yang boleh kita jadikan amalan dan panduan kita, untuk dijadikan pendinding diri, keluarga dan rumah..lepas kejadian tu, kami panggil seorang pakcik ni, kami panggil die haji salleh, untuk buatkan ‘pagar’ rumah kami.dan die jugak ada beri beberapa panduan dan ayat2 yang perlu kami jadikan amalan..kat sini saya nak share kat u olls ya..

Yaasin 8-9 Doa Pendinding

Surah Yaasin, ayat 8-9

Cara amalannya :
1. Hendaklah diamalkan sebanyak 11X setiap lepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3X selama 7 hari berturut-turut.
2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7X setiap penjuru.

Nota : Ada juga yang menuliskan ayat kedua ayat ini pada 4 keratan kertas lalu ditanam pada empat penjuru rumah.

PERINGATAN! :
Iktikad kita perlulah diperbetulkan dengan meyakini bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang berupaya memberikan perlindugan. Tujuan ayat dibaca dan diamalkan dengan berharap kepada Allah SWT dengan membacakan FirmanNYA dan meyakini sebulat hati bahawa Firman Allah adalah Maha Benar.
Hendaklah ayat ini dijadikan amalan harian dan diterapkan dalam kehidupan harian bukan bagi tujuan tertentu atau atas kehendak kita sahaja.

Jadikan amalan, insyaAllah..yakin bahawa Allah sahaja tempat kita berlindung dari segala kejahatan..semoga kita semua terhindar dari kejahatan dan kekejaman orang lain..amin..

0 pengomen: