Thursday, March 21, 2013

:: Bila masalah air nak selesai? ::

Tension mak oiii..nak basuh baju, nak masak, nak basuh pinggan..tak boleh nak ontime..kene tunggu time2 diorg pasang air baru boleh guna..actually kat puncak perdana ni dah dekat seminggu xde air..tapi bukan lah putus terus..ada masa2 nya air ada..contohnya subuh ada air, pastu xde pukul 8-11 pagi..pkul 11 tu ada semula  sampai pukul 2 lebih camtu..pastu time sibuk2 nk masak malam, ada semula..lepas pkul 9mlm dah xde pulak..haih, mcm tau2 je time kita nak masak, ada pulak airnya kan? mcm terancangg jek! huahuahua..

en.hubby dah call dah syabas actually..jawapan diorg, kolam air kat puncak perdana ni xbanyak, xcapai level yg sepatutnya, menyebabkan xcukup utk supply kepada semua..then, bila ditanya ada solution ke tak? diorg kata setakat ni xde..what? dah seminggu kot masalah ni..bukan nye baru sehari 2..haihhh..xtau nak kata apa..bila jadi cmni, nak memasak, nak buat keje2 rumah pun jadi malas, jadi terbantut..

yg paling kesian, budak2 kat sekolah laa..I mean kat kindergarten kan..mcm kat krista, skolah sara ni, diorg ada daycare sekali tau..kesian budak2 tu xmandi pun sepanjang hari, sbb diorg xde air simpanan..tapi tu lah, pelik jugak mak pak budak2 ni..dah tau xde air, mandikan laa anak siap2 sebelum g keje kan..kesian budak tu xmandi sampai ke petang..makanya, teacher2 kat situ kene beli air kat mesin yang 20sen seliter tu..kesian ok! kata teacher kat situ, air cukup utk basuh poop aje..aduhai..tapi patutnya diorg kene laa standby tong besar kat situ kan..incase jadi mcm ni..kan dh susah..mcm kat rumah kami ni mmg standby tong besar yg kaler merah tu kan, kat bilik air atas dan bawah..xkisah biar bilik air sempit sikit asalkan senang bila jadi kes mcmni..lagipun mmg style aku xsuke mandi shower..xpuas..suke lagi mandi guna cebok..I kan orang kampung..hehehe..

hope sangat krisis air kat selangor ni cepat2 solve..bosan tau..xtau laa ada kaitan ngan politik ke tidak ke, malas nak ambik tau..yg penting, apa yg kami nak, xde dah masalah air lepas ni..xde dah catu2 mcm sekarang ni..tension tau dak!!

C360_2013-02-11-16-41-53

gamba sara & ayah kat pantai balok..xdak kaitan dengan tajuk, tapi kalau dapat berendam dalam air terjun ke, pantai ke time panas2 ni syok jugakkan?

0 pengomen: