Thursday, November 03, 2011

:: Alhamdulillah..rezeki dr Allah.. :) ::

Salam semua..
rasanya...lama nya lahai x berblog..banyak nau kekangan nye skang ni..dengan kesihatan tak mengizinkan, dengan kerja2 sampingan lagi..mmg tak cukup tangan dibuatnya..last update blog pun lepas kejadian kecurian aritu..

actually banyakkk sangat entry2 dalam draf yg tak terpublish..sbbnye, dulu saya byk karang entry, pastu gamba xdimasukkan lagi..sbb nya, gamba still dalam kamera/handphone, tak ditransfer ke dalam laptop lagi masa tu..paling banyak entry terbantut adalah entry kami pergi bercuti2 ke PD aritu..banyakkk sangat gamba best2 masa percutian tu..esp gamba qaisara lah! gamba di resort, swimming pool, tepi laut kat tepi resort tu..gambar qaisara mengorek pasir buat istana, main tepi laut, jalan2 tepi laut malam2..kami berkaraoke satu family..pegi taman burung unta..1st time tgk burung unta/ostrich depan mata, kasik makan kat binatang2 kat taman tu..since binatang semuanye lepas bebas..iskk..banyak lahai!! sayangnyaa...kamera ku telah dicuri..perompak bangsat tu dh selamat songlap kamera kami.. :( dan jugak, external hard disc pun diambiknya..dalam tu ada gambar qaisara since newborn, sampai la skang ni haa..mmg ralat sangat rasa..sbb kami xde cuci banyak pun gambar qaisara..semuanya softcopy je..sayang sangat! huhuhu..

sampai skang ni...mcm xde apa berita pun dr polis..xtau la apa status terkini..nak ckp lelebih kang, takut jugak kan..biarlah polis buat keje die (kalau buat laa kan) dan utk perompak2 tu..kami redha barang kami diambik..yg pasti nya mereka2 takkan terlepas dr hukuman Allah nnt..kalau tak dibayar cash kat dunia ni, nnt tunggulah kat 'sana'.. (ayat pasrah sbb tau mmg takkan dapat barang2 tu semula..)

tapiii...Allah tu maha adil..
alhamdulillah..pada hari kejadian tu, sy baru dapat tahu yg actually sy tgh pregnant at that time..syukur ya Allah..xjangka pun, sbb lepas sy stop makan ubat yasmin aritu, period mcm tak menentu..maybe sbb hormon kan? so masa g checkup kesan sy kene pukul kat pinggang tu, doktor suruh sy check upt dulu..sbb sy supposedly kene x-ray..then, lepas check upt, doc kata "insyaAllah tak apa2 kesan lebam tu..cuma muscle aje, sbb kalau sampai ke tulang, patutnye u tak boleh berjalan pun..tekan area lebam tu mesti sakit2..so doc takkan x-ray, sbb lagipun u are pregnant!"
ohhh..rasa nak nanges ok!sbb terkejut pun iye jugak..alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi..siapa yg tahu kan?

then a few days lepas tu, sy dapat tau yg company tempat sy bekerja akan buat adjustment gaji..alhamdulillah..berdebar la jugak tunggu berapa angka yg sy dapat kan..yg ni adjustment berdasarkan market price..means gaji pasaran lah..alhamdulillah..dapat jugak adjustment about 23% daripada gaji asal.. huhuhu..tinggi kan? haaa..tu lah salah satu sbb sy rasa bersyukur sangat2..rasanya mmg takkan ke mana2 dah lepas ni..stay je lah kat company ni agaknye..hehehe..taun depan tunggu increment pulak, bulan 12 ni bonus..yeay! alhamdulillah.. :)

syukur sangat2 dengan apa yg sy dapat lepas kejadian aritu..xkisah lah barang kemas hilang, cash, apa semua tu..sy tak pandang dah..dah anggap semua tu bukan rezeki sy dan keluarga..sy redha..sbb sy pasti tuhan tu adil..lepas kejadian tu jugak alhamdulillah rezeki bisnes pun mencanak2..bukan main banyak dapat order, smpaikan terpaksa sy pass kan pada org lain..yelah, musim nak kawen ni kan.. :) apa2 pun..kita perlu bersyukur..sentiasa berterima kasih kepas Allah atas semua nikmat yg Dia berikan..Dia ambik sedikit dr kita, dan digantikan dengan sesuatu yg 'besar'.. alhamdulillah.. :)

Tuesday, October 18, 2011

:: Kronologi peristiwa kami dirompak.. ::

Salam semua..
Ramai kawan2 yang minta saya utk ceritakan secara detail, mcamana kejadian rompakan dirumah saya berlaku..yelah, agak mencemaskan bilamana perompak menyerang kami dibilik tidur, sehingga mencederakan kami..oklah, sy ceritakan dr mula kejadian tu berlaku..untuk pengetahuan, rumah kami terletak di Taman Sandaran Permai, Puncak Perdana, Shah Alam..sebelah ngan UiTM puncak perdana, jalan menghala ke puncak alam..kawasan yg mmg tgh sibuk ngan pembangunan

Selasa, 4/10/2011
12 .15 tgh malam
en.hubby kejutkan sy yg tertidur diruang tamu rumah semasa melayan si qaisara bermain..die memang, selagi ibu tak ajak masuk bilik, selagi tu laa mata die terbukak luas..haih..lepas terjaga terus ajak sara naik ke bilik, sementara en.hubby terus masuk ke dalam bilik air dlm bilik kami utk ambik air sembahyang..sy masuk bilik tanpa kunci pintu bilik (sbb tgh mamai)..lepas solat, en.hubby pun tak kunci pintu sbb maybe die agak sy dah kunci pintu bilik kami masa sy masuk ke bilik

4.10 pagi
kami dikejutkan dengan kedatangan 3 manusia (sorang pendek, sorang kurus dan sorg lagi tutup muka dengan baju) yang menyerbu masuk ke dalam bilik kami. mereka masuk, bukak lampu dan acukan senjata ke arah kami. sy sempat perhatikan senjata yg mereka gunakan, batang besi, screw driver yang sangat besar dan satu lg sy tak ingat (mcm kayu panjang). time ni kami panic, en.hubby menjerit dan sy peluk en.hubby sbb terlalu terkejut dan takut. pada masa yg sama, salah seorang dr perompak (pendek) tu telah memukul bahagian pinggul sebelah kanan sy menggunakan batang besi..pukulan nye pada saya sangat kuat, sbb die gunakan 2 belah tangan utk memukul. dari pertuturan mereka, sy sgt pasti yang ke 3-3 mereka adalah manusia pendatang bangsat yang dtg menagih rezeki dr negara kita ni..

perompak yang kurus telah mengikat tangan en.hubby menggunakan dawai hijau (dawai pagar) dan ketika tu sy sangat takut, memikirkan apa yang mereka akan buat pada saya dan qaisara. so sy terus peluk qaisara sekuatnya, dan hanya mampu melihat ketika perompak kurus tu menampar en.hubby bila die merayu utk tidak apa2 kan kami...perompak yg menutup muka dengan baju tu terus menggeledah bilik, membuka laci, almari dan mengeluarkan kesemua dokumen2 penting milik en.hubby. then, perompak kurus tu menyuruh sy memberikan barang kemas yg saya pakai ketika itu, cincin, rantai dan gelang tangan. handphone milik husband turut diambil..

mungkin disebabkan tidak berpuas hati dengan barang yang mereka perolehi, salah seorang perompak minta kami turun ke bawah, dan meminta sy mengeluarkan handbag..saya hanya ikut arahan, sbb takut mereka apa2 kan kami..sy ambil handbag dan mereka ambil wallet dr dlm beg, keluarkan duit dan campak wallet tu kepada saya..beg tangan sy tu diambilnya..time tu rasa nak menjerit, sbb duit raya qaisara yang sy baru kira utk masukkan dalam bank ada dalam tu.ada rm500 lebih kesemuanya...termasuk beberapa barang kemas dlm beg kecik dlm handbag tu..sedih, sbb semua tu barang hantaran kahwin, dan jugak hasil dr bisnes coklat saya..senang2 je mereka ambik.. :(

4.20pagi
perompak kurus mengarahkan kami naik ke tingkat atas..lepas ditutup nya pintu bilik, beliau terus lesap bersama dengan yang lain...

4.35 pagi
lepas pastikan mereka semua dah pergi, kami turun kebawah..sy terus check ke arah dapur, nak tgk dr mana mereka masuk..tapi semua nya berkeadaan elok..rupenye, mereka masuk ikut sliding door tepi (rumah sy end lot, jadi ada 2 sliding door). sliding dan grill habis dikopaknya, dan kayu penyendal sliding pun ditolak ketepi..kami check, laptop 2-2 lesap (ke 2-2 kepunyaan company) termasuk beg laptop - dalam beg laptop tu ada satu external hard disk 200G yang mana ada gambar qaisara dr kecik sampai besar, gambar sy dan en.hubby dr dulu2 sampai skrg, gambar kenangan sy semasa belajar, gambar product2 homemade chocolate saya..abis semuanya lesap..sedih sangat2..turut hilang kamera, handphone sy dan jam tangan en.hubby.

4.40 pagi
en.hubby keluar dr rumah untuk mintak tolong dr jiran2..sy pun turut sama menjerit memanggil jiran saya (india) sambil menekan loceng rumah..tapi malangnya, tiada seorang pun yang terjaga ketika tu..suami saya beberapa kali pusing memanggil jiran2 dan akhirnya ustaz Azhari (penyanyi kumpulan nasyid Nowseeheart) yang tinggal sebaris rumah kami (rumah last sekali corner lot) tersedar dan menelefon polis.

5.10 pagi
polis peronda datang dan membuat laporan ke IPD seksyen 9, shah alam.

5.40 pagi
seorang inspektor bersama seorang anggota polis wanita datang mengambil laporan dan cap jari di pintu sliding door kami. malangnya, kesemua cap jari tersebut telah rosak. tidak lama kemudian, datang pula seorang ASP, dan kami disoal siasat ttg kejadian pagi tadi. seorang timbalan dari IPD turut datang (sy tak pasti nama timbalan tersebut, ada 4 paku atas bahu die) untuk melihat kawasan kejadian dan turut masuk ke dalam bilik utk melihat sendiri keadaan bilik kami. kami diminta utk membuat laporan ke balai polis Cahaya SPK utk dapatkan salinan report, yang akan digunakan utk membuat report ke company atas kehilangan laptop, buat checkup di hospital dsb..

menurut kata polis, mereka2 yg pecah masuk rumah kami ni adalah indon Flores - kalau ikutkan org melayu kita, mereka ni org asli laa..polis buat andaian mengikut dr apa yg sy describekan - kulit hitam, mata bulat, rambut kerinting - kata polis, spesis ni mmg kuat laa..mmg xyah nak lawan, spesis yg duduk kat hutan, yg makan babi dan biawak neh..

6.00pagi
Jiran sebelah rumah terjaga masa polis sampai..barulah kami berkesempatan utk call family, bgtau perkara yg berlaku..diorg baik hati pinjamkan kami satu handphone utk standby..mak kepada jiran sy pelik, sbb macamana diorg boleh tak sedar saya panggil, terjerit2, sedangkan sy panggil betul2 dekat dengan pintu rumah die, dan auntie tu tidur kat ruang tamu je pun..

8.00 pagi
Pasukan polis dan Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) datang utk membuat siasatan. Tapi malangnya, anjing besar tu xdapat kesan jejak perompak tu..sebelah rumah saya ni bukit, dan berdekatan dengan tasik..anjing tu dok pusing2 area bukit, dan berakhir di tasik..menurut polis, berkemungkinan perompak tu hilangkan jejak, atau mereka pakai ilmu, lalu ikut tasik..wallahualam..

9.00 pagi
lepas sarapan, kami ke balai polis Cahaya SPK. lepas settle buat report, dapatkan salinan, kami terus ke DEMC, shah alam utk buat check up..kaki sy belah kanan dah start kebas..lebam membiru..jari kanan en.hubby rabak sbb terkena screw driver - mungkin terkena masa diorg acu2 kan senjata kat en.hubby..muka pun bengkak sbb kene sepak ngan perompak pagi td. sampai hospital, kene buat x-ray dan alhamdulillah kami tak apa2..doc kata lebam sy adalah berpunca dr pukulan yg kuat..dia cuma berikan sy ubat tahan sakit dan ubat sapu..

2.00 ptg
buat report atas kehilangan laptop company..seb baik tak kene ganti..selain laptop, access card sy juga diambil (access card dlm beg laptop) en.sahrir, manager HR suruh sy balik ke rumah dan berehat..die jugak suruh sy ambik cuti utk setelkan apa2 yg patut..keesokannya, en.hubby pulak report kt company dia..alhamdulillah, tak kene ganti or bayar..

4.30 ptg
dah setel semuanya, barulah kami sampai ke rumah. ambik qaisara kat rumah pengasuh..kata kak lina, sara tak lena tidur sbb asyik terkejut2..kesian anak ibu..sampai rumah, tgk byk kereta polis kat depan rumah, sepanjang lorong kat rumah kami ni, sbb mereka buat operasi dan naik ke bukit sebelah rumah kami ni..kata mereka, kat atas bukit tu ada penempatan indon..mmg dasar merempat! tapi polis tak de kuasa nak tangkap sorang2 bawak ke balai utk kenal pasti (sbb sy ingat muka 2 org perompak tu) sbb kata mereka, diorg tak boleh dikacau sepanjang proses Pemutihan..skang ni mmg diorg berlagak, tak takut dengan polis..diorg berani sbb tau polis tak boleh simply tangkap bawak ke balai..
 mama abah, along semua datang dr temerloh..SIL pun datang dr ipoh..masa SIL nak tumpang solat kat bilik tetamu tingkat atas, die terkejut bila nampak ada najis dalam mangkuk tandas duduk kat dalam toilet bilik tetamu tu..en.hubby flush je, sbb takkan lah nak ambik bawak keluar pulak kan..dan tahu lah kami bahawa kami telah dipukau.....

so..itu lah kronologi peristiwa rumah sy dirompak..kalau diingat kan balik, mmg takut sangat2..kami trauma beberapa hari, en.hubby tak dapat tidur malam disebabkan trauma..nasib baik jiran kami kenalkan dengan seorang pakcik ni, die buat kan air penawar utk kami bertiga mandi dan minum..alhamdulillah..kami dah semakin ok dah sekarang..xde lagi terjaga malam..wife pakcik ni boleh tgk2 org..die mintak sy tunjukkan bekas lebam tempat kene pukul tu..tekejut die! die kata besi yang digunakan utk memukul tu 'berisi'.. maksudnya batangbesi tu telah dijampi, ada bisa dalam besi tu..patutla kaki kanan sy kebas berhari2..lepas kakak ni buangkan bisa, alhamdulillah sy dah boleh bawak kereta keesokannya..

satu lagi,mengikut akak ni, die kata actually bukan rumah kami sahaja yg dipukau..tapi satu row rumah sy turut terkena..mereka gunakan pasir dan dicampakkan atas rumah saya dgn tujuan utk pukau kan semua..patutlah, bila kami terjerit panggil jiran, takde sorang pun yg tersedar..padahal ade sorang jiran sy ni, selalu azan kat surau..selalunya bangun awal..tapi dia kata, die pun tak dengar..jahat sangat mereka ni..tu lah, kalau dah kunci rumah dengan sebesar2 kunci pun, pasti boleh dibukak dengan kuasa syaitan yg mereka pakai..so nak elakkan perkara2 mcmni, kenelah pasang pendinding dengan menggunakan ayat-ayat AlQuran utk elakkan perkara2 pukau daripada berlaku..

syukur, walaupun banyak barang2 yg hilang, tapi kami terselamat..syukur sangat pada Tuhan..sy sgt2 risaukan Qaisara actually..nasib baik mereka tak apa2 kan anak saya..qaisara pulak tak menangis masa die terjaga, cuma terkebil2 tgk ada org lain dalam bilik tidur kami..sy bimbang juga kalau2 sara menangis, takut dilempangnya qaisara, or buat something yg lebih teruk utk diamkan dia..mana tau, dibuatnye sampai pengsan ke..nauzubillah..

apa2 pun..peringatan buat semua..pagarilah rumah anda dengan ayat2 suci alQuran, pastikan rumah/bilik berkunci sebelum anda kemana2, jgn letakkan barang berharga setempat (silap saya...) dan jgn simpan cash dirumah..banyak lagi actually..yg penting, sentiasa beringat2..sbb sekarang ni kita tak semestinya even duduk kat rumah sendiri..macam2 boleh berlaku skrg ni..semoga kita semua terhindar dari perkara2 yang tak diingini..amin..

Total lost : 15k
- 2 laptop termasuk bag laptop
- 4 handphone
- barang kemas - rantai, 2 gelang, 4 cincin, buah rantai dan 2 pasang subang
- cash rm800 - rm500 duit raya qaisara, dan rm300 lebih duit sendiri + duit berniaga
- kamera
- jam tangan en.hubby
- handbag bonia - satu handbag tu diambiknya, dalam tu ada mcm2 barang lagi yg sy tak ingat..

sy redha dengan kehilangan barang2 yang saya sayang, sbb sy yakin..itu semua mungkin bukan rezeki kami, dan ada hikmah atas semua yg berlaku..insyaAllah..ini sedikit ujian yg Allah kepada kami, moga2 dapat dibersihkan segala dosa2 kami..amin..

Monday, October 17, 2011

:: Kami dirompak!! ::

Salam semua....
syukur Alhamdulillah..masih dapat bernafas hingga ke saat ini..

mungkin beberapa kawan saya kat sini dh tau yg kami dirompak pada 2 minggu lepas..itu pun setelah beberapa hari selepas kejadian, disebabkan kesemua barang2 saya habis dirompak, laptop, handphone..so tak tau nak contact kawan2 mcamana..number phone semua hilang..

kejadian tu berlaku terlalu pantas..sampaikan sy rasa ianya seperti mimpi! yelah, dah la tgh nyenyak tidur waktu tu..tetiba ada orang datang terjah dalam bilik, bawak senjata siap halakan kat kami, then mintak duit..habis digeledahnya satu bilik, barang kemas yg ada pada badan, habis semua direntapnya! yang buat sy marah sangat, siap dipukulnya saya dengan batang besi! nak ambik barang, ambik je la kan..xpayah laa nak pukul2 orang..suami sy turut diikat waktu tu..tu yg buat badan sy menggeletar..sbb sy takut mereka apa2 kan sy dan qaisara..sepanjang masa sy peluk qaisara, dan sy ikut je apa arahan mereka..

mereka suruh kami turun, dan berikan beg tangan sy pd mereka..time tu, hancur luluh rasa hati, bila beg tangan tu diambil..dalam beg tangan tu ada cash sy (duit berniaga rm300), duit raya qaisara rm500+,barang kemas gelang, cincin, subang, buah rantai..mmg silap sy, simpan semuanya dlm handbag..actually duit raya qaisara tu sy baru lepas kira, then hajatnya nak pegi bank in hari yg sama..then, barang kemas tu pulak asalnya dalam beg make up..tapi xtau lah nape gatal tangan pi masukkan beg kecik berisi brg kemas tu kedalam handbag tu pulak..yelah, org kata mende dh nak jadi..kan?

so total lost kami lebih kurang rm15k, termasuk 2 biji laptop sekali dengan bag laptop, handphone 3, barang kemas - rantai, gelang tgn 2, cincin 4, buah rantai 2, subang 2 pasang - licin satu pun tak tinggal, cash rm800+, kamera, jam tangan hubby, handbag..sekelip mata! mmg dugaan hebat utk kami..apatah lagi lepas kejadian tu, sorang jiran pun tak terjaga bila en.hubby menjerit dari rumah ke rumah utk mintak bantuan..dan baru kami tahu bahawa satu row rumah saya tu telah dipukau..rumah sy juga dipukau, pencuri lahanat tu telah berak didalam rumah kami..

sampai sekarang peristiwa tu masih terbayang2..trauma nye still ada sikit2..masa awal2 dulu kami xboleh tidur malam..tapi alhamdulillah, kami dipertemukan dengan sorang haji, haji ni lah yg buatkan air penawar utk kami bertiga mandi..alhamdulillah..sara pun dah lena tidurnya sekarang ni..kalau x, asyik terkejut2 je..alhamdulillah, peristiwa ni banyak mengajar kami ttg banyak perkara..yes, tuhan uji kami dengan cara mcmni..dan seharusnya kami redha, dan lebih dekatkan diri kepada Nya..kerana kami percaya, pasti ada hikmah yg tersembunyi disebalik peristiwa ni..

* nnt kan full story ttg peristiwa ni..sy akan buat kronogi peristiwa rompakan ni..banyak yg boleh dipelajari dr apa yg kami alami..

Monday, October 03, 2011

:: Cerita Open House Aidilfitri 2011 :;

Salam semua..
entry basi ni actually..dah banyak nau yg tertangguh dalam draf..tgk2, entry raya still ada yang tak publish..haih, mintak maaf la ye..even raya dah pun habis, cerita raya saya masih ada lagi ni haa..saje nak letak sini, kot nak tgk2 dimasa akan datang kan..huhuhu...

actually, utk raya aritu kami buat open house kecik2 aje..ajak kawan2 dan jiran2 terdekat aje..tak buat besar sbb budget pun tak berapa nak besar..banyak habis masa raya aritu..hehehe..tapi hajat yg satu ni mmg dari awal lagi dh plan, nak share rezeki dengan kawan2, alhamdulillah..termakbul la jugak akhirnya, walaupun kecik2 aje.. :)

foods..

foods lagi..

desert..cupcake & choc moist cake paling laju antara yg banyak2 tu..especially cupcake mashmallow & smarties tu..licin..!

taun ni kami tak masak sendiri..cume rebus ketupat, then mama masak rendang ayam..yg ni mmg special lah..rendang die kaler kuning..pakai cili padi ko! mmg mabeles lah..oh, macam biasa, tetiap taun time open house, mesti kene import mama utk masak2 special dishes mcm ni..hehehe..yg lain2, sate, roti jala n meehoon goreng, semuanye tempah..utk desert pulak, semuanya buat sendiri..cupcake, choc moist cake, puding cocktail sumijelly, agar-agar, dadih, cheese tart (dah kata tokey cheese tart kan..hehehe..) pastu adalah sikit2 lagi utk budak2 dan tak lupe biskut raya dan kerepek2..coklat i tak buat utk open house ni..tak sempat! ingat nak buat jugak laa lollychoc utk budak2 kan..tapi sorry lah, tak sempat dah..tak cukup tangan..huhuhu..


antara tetamu terawal.. :)

jumpe abg senior masa kat utm dulu n wife..dah lama sangat tak jumpa mereka2 neh..yg tudung hitam tu, my best buddy..reen.. :)

majlis bermula pkul 2 ptg, sampai 6ptg..alhamdulillah, tetamu mmg tak berenti sampai laa pkul 7 malam..penat mmg la penat..tapi seronok!! nak2 lagi..jumpe dengan member yg dah lama tak jumpa..mula laa kuar gosip2 lama kan? hahaha..tapi tu lah..awal2 je kamera dok kat tangan..tapi bila tetamu dah ramai memenuhkan rumah, kamera ntah ke mana..dengan nak topup makanan, desert lagi, semua nak kene check selalu..dengan duit raya anak2 kecik lagi kan..nasib baik laa my abah tlg concentrate buat & topup air..en.hubby pulak sibuk melayan tetamu..mama, pun sama..sbb my mum kan selalunya memeriahkan suasana, so that sy biarkan je die melayan sembang tetamu2 yg hadir..huhuhu..

alhamdulillah, taun ni xde membazir langsung..ada balance sikit2 tu, kami bedal buat makan malam, then mama pack sikit2 utk bawak balik..mama n abah kene balik gak malam tu, sbb esoknya mama kerja..sian my mum..terhutang budi sangat ngan dia.. :)
anyway, thanks to mama&abah..dan semua kawan2 yang hadir..kita jumpe lagi di Aidilfitri tahun depan ye! insyaAllah.. :)

Friday, September 30, 2011

:: Drypers berwajah baru.. ::

Salam Jumaat semua..
Aritu gi giant cari diapers si sara ni..biasanya, mmg kami setia kepada jenama Pet Pet..tapiii.haritu masa tgk kat giant..harga die rm41.90?? mak aii..mahalnyee! sedangkan sy boleh dapatkan kat kedai baby (Camy Babyland) kat Sunway Giza tu kan, baru rm32 aje..haih, xleh jadi lahh..dekat 10hengget beza die..ingat nak ambik je Huggies, tapi memandangkan kualiti nye yang kureng, so cancel aje..so en.hubby kata, kita cari kat kedai biasa aje..even kat Speedmart pun murah kan..sekali nak patah balik tu, terpandang la pulak ke Drypers..eh, ade pattern baru pulak..bercorak2..cantik! sara da pegang2 dah Drypers tu..then, tgk harga dia pun ok, rm31.90..so that kami grab je laa..kata en.hubby, kita try n error..kalau xbest jugak, this is the 1st and last!huhuhu..

*gambar ehsan google 

sampai je kat umah..terus sara mintak bukakkan paket Drypers tu..sebab apa die excited sangat? sbb ni lah..
*gambar ehsan google..tak sempat nak snap gamba sendiri..huhuu..

cantik kan corak die tu? yg love tu, depan die I Love U..belakang die You Love Me..yang A tu pulak, depan die alphabet ABC..sangat comel..hehehe..everytime nak tukar diapers, mesti sara sebut "bu, nak pampers "I you me"..apakah?? memula tak paham..apa yang die maksudkan dengan "I You Me"..sekali dengar die nyanyi2 sorang2 tu kan..rupanya lagu Barney..I love you tu..lahai..boleh pulak die combine kan I love you, you love me = I You Me..hahahaa..sabau je lah anak ibu ni...

dah lebih sebulan pakai Drypers, pada saya, kualiti die makin ok, in term of diapers nya sendiri..boleh tampung peepee sara sepanjang malam tanpa tukar diapers, even minum susu 2-3 botol satu malam..satu lagi, pelekat dia yg dulunya keras, sampai sakit perut baby, tapi skang ni dah guna pelekat soft tu..tapiii..ada jugak kelemahan die..kelemahan die adalah..pelekat die tu hanya boleh sekali lejat sahaja..means kalau sekali dah bukak, xboleh pakai utk yg ke 2 kalinya..dah tak melekat dah..sara selalu ambik diapers, dipakaikannya kat Minnie die..then, bila nak pakai semula, dah tak boleh lekat dah..bukan ke satu pembaziran tu? one more thing is, masa nak ajar potty train sara..kerapkali aku tanya sara..so bila sampai masa die nak ke toilet, bukakkan diapers tu tgk kering lagi..tapi dah tak boleh nak pakai semula, sbb pelekat die dah tak mo melekat..haihh...

kalau huggies pulak, pelekat ok, tapi sara kompem tetiap malam bocor..so ibu dah nak kene bangun tgh2 malam tukarkan diapers..haih, malas ok..hahaha..tunggu ade baby, barula rajin nak bangun malam agaknya..hehehe..

so that, pilihan utama...still Pet Pet..harga ok, diapers ok, sara takpenah bocor, pelekat pun boleh diguna semula 2-3-4 kali pun..xde masalah..senang! that's why we love pet pet!

eh, ni entry utk drypers ke, pet pet nih?hahaha..

Thursday, September 29, 2011

:: Gold Coast..here we come!! ::

Wah! kami nak pegi bercutiii..hati berbunga2 neh bila en.hubby tetibe ajak pergi bercuti this weekend pagi2 tadi masa bersiap nak g ke opis..aritu mmg die ada ckp nak bawak qaisara picnic..sbb dah lama sangat kami tak pegi picnic mana2..then, die suruh sy surf internet, cari tempat yg best utk pergi..dah alang2 nak g picnic, haruslah sy cari jauh2 sket kan..xkan nak picnic kat tasik titiwangsa or tasik shah alam je kan? tu dah jadik halaman rumah dah tu..selalu sangat pergi..hehehe..yg paling penting, haruslah ada swimming pool..dah lama tak praktikkan skill berenang neh..heheh..

so pagi2 ni terus bukak google, cari pakej yg best utk stay..ala..2 hari satu malam je pun..cari punya cari..hati saya mmg dah tertawan kat sini...

Sepang Goldcoast..mmg cantik gilos lah tempat neh..die punye villa/chalet die pun sume cantik2..interior die mabeles lah! ceh..mcmla dah penah pegi kan..info from testimoni actually..hehehe..

pandangan sepang goldcoast dari atas..tgh2 tu ada swimming pool..syok!

mmg cantik lah tempat die..villa die..sume nye atas laut..membentuk pokok palma kalau kita tgk dari atas..mmg cun ah..dah la dekat ngan Bagan Lalang..tempat yg wajib pegi utk cari seafood kalau dah sampai sini..haaaa...seronokss..TAPI kan..sy try ler call bahagian reservation..nak tanye price range kan..sekali die kata.."price range starting from RM812 - RM35xx...perghh..terkedu kejap..mak aii..giloss mahall..hahahaa..terus cancel plan nak kesini..hahahaa..tulaa, berangan je lebihh..hahaha.. pada sy, kalau harga tu baik pegi makan2 ke, isi minyak kete then pegi ke tempat lagi jauhhh ke..ataupun pegi pulau2 ke kan..banyak lagi mende/tempat yang best utk kita pegi kan? huhuhu..

then, search lagi..jumpa ni pulak..
ini adalah Avillion, Port Dickson..sangat chantek chalet/resort kat sini..

see? dok lepak2 kat balcony mengadap laut sambil minum kopi panas..wahahah..heaven!

mcm terberkenan jugak kat ini..takmo berangan lebih2..call dulu tanya rege..kat sini banyak jenis room..yang paling murah adalah rm200 ++ so ok la kan..worth it la kalau nak g sini..tapi yang murah ni haruslah bukan atas laut..tapi it's ok la kan..check in kat chalet memana, then pegi la villa atas laut tu amik gambar bebanyak, verangan konon2 stay kat situ kan..hahaha..

hmm..tu lah dia, saya ni kalau mencari tempat2 utk bercuti ni, kalau berkesempatan, mesti nak call, tgk apa yang ada dalam bilik tu..yelah, dah bayar mahal2..mesti la nak yg the best ikut budget kita kan..tapi selalu jugak la pergi bercuti style gamble..plan malam ni, esok pagi2 pegi..then check in je la hotel memana janji pergi bercuti!hehehe..tak kisah..qaisara pun tak kesah! :p

korang ada tempat yang best utk disuggestkan x? kot la ada tempat yang murah (murah = bawah rm200 utk satu malam..hehehe) dan best (food, environment, ada kolam renang - perghh..nak rm200 kebawah, tapi nak kolam renang..hahaha.., then sesuai utk kanak2 kecik bermain..) sekitar selangor/n9/melaka..dekat2 sini je dik non..nak pegi nye pun sabtu je..ahad dah balik dah..hehehe..kalau ada yg nak kasik cadangan..silalah komen ye..cadangan dibuka! hehehe..

* tajuk diatas adalah gempak semata2.. :p
** org yg mengajak bercuti ni actually baru dapat increment..status nye pun dah bertukar jadi 'Senior' Consultant dh skang nih..alhamdulillah.. :)