Friday, January 07, 2011

:: Chewy Gooey Yummy Brownies ::

Uiskk..berjaya jugak eksperimen aku semalam..dah lama teringin nak makan brownies..semalam, godek2 resepi kat internet, check barang2 sume ada..makanye, terus campak2, on mixer, masuk dlm oven, bakar..dan siap!

woowwwiiiii....

hahaha..mmg la ghoper die mcm bentuk mukabumi masa musim kemarau kan, tapi..rasa die, mabeles beb! sodappp...lagi2 bila dah semalaman..die punye chewy die..dengan fudge nye, iskk..mmg mabeles lah..harus ku cuba lagi resepi ni len kali..masa buat ni semalam aku campurkan dengan almond nibs..lepas ni nak try kacang lain pulak..macadamia ke, pecan ke..mesti sedap kan? haa..ni belum lagi letak chocolate ganache kat atas brownies nih..kalau letak ganache, lagi terangkat!! semalam, sbb dah petang sangat, nak amik si qaisara tu kat umah pengasuh lagi, aku cume taburkan aje choc rice atas brownies ni..ok jugak! sikit pun tak cacatkan rase die, kalau budak2 makan..mmg suke lah!

ok..ni aku nak resepi yg sedap neh..cube lah ye..korang takkan nyesalll...hehehe..

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Sumber : Rinnchan

BAHAN A:
250gm butter - dipotong kecil-kecil
400gm cooking chocolate - dipotong kecil-kecil

BAHAN B:
6 biji telur
340gm brown sugar
2tsp esen vanilla
20gm chocolate emulco

BAHAN C:
80gm tepung gandum } diayak
60gm cocoa powder }
140gm kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko

1. Panaskan oven suhu 160 darjah celcius. Sediakan loyang 11"x11" dan alas dgn kertas gris.
2. Double boil BAHAN A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul BAHAN B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk sahaja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung+serbuk koko+kekacang dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160 darjah celcius selama 50 minit-1jam (bergantung pada oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan aiskrim atau sos kastad.

Betul tau, rasa die lagi sedap dibiarkan semalaman..die punye chewy die lagi terasa..hmm..smlm buat separuh je drpd adunan tu..sbb aku punye brown sugar ade sikit aje..boleh cater utk separuh je adunan..tapi, separuh pun, dapat jugak seloyang..bawak pi opis, dah separuh habis budak2 opis aku makan..xpe, esok2 boleh buat lagi.. :)