Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, August 09, 2011

:: Jom ikut cara Wardina latih anak berpuasa ::

Salam semua..
semalam seharian saya sakit kepala..sakit yg mencucuk2 tu..ala2 migrain gitu..nak berbuka, sayang pulak..so bertahan je lah..rasa mcm nak tidoo je, tapi memikirkan keje yg banyak, so buat donno jelah..alhamdulillah, dah ptg2 sket sakit kepala dah berkurang..tup2 time nak berbuka tu, boleh pulak datang semula sakit kepala bila en.hubby call, bgtau yg die xdapat nak berbuka sesama, disebabkan die balik lambat, xmau stuck dalam jam..so die berbuka ngan kawan2 die kat bank negara nun..huhuhu..terus tak berselera nak makan..nasik satu senduk je, itu pun tak habis.. :p

bercerita pasal bukak puasa ni kan, taun ni sy mmg malas betul nak upload gambar2 makanan bukak pose..kalau taun lepas, rajin sangat sy masukkan/cerita ttg makanan berbuka..yelah, masak sendiri kan..taun ni masak lauk biasa2 aje..xpenah lagi buat mende lain selain dari masak nasik dan lauk2..means mcm laksa ke, meehoon sup ke..belum lagi..satu lagi, mood nak memasak tu agak merudum, sbb dah tak cukup tangan nak handle buat coklat tempahan sempena raya neh..hope sempat la siapkan semua sebelum balik bercuti..insyaAllah..

oh, ye..mengenai tajuk kat atas..
semalam sy terbukak satu link youtube ni, mengenai tips berpuasa bersama anak2 yang disampaikan oleh wardina..sy sempat tgk sampai abis..sbbnye berminat sangat dengan tip2 berguna dari wardina tu..antaranya..sebelum kita ajar anak2 kita berpuasa, kene ajar mereka solat dulu..sbb dalam rukun islam pun, sembahyang adalah yg kedua selepas mengucap 2 kalimah syahadah..kemudian yang ke 3 barulah berpuasa..kene tekan kan kat anak2 kepentingan solat, puasa, agar anak2 kita paham makna solat dan berpuasa tu, agar mereka lakukan dengan seikhlas hati, bukan sebab disuruh2..

kemudian, mengenai bersahur, disebabkan anak2 kecik ni tak wajib pun berpuasa, so that die berikan anak die breakfast sebelum pergi sekolah utk gantikan sahur..sy terpikir, kalau tak latih die dari bersahur, xboleh consider la berpuasa penuh kan..tapi kemudian wardina terangkan..tak perlu lah latih anak puasa start dari bersahur seperti org dewasa, sbb mereka tak diwajibkan berpuasa pun sebenarnya..so that boleh kita buat slow..sbb kesian kan,budak2 kalau sahur mcm kita, pastu puasa sepanjang hari, mesti lembik..tu yg wardina bagi anak die breakfast sebelum skolah utk gantikan sahur, then puasalah die sepanjang hari..tapi, kalau anak die mmg tak larat bila dah petang tu kan, wardina tak paksa utk teruskan puasa tu..dibenarkan utk berbuka..tapi tu lah, bila anak2 ni dah rasa nikmat berbuka puasa, mesti diorg sayang nak bukak puasa awal..yg penting, selalu congratulate them, biar mereka rasa seronok, sbb berjaya habiskan puasa...apa yg sy nampak, support dari family tu penting..tunjukkan sifat yang baik, insyaallah anak akan ikut apa yg kita buat..contohnya perbuatan2 baik dibulan ramadhan seperti bersedekah, mengaji, berdoa..dsb..best kan cara dia ni! :)

sy takdelah nak ajar sara puasa skang ni..isk, merepek la kan..maunye kurus kering budak tu kang..dah la mmg badannye cekeding aje..hehehe..tapi sy nak start ajar die solat awal2..skang ni pun, asal saya pakai je telekung, die pun dah berdiri sebelah saya..sambil ucap "Allaaahu Akbar!" alhamdulillah.. :) bila time sy berdoa, die amin kan..selesai doa, die ucap "Aminnnnn..." hehehe..

actually petang semalam, masa sy nak ambik qaisara dari rumah pengasuh, sy nampak sorang budak perempuan dalam lingkungan umur darjah 3-4 gitu, tgh makan aiskrim sambil berjalan..sy terpikir..mak ayah budak ni tak ajar anak die berpuasa kah? at least kalau tak berpuasa pun bgtau anak2, jgn makan depan orang kan..tak elok tu..melentur buluh biar dari rebungnya..hmmmm..


Thursday, October 07, 2010

:: Pesanan drpd PDRM..Please take note!! ::

Salam kawan-kawan..
aku sangat bz 2-3 harini..actually selasa malam kami terpaksa bergegas balik ke teluk intan sbb uncle en.hubby meninggal dunia..then, pagi tadi baru sampai ke s.alam..sori sangat2..mmg tak hapdet la blog neh since xleh nak online pun kat kampung aritu..

harini pulak ade training whole day, maybe sampai esok..adehhh..oklah..nnt kite cerita2 lagi..nak bw kat blog kawan2 pun tak sempat..nyampah ngan training ni tau..anyway, ni ade peringatan yg aku nak share yg aku dapat dr email...


Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

PLS TAKE NOTE OF THIS INFORMATION
You can't clean away smashed eggs on the windscreen with the wiper and sprayed water. Please take note of this.
If you are driving at night and are attacked with eggs, do not operate the wiper or spray any water.
You can drive with whatever visibility remaining until you reach a safer place.
Because eggs when mixed with water becomes milky and block your vision up to 92.5%.
Then you are forced to stop at the road side and become a victim of robbers
This is a new technique used by robbers in Johor Bahru.
Please inform your friends and relatives.

Please take this seriously.
Sumber: Bukit Aman PDRM

Sunday, September 26, 2010

:: Artikel untuk parent and parent to be.. ::

Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangunpagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.memang le kite yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 11 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan 'jangan' kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Artikel ni aku dapat dari email..mmg elok utk kita as a aperant utk praktikkan, kan? tapi kalau sebesar sara, cume a few je ye boleh di praktikkan pun..tapi ape pun, aku rasa, yg 1st tu adalah most important thing..utk kita develop anak tu utk menjadi anak yg baik, kita kene didik dr sekarang..bukan susah pun, just bercakap2 dengan die time nak tidurkan die, sampai laaa die tertidur..senang je kan? aku pun nak try wat kat sara nnt..xpenah try pun..


Sunday, September 19, 2010

:: My 1st & 2nd Buffered Earnings dah datanggg!!! thanks En.Nuffnang!! ::

Malam khamis yg lepas..sampai je umah from pahang, terus on laptop..mana tahan, dah dekat seminggu tak berhapdet blog ni kan..bukan umah je yg bersawang kalau ditinggalkan lama..blog ni pun sama..org pun xmo dtg jenguk dah..aku tgk UV aku minggu lepas ade beberapa kerat je..maybe sume tak online, sebok beraya gamaknye kan?..eehhh..kembali ke topik asal pleaseee..
mmg boring bila g blog kengkawan pun ramai yg tak berupdate ..tetibe terasa nak tgk nuffnang..ape cite ntah..dah lama tak bukak..sekali bukak..aku pelik, kat ikon 'Earnings' tu...apesal bertambah2 nilainye? terus click kat situ utkcheck details nye...apa yg aku nampak??

apesal la buruk nau gamba ni..dah 2-3 kali aku upload, gitu jugak gambanye..alah, bukan byk mana pun nilainye nak tunjuk kat korang kan..huhuhu..

yeeeehhaaaa...terjojol bijik mata aku tau dik nonn!! gila..gila..tu diaaa..buffered earnings dah mari..bukan satu tau, tapi DUA!! gonyoh mata berkali2..aku rabun kah? tak..aku tak rabun..tu mmg mende alah yg aku tunggu...alhamdulillah..syukur yg tak terhingga...mesti ada yg ckp.."kecoh aa ain neh..baru 2 BE dah kecoh satu dunia..nak beli KFC pun tak lepas lagi daaa.." haaa..betul tu..mmglaa..tapi aku happy la weh..happy sangat2 neh! first time! aku penah la baca2 kat blog kengkawan lain..pasal BE..especially blog GTO..saje nak baca2 pasal BE neh...mmg betapa susahnye nak dapat n betapa berharganye diriku ini BE neh..

hmm..kalau nak cite pasal BE neh,hmm..susah jugak nak tau apa kriteria yg wajib ada pada satu2 blog utk dapatkannye. ape yg penting, kerjaaasama! berbloglah selalu..dan pastikan traffic up la day by day kan..cam blog picisan aku ni..yg aku dapat tgk, seminggu ada dlm 4-500 UV je pun..takde la byk mana..tapi ok la kan..aku puas hati..dan ape yg aku tau jugak, survey pun kene update selalu..jgn lupe tu..

Yang aku tau lagi, blog kite dipilih oleh advertiser  yang enganged ngan Nuff untuk iklankan kat blog kita. Maksudnye, pengiklan yang join Nuffnang akan pilih daripada ramai-ramai bloggers yg guna Nuffnang, yang mana website/blog diorang ada potential untuk beri pulangan pada company diorang. yang ni melalui pembacaan aku laa..apa yg aku paham lepas baca blog kawan2 bloggers yg lain..

aritu kan cam meroyan sket nak kan mende alah ni..alhamdulillah..skang da dapat..hope terus mencurah2 la BE aku pasni..baru la aku dapat anjurkan contest yg mahal2..huhuhu..

ape2 pun..thanks to :

1. Nokia Messaging E5 LB
2. STB GPSS LB (Singapore Grand Prix)

sbb sudi jadikan blog i yg tak seberapa ni utk iklankan product u all..dan yg paling penting..thanks to Nuffnang..sbb sudi pilih blog i..eh, lurveee u much lah! muahs!

Saturday, November 21, 2009

:: Makan timeee!! ::

Suke betul aku tengok si kecik ni makan..seriuss!!aku sikit pun xde rasa penat,sbb kene bangun pagi2 nak siapkan nasik die..mmg berbaloi2..hahaha..lepas beberapa hari bagi die makan nasi+carrot+ikan bilis,so aku tukar pulak sayur nye, daripada lobak kepada kentang..mmg berselera sungguh die makan..aku kene stick dengan kentang utk a few days, nk tgk die alah ke tak..dah 2 hari aku bagi ni..alhamdulillah, tgk poo poo die pun ok je..xde gatal2 ke apa..skang ni masa utk die tidur siang lebih panjang dr biasa..dapatla ibu rilex2 sket,nk mengemas sume..skang ni pun die tgh tido kekenyangan..so,ibu mengambik kesempatan menghapdet blog..hik! so lepas ni ibu nk try sayur lain pulak..bayam ke,brokoli ke.. :) buat masa skang ni,waktu petang aku bagi die makan farley rusk..tapi at the same time,aku standby die Nestle cereal brown rice..kenapa beras merah/perang?sbb nye..byk web yg aku jumpe,menyarankan supaya ibu2 perkenalkan bijirin beras merah kepada anak2,sbb khasiatnye lebih tinggi daripada beras putih..sorry,aku tak dapat nak cari web2 nye,sbb masalah internet yg sangat la slow kat umah ni..

pic taken from here

mmg aku tak mau perkenalkan makanan yg banyak kepada sara dlm satu2 masa..tapi,aku kene jugak bagi die this cereal sbb aku takut kalau2 aku tak terbangun nak masakkan die bubur kan..silap2 kang bangun2 je dah pkul 6.30..huhuhu..mana sempat beb..bak kata kak mai die suruh aku beli slow cooker..hmm..cadangan yang baik tuh..hehehe..boleh la ngendeng kat en.hubby nanti kan.. :p so far aku tgk sara ok je ngan cereal ni..alhamdulillah..senang kalau nak pegi mana2 kan?yelah..buatnye aku tak sempat nak masak utk die,bole je bagi cereal ni kan..
ohh..untuk beberapa hari ni aku cuti..sbb kak yani,pengasuh si sara ni mintak cuti,die nak setelkan pasal persekolahan anak die..oklah,nak wat cemana kan..it's ok..boleh la sara bermanja2 sket ngan ibu kan?:P so,dapatla aku gunakan masa ni dengan sebaiknye..masakkan utk die,feed her..hmm..direct bf diwaktu siang..hmm..heaven!(bestnye kalo dok umah jeee..xyah keje..jaga anakkk jeee...isk!)

i'm ready to eat la ibu...

wah,looks sooo yummmyy!! (tgk betapa excited nye si kecik nih!)

Wednesday, November 11, 2009

:: Cemana nak deal ngan childish adults? ::

situasi 1 : ada 3 beradik..bila ada news dr kampung, mak ayah lebih suke utk cerita/update kepada anak kedua dulu..bukan nk belakangkan anak pertama,tapi anak pertama agak bz ngan anak2nya..tepon pun jarang angkat..then,anak pertama ni jugak agak 'hangin'. anak ke 2 ni lebih cool..lebih rasional..dan jugak pendapat2nye agak bernas..so,yang si anak pertama ni hangin kalo dapat tau yg adiknye lebih awal tau apa2 berita dari kampung..die akan merajuk..marah2..bengang2..dan tak pasal2 adik keduanya akan jadi mangsa keadaan....

situasi 2 : kat opis,bila ada masalah dlm team,berlakulah sindir menyindir, kata mengata, umpat mengumpat..bukannye nak ckp terus terang..ape la salahnye kalau ckp terus terangkan?bgtau apa masalah..then,bole setel dengan cara yang lebih 'dewasa'..yes,bukan semua org perfect,hokey...sometimes bila ade buat silap,tegurla..ni tak..penyudahnye..org yg diumpat dan dikeji tu mcm kera sumbang..seolah2 hilang kwn,mkn pun sorg2..hilang dah keseronokan utk bekerja..end up..berlaku lah 'looking for the better place and environment...'

korg mesti penah berdepan dengan masalah2 seperti yang aku bagi kat atas ni kan? aku tak point kat sape2, tapi seriously aku penah deal dengan mende2 mcm ni. kadang tu mende ala,remeh la sesangat..tapinye kalau dah nama pun 'childish' kan..mmg kebudak2 budakan la even dah jadi bini org,or even dah ade anak 5 sekali pun..xpe, aku cool je..(eceh!) yelah..pada aku,aku tak rugi apa2 pun..lantaklah kan..

hokey..bila aku google, aku jumpe ini..dan kalo korg nak baca dengan lebih detail..pergi ke sini
kat sini aku list kan a few steps how to deal ngan mereka2 yang childish ni..


Throwing Temper Tantrums
Like two-year-olds, people who throw temper tantrums believe they are entitled to get their own way. They therefore feel free to abuse anyone who thwarts their desires. Unfortunately, this group often includes immature high-level executives who believe that having power gives them the right to treat others any way they like.

The Proper Response
The best response to a tantrum is no response at all. Stay quiet and calm until the tantrum thrower calms down enough to have a civilized conversation. If it goes on too long, politely excuse yourself and leave. Never show fear, anger, or any other emotional response, since that will be very rewarding to the tantrum thrower. When someone acts this childish, you must be the adult. --->> yes,aku penah deal ngan org mcm ni..sememangnye aku blah!

Craving Attention
Some people are attention junkies who want all eyes and ears focused on them. This behavior is actually rather pathetic, since it usually reflects a deep-seated lack of self-worth and self-confidence. But although it may be pathetic, it can be very annoying.

The Proper Response
The worst thing you can do is give an attention junkie more attention, since that just rewards their self-centered behavior. So when they begin to go on and on about their problems or accomplishments, you need to change the subject. Or politely excuse yourself. If you get hooked into these conversations, you may never escape. But don’t expect the person to become less self-absorbed. Attention junkies seldom change. -->> penat nk layan org cenggini tau..adeehhh..

Sibling Rivalries
When unhealthy competition develops between coworkers, everybody suffers. Some people always have to prove that they are better, smarter, or more successful than others. Of course, anyone with a minimum of psychological insight will immediately conclude that these braggarts actually feel very inadequate.

The Proper Response
Never get trapped in a “my dog is bigger than your dog” conversation with a braggart. They will always find a way to top your best story, even if they have to stretch the truth. If it’s just harmless bragging, say “that’s nice” in a sincere manner and change the subject. But if you believe that the rival might actually take devious actions to get ahead of you, then watch your back. -->> hmm..yg jenis ni,aku tak layan..lantak ko la labuuu...as long as ko tak nyusah kan akuu...

Crybabies
Crybaby colleagues may not actually cry. But they are always whining or complaining about something. Nothing is ever quite right and they are never completely happy about anything. If you say that it’s a nice day, they’ll reply that it’s probably going to rain tomorrow. Crybabies invented the half-empty glass.

The Proper Response
You don’t want to reward crybaby behavior. So don’t join in with the complaining or start whining yourself. If you do, you’ll soon become the crybaby’s complaint buddy. Just change the subject and try to shift the focus from past problems to future goals. If the behavior persists, you may simply want to avoid these people.

Forming Cliques
In some work groups, a little group will decide that they are the “insiders” and refuse to admit anyone else to their exalted circle. They may eat lunch together or play golf together or talk exclusively to one another. But the point is that they’re special. They probably did the same thing when they were in middle school.

The Proper Response
These people are silly and childish, so find a more mature and rewarding group to interact with. Be friendly to clique members when you have to work with them and just ignore them the rest of the time.
Childish adults are annoying, but don’t get upset about them. Just be glad that you are a mature person yourself.

-->> yang ni mmg la lawak gila..mcm budak skolah!huh!


apa2 pun..kita kene tgk diri memasing..kalo mereka2 ni bertindak jadi 'childish' disebabkan kita, try to look into yourself..kalau ada yg tak betul, perbetulkan la kan?mmg,kita bukan perfect..tapi,pleaseee la wey..byk lagi cara lain yg kita boleh buat,selain dari bersikap 'childish' nihh..aduhhhh...

* peringatan utk diri sendiri dan jugak utk kawan2.. :)


credit to Google