Sunday, September 19, 2010

:: My 1st & 2nd Buffered Earnings dah datanggg!!! thanks En.Nuffnang!! ::

Malam khamis yg lepas..sampai je umah from pahang, terus on laptop..mana tahan, dah dekat seminggu tak berhapdet blog ni kan..bukan umah je yg bersawang kalau ditinggalkan lama..blog ni pun sama..org pun xmo dtg jenguk dah..aku tgk UV aku minggu lepas ade beberapa kerat je..maybe sume tak online, sebok beraya gamaknye kan?..eehhh..kembali ke topik asal pleaseee..
mmg boring bila g blog kengkawan pun ramai yg tak berupdate ..tetibe terasa nak tgk nuffnang..ape cite ntah..dah lama tak bukak..sekali bukak..aku pelik, kat ikon 'Earnings' tu...apesal bertambah2 nilainye? terus click kat situ utkcheck details nye...apa yg aku nampak??

apesal la buruk nau gamba ni..dah 2-3 kali aku upload, gitu jugak gambanye..alah, bukan byk mana pun nilainye nak tunjuk kat korang kan..huhuhu..

yeeeehhaaaa...terjojol bijik mata aku tau dik nonn!! gila..gila..tu diaaa..buffered earnings dah mari..bukan satu tau, tapi DUA!! gonyoh mata berkali2..aku rabun kah? tak..aku tak rabun..tu mmg mende alah yg aku tunggu...alhamdulillah..syukur yg tak terhingga...mesti ada yg ckp.."kecoh aa ain neh..baru 2 BE dah kecoh satu dunia..nak beli KFC pun tak lepas lagi daaa.." haaa..betul tu..mmglaa..tapi aku happy la weh..happy sangat2 neh! first time! aku penah la baca2 kat blog kengkawan lain..pasal BE..especially blog GTO..saje nak baca2 pasal BE neh...mmg betapa susahnye nak dapat n betapa berharganye diriku ini BE neh..

hmm..kalau nak cite pasal BE neh,hmm..susah jugak nak tau apa kriteria yg wajib ada pada satu2 blog utk dapatkannye. ape yg penting, kerjaaasama! berbloglah selalu..dan pastikan traffic up la day by day kan..cam blog picisan aku ni..yg aku dapat tgk, seminggu ada dlm 4-500 UV je pun..takde la byk mana..tapi ok la kan..aku puas hati..dan ape yg aku tau jugak, survey pun kene update selalu..jgn lupe tu..

Yang aku tau lagi, blog kite dipilih oleh advertiser  yang enganged ngan Nuff untuk iklankan kat blog kita. Maksudnye, pengiklan yang join Nuffnang akan pilih daripada ramai-ramai bloggers yg guna Nuffnang, yang mana website/blog diorang ada potential untuk beri pulangan pada company diorang. yang ni melalui pembacaan aku laa..apa yg aku paham lepas baca blog kawan2 bloggers yg lain..

aritu kan cam meroyan sket nak kan mende alah ni..alhamdulillah..skang da dapat..hope terus mencurah2 la BE aku pasni..baru la aku dapat anjurkan contest yg mahal2..huhuhu..

ape2 pun..thanks to :

1. Nokia Messaging E5 LB
2. STB GPSS LB (Singapore Grand Prix)

sbb sudi jadikan blog i yg tak seberapa ni utk iklankan product u all..dan yg paling penting..thanks to Nuffnang..sbb sudi pilih blog i..eh, lurveee u much lah! muahs!

:: Bayar balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji? *pengsan* ::

Tercekik nasik yg aku makan masa dengar berita pkul 4 tadi..kebetulan makan tghari lewat arini..telinga dok dengar berita kat tv..semua peminjam WAJIB bayar pinjaman PTPTN melalui potongan gaji mulai Jun 2011..wajib? adehhhhhh....

Selama ni bukannye aku tak bayar langsung,aku bayar..tapi mmg lobang2 ler..ade yg skip..ade yg bayar sket..ade yg byr byk..xtentu..tapi so far xpenah la sampai dapat surat..yg sebenar-benarnye..kalau ikutkan perjanjian, aku kene bayar rm300 lebih sebulan..pengsan la kan..itu sah2 dah campur caj apekebende tu..caj pentadbiran eh?ke..caj perkhidmatan..mcm tu laaa..tetiap bulan aku kene bayar utk caj itu sahaja, around 70 hengget..bayangkanlaa..

ye,aku tau..dah pandai pinjam, pandai la bayar kan..ptptn dah tanggung sampai ke universiti, dah kerja bagus2..harus la kene bayar semulaa..tapiiii..yg aku tak tahan, caj tu laaa..mahal laaa..kalau dlm 200 lebih bayar tetiap bulan aku ok lagi laaa..ni sampai total 300 plus..nak makan ape nnt?aku byk komitmen, esp utk family..adik2 masih belajar..peninnnn..

hmmm..taun depan, bulan januari insyaAllah ade increment..tgk dan lihat je la byk mana nnt..mintak2 dpt la cover utk ptptn neh..mencikk!!

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.


Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997. Katanya, cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan. "Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan pihak LHDN dalam mesyuarat ahli lembaga dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan," katanya kepada pemberita di majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini hari ini. Hadir sama Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf. Beliau berkata, pihaknya juga akan menunggu keputusan kerajaan berhubung gaji minimum yang akan ditetapkan kepada peminjam sebelum potongan gaji dilakukan. Ismail berkata, usaha itu juga diambil bagi kepentingan semua pihak terutamanya supaya ia tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian ekoran sikap peminjam terdahulu yang liat membayar balik pinjaman. Beliau berkata, cara pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, di kaunter bank dan secara online dilihat tidak berkesan di mana 46,000 daripada 1.6 juta peminjam langsung tidak pernah membayar balik pinjaman. Ismail yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Krau berkata sejak 1997 sehingga Julai lalu, PTPTN sudah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan untuknya iaitu RM35 bilion. "Sepatutnya bulan Julai lalu kita sepatutnya berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada jumlah RM23 bilion itu, namun kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam," katanya. Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman setakat ini. Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam seterusnya mengenal pasti mereka yang masih gagal membayar semula pinjaman untuk memudahkan urusan bayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji yang akan dilaksanakan tahun depan. 

** saya akan bayar,tapi tolong buang kos apekebende alah tu...boleh?