:: Mengundi kali pertama - PRU13 ::
Taun ni umur saya dah menginjak ke angka 31 (gulp!) tapi 1st time nak mengundi..masa previous PRU12, tarikh 8 mac 2008, adalah tarikh saya melangsungkan pernikahan dengan jejaka pojaan hatiku..ahaha..nak mengundi? sorry lah, time tu dok cemas nak pikir ttg majlis je..2-2 belah keluarga tak mengundi..even family belah bakal mertua (time tu bakal laa kan)
taun ni, nak mengelat dari mengundi? jangan harap..abah awal2 lagi dah sound saya, kene balik untuk mengundi..rugi tak undi..satu undi sangat penting..undi la untuk tentukan masa depan negara kita..bla..bla..bla..ok, saya balik.. :)
kami sekeluarga balik mengundi pada jumaat malam, 3 May..selalu dari Shah Alam ke Temerloh cuma ambil masa xsampai 2 jam, tapi malam tu utk sampai ke umah mama saya kat temerloh ambik masa 8 jam! gerak jam 9 lebih, sampai kampung jam 5lebih pagi! nasib baik gerak malam, so anak2 tido..kalau balik siang2, jem mcm ni, mau pengsan saya nak handle anak2..fuhhh..mmg haru betul lah hari tu..yelah, highway karak tu je laa laluan manusia2 dari kawasan tengah ni nak balik ke pantai timur kan..makanya, berjemaah laa kami beramai2 nak balik ke kampung..jem tak hengatt..esp bila nak sampai ke kawasan tol..tapi seronok juga..tgk mcm ragam manusia..ada yg kereta berenti tepi asap kuar berkepol2..ada yang sokong pembangkang sampaikan berwarna warni kereta masing2 penuh dengan bendera..ada yang keluar kepala dari kereta sambil pegang bendera bulan..haih, meriah..kalah nak balik hari raya u olls!! :D
ini pertama kali saya mengundi, beria mama & abah saya beri penerangan cemana prosedur mengundi tu..almaklumlah..masing2 pegawai spr..huhu..senang je sebenarnya mengundi ni..xsusah pun..nasib baik saya di saluran 3, depan saya cuma ada 3 orang, xperlu beratur lama..prosedurnye pun, cuma check ic, then kalerkan dakwat kat jari, ambil ballot dan pangkah..tu je rupenye..
then, disebabkan serik dengan kejadian jalan jem nak balik mengundi tu, kami plan balik ke shah alam awal..lepas setel mengundi (saya je mengundi, suami punye alamat masih di teluk intan) kami kemas2 then balik shah alam..alhamdulillah jalan clear..almaklumla..mb selangor dah kasik cuti awal2 kat rakyat selangor kan..makanya masing2 ambik kesempatan berlama-lamaan kat kampung la tu..saya kene balik juga, sebab esoknya (isnin) jam 5 pagi saya kene anta en.hubby ke airport subang..die kene g training kat jb seminggu..huwaaa...sampai2 area kota damansara, terus stop kat giant dan shopping barang rumah untuk seminggu, jugak barang keperluan husband g training..
malam tu, xdapat tido sbb nak tunggu result pru..adehh.mata dah mengantuk sangat ni, tapi gagah kan jugak, sebab kawan2 kat dalam group whatsapp masih sibuk dok bincang2 pasal mengundi..lagipun diorg suma dok tunggu kalau2 pm umum cuti esoknya kan..hehehe..rupanya, xde pun cuti..huhu..apa2 pun syukur..wakil rakyat yang saya undi pada siangnya telah menang kerusi dun & parlimen..alhamdulillah..anak saudara saya actually tu.. :)
ok..tu je lah cerita mengundi saya untuk kali pertama..pengalaman yang xdapat dilupakan bila kene dok bertapa dalam kereta selama 8 jam! gila lah..kalah balik perlis.huhu..