Friday, September 03, 2010

:: Awas Jualan Murah!! ::

Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.

JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.


Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.

Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.

Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.

Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.

nota dari saya : hati2 ketika membeli terutama nak dekat2 raya ni..check betul2 harga sebelum beli..dan jangan mudah terpedaya dengan promosi2 dan jugak warehouse sale..(org yg menulis ni pun selalu jugak terpedaya...) sekadar peringatan....

:: Result GA dah keluarrrr!!! ::

Pertama-tamanye...aku nak ucapkan Happy 1st Anniversary kat blog picisan aku neh.. 
~ ..HeRe i CoMe... ~

sbb dah berjaya bertahan selama setahun...alhamdulillah..semoga pasni aku rajin2 lagi menulis..ttg ape sahaja.., dan jugak bagi maklumat utk kawan2 semua..insyaAllah..hopefully kawan2 sume selalu la jenguk2 sini dan kasik support kat aku eh? :)

hmmm.....


Ade sakit jantung tak?
Hehehe!

aku nak umumkan pemenang ni..........tapi sebelum tu...
Kepada mereka2 yang menang, TAHNIAH diucapkan!
Kepada yang tak menang, jangan sedih sedih..
InsyaAllah lepas ni aku buat GA lagi..
korang mesti join tau..

dann jugak..aku sedaya upaya akan letak link semua yang join kat bloglist aku..jugak aku akan jadi follower korang jugak..(mana2 yg aku  tak sempat nk jadi follower..)

Ok kan?

Bolehla aku selalu datang blog korang lepas tu click click mana mana yang patut..dan jugak..hope this relationship last long....k?

Jom kite tgk keputusannye.....jeng jeng jenggggggg....

nombor korang aku letak dlm bekas utk dicabut...

Penat tau buat mende alah ni..tapi xpela kan..demi korang..xkisah laa..lagipun mmg nak kene buat manual since nak mintak budak kecik ni tolong cabutkan...ok..mai kite tgk sape yg keneeee!!!

qaisara sibuk memilih nombor..mata tak lepas dr tv tuh..

nah, ibu..nombor yg pertama.......


Dan nombor bertuah yg pertama adalah 85!!! dan pemilik hadiah di bawah adalah...



tahniahhh....tahniahhhh...!! clap!clap!


 
seterusnye....cabutan keduaa....tak aci! sara amik 2 nombor..pilih lagi sayang..

itu dia nombornyeeee...lihat siapa yg kenee!!


Nombor yg bertuah adalah 26!!! dan pemilik hadiah di bawah adalahhhh....




tahniah kak suzie! iskk..mmg mama zharfan ni sokmo bertuah kan? alamak,nak kene post hadiah ke UK! huhuhu..tahniah yeeee...clap! clap!

dan seterusnyeeee....tak mintak pun, die bagi dulu..


Nombor bertuah adalah 65!! Makanye..pemenang bagi hadiah ke tiga adalahh..



tahniah!!!! clap! clap!

akhirnyaaaa....3 pemenang telah diketahui..tahniah ye utk semua pemenang..alhamdulillah..rezeki u all.. :) anyway, sekali lagi..terima kasih atas sokongan anda semua utk menyertai GA yang tak seberapa ni..so pasni sesapa nak terus follow blog ni, alhamdulillah..teruskan lah ye.tapi kalau rasa xmo pun xpe..xkisah.. :) sesekali jengukla sini..kan..hope our friendship last long...

oklah..dah abis dah GA nye..kejap je..buat semua pemenang..jgn lupe kasik alamat ye..nk pos hadiah..kalau lambat,nnt cabut nama lain, aci tak?hahahaah..xdelah..main2 je.. :) insyaAllah akan menyusul lepas ni..Pengunjung Bertuah giveaway utk anda..haaa..yg ni senang aje..xperlu jadi follower, xperlu nak tepek banner bagai..asal korg dtg sini, dan pengunjung yg ke..(akan diberitahu kemudian..) perlu copy counter tu sebagai bukti..dan anda akan dapat hadiah! haaa..nnt la aku kasik detailnye..tu secara rambang je laaa...

ok..hope sume berpuas hati..
yg tak berjaya tu,xpe..mungkin rezeki korang lain kali..kan?

till then...bye!




:: Ianya satu petanda.... ::

Salam Jumaat semua..
Perasaan tak best masa nak kuar dr umah tadi rupenye ialah petanda..tapi nasib aku baik..alhamdulillah.. kalau tak,pastinye kereta aku remuk,ntah2 aku sekali ikut remuk kot..nauzubillah..ye,pagi ni aku hampirrr eksiden..

alkisahnya pagi tadi masa aku on the way nak p opis,mmg kebiasaan aku akan ikut nkve dr bukit jelutong ke kota damansara..pagi ni jalan tak sesak pun, so sume org bawak laju2..masa aku dekat2 exit subang, aku dok lane kanan sekali, join lane laju..110kmj..tapi,jarak antara kereta aku ngan kereta depan adalah jarak 1 kereta..mmg itu aku praktikkan dr dulu..

tetibe..aku nampak 4-5 bijik kereta depan aku menggelupur, dengan brek kecemasan, dengan asap busuk yg kuar dr tayar nye,tetibe je tau..aku tak tau la apa jadi kat depan sana..aku xnampak..tapi yg aku heran, tetibe kereta depan aku (waja hitam) tetibe menggelupur sama,brek mengejut, padahal kereta depan die ok lagi..aku rasa die terkejut kot..menyebabkan aku pun turut sama brek mengejut, sehabis brek tu aku tekan..kereta aku dah terhuyung hayang dah.. nak ke kiri,tak boleh..ade sebijik crv..belakang aku kereta myvi pun sama, aku nampak asap kuar dr tayar kete die..ya Allah..perasaan masa tu aku rasa nak mati dah..tapi nasib baik aku terus terpikir nak nyelit ke kiri..lantaklah ape nak jadi..korang bayangkan, ianya berlaku dalam a few seconds sahaja..

nasib baik..masa aku nyelit tu, mmg rapat gila kereta aku kat celah waja hitam ngan crv tu..crv tu perasan aku nak selamatkan diri, die pun terus nyelit ke lane ke 3..aku pun stay kat lane tengah..korang tau apa jadi kat 4-5 bijik kereta depan aku tu?haruslah cium bontot sesama sendiri..sadis betul...

aku bersyukur..xde ape yg cacat celanye, sampai opis aku bertafakur kejap..nasib baik jarak aku antara kereta depan agak jauh..nasib baik aku elak ke kiri..nasib baik..nasib baik..iskk..takut!!

so kawan2 semua..ingatlah ye..bawak kete hati2..lagi2 musim raya ni,sume nak balik kampung..xyah lah bawak laju2..ingat la keluarga dlm kereta tu..dan jugak keluarga yg menanti kat kampung..tetibe aku teringat ayat sorg minah yg tepon hotfm semalam.. :

100kmj - keluarga menanti..
120kmj - speed trap menanti..
140kmj - kubur menanti..
160kmj - malaikat maut menanti...

renung2 kan...dan selamat beramal... :)

pstt..pstt..result GA? haaa...jap g eh..aku janji harini kan?harini jugak aku tepek resultnye...tunggguuuu... :)