Monday, February 25, 2013

:: 10 Makanan Baik untuk Otak Bayi ::

Salam semua…

selalu hari2 mcm pening nak masak apa untuk my little caliph..si khaleef tu laa..kalau qaisara xkisah, apa yg ibu nye masak, die ngap je kecuali yang pedas2 laa..tapi kadang tu main masak je, xde pun nak pikir makanan apa yang terbaik utk baby..yelah, budak tgh membesar kan, so perlukan makanan yg baik untuk pertumbuhan yang sihat..kat sini ada 10 makanan yg baik utk otak baby..dalam banyak2 tu, cuma sayur sayuran n susu je yang khaleef penah makan..yg lain xpenah.hahaha..teruk betul ibu neh..actually, baru minggu depan nak start bagi die makan telur tgk allergic ke tak..ikan salmon tu boleh try laa cari pasni..then time suap die roti hancur tu, nak campur sikit laa dengan mentega kacang..boleh gitu? hehehe..meh kita tgk satu2..


1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
salmon


2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.
telur

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
beri

7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
sayur warna warni

9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

so dah ada idea nak masak apa utk simanja? selamat mencubaa.. Smile