Thursday, February 14, 2013

:: Qaisara & Krista ::

Rindu nak menulis blog..

haih, cerita semua dah basi2..tapi nk buat cemana..masa utk blogging ada seciput cuma skang ni..so dikesempatan yang ada tu laa dok tulis, simpan as draf, then update balik, then post..huhu..kesian betul..siapa kata working from home banyak masa terluang? aku rasa lagi xcukup masa ada lah..nama pun dah dok kat umah, kene laa make sure setiap kerja rumah tu dibuat/disiapkan..tapi itu lah, bila kerja opis tu banyak, kene la dahulukan mana yg wajib..makanya, kerja rumah dikemudiankan, apatah lagi menulis blog..sedih tau!

C360_2013-01-02-08-12-22

ni nak cerita ttg kakak Qaisara yang dah pun masuk skolah..dah sebulan pun actually..memula dulu agak pening jugak nak pilih sekolah yang mana..Qdees ke, anak soleh ke, then mcm2 taska lagi kat area perumahan ni..at last, bila dah survey 3-4 tempat, kami sepakat utk pilih Krista..kat sini sekolahnya bukan rumah teres, tapi mmg satu bangunan sekolah..ada 4 buah kelas, 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun & 6 tahun..setiap kelas akan ada sorang teacher yang handle, then kat situ jugak ada daycare..so that kalau aku xsempat ambil qaisara tghari or ada kerja kat opis ke, aku boleh tinggalkan je sara kat skolah sampai petang..oklah, yuran pun rm200 je sebulan, + daycare rm10 satu hari (kalau ambil ptg) yang bestnya lagi, teacher nya tak berkira pun..kalau ambil lewat sikit dalam pukul 1-2 ptg pun diorg tak charge, unless sampai 6ptg..cuma awal taun dulu laa kene bayar banyak sikit, rm800 utk yuran & semua peralatan sekolah.tapi xpelah, yuran tu mmg utk setahun, so masih consider murah compare dengan sekolah yang lain..

C360_2013-01-01-21-32-42

so far alhamdulillah, qaisara xde masalah untuk bangun pagi pegi sekolah..time nak kejutkan tu, just sebut je pegi sekolah, bingkas die bangun and pegi ke toilet utk mandi..tu yg seronok tgk dia..kadang sarapan roti or biskut, kadang2 die xmo sarapan sbb die dah minum susu bangun dr tido..so kat skolah ada lagi makan pukul 10 pagi..normally makan nasi goreng, mihun, makaroni, or apa2 sahaja yang berat..tang tu aku xrisau sbb mmg skolah sediakan makanan berat time budak2 break..

C360_2013-02-07-08-23-32

dari segi pembelajaran pulak, aku tgk lebih kurang exercise book yg selalu aku belikan utk qaisara buat kat rumah..banyakk buku latihannya..yelah, utk setahun kan, aritu masa gi bayar registration, teacher bagi semua buku utk tulis nama..buku tu aku balut sekali, bagi tahan lama sikit..tu yg check sekali apa yg akan qaisara balajar nnt..english, bahasa, math, bentuk, warna, storybook, eh..mcm2 lah..actually kalau diikutkan, aku boleh je ajar qaisara kat rumah..selama ni pun die pandai a-z, huruf kecil dan besar, 1-50, colour, shapes, semua tu ajar sendiri kat rumah je pun..tapi pada kami, biarlah die belajar dengan kawan2 and belajar berdikari..skang ni pun kalau baca doa makan tu siap dengan makna sekali. selama ni baca doa makan sampai abis, tapi bila dah praktikkan kat skolah ramai2 baca doa makan sekali dengan maksud, die pun dah terikut2 kat rumah..one more thing yg sangat ketara skrg ni, qaisara tak lagi bahasakan diri sebagai ‘kakak’, tapi skang ni ni die dah bahasakan diri as ‘qaisara’ bila bercakap..sure teacher die latih mcm tu..yela, kat skolah takkan nak panggil kakak kan..mesti laa panggil qaisara..

so rutin ibu hari2, pukul 12 tghari start kereta g amik qaisara kat skolah..khaleef pun dah lali dah dengan rutin tu..tau je die asal tghari ibu dah pakai tudung tu, laju je die menyusur ke pintu..aritu gi skolah nak ambil qaisara, sempat lagi sembang2 dengan teacher zakiah..teacher dia kata, qaisara ni kira senang diajar sbb die dah pandai basic, so teacher die dah langkau subject, skang ni belajar mengeja dah pun..padahal yg sebaya die semua dok mengeja lagi.huhu..bimbang juga dia bosan nanti..tapi xpelah, aku dulu pun umur 5 tahun dah pandai baca..bila dah pandai baca, lagi mudah die nak berdikari, lagi mudah die nak buat exercise dalam buku tu..kalau x, skrg ni asyik laa kejar ibu dok suruh ibu bacakan apa arahan kat setiap page tu..soalan qaisara “ibu, yang ni kata apa ibu?” hehehe..cute!

so far alhamdulillah, dah banyak word yang die pandai eja ..dan dah pandai bunyi gabungan 2 suku kata..eja nama sendiri pun dah pandai..insyaAllah ibu akan terus ajar qaisara, selagi qaisara nak, ibu akan pastikan ibu punye masa utk ajar qaisara sbb ibu tau, sara anak ibu yg bijak, so ibu akan asuh dari kecil..insyaAllah..

0 pengomen: