Wednesday, February 22, 2012

:: Warehouse Sale Sana Sini.. ::

Banyak nye lahai warehouse sale ujung minggu ni..mcm excited nak pegi Motherhood Expo 2012 kat KLCC..walaupun baru je minggu lepas layan qaisara main kat taman klcc..tapii...weekend ni tak available laa pulak..jumaat ni kene masuk opis, sbb ada sesi photoshoot..xde rezeki laa nampaknya nak shopping barang2 baby kat sini..bagi sesiapa yang berhajat nak pegi cari barang2 baby & anda free ujung minggu ni, silalah terjah KLCC ye..



Pastu, esok pulak (start 23/2/2012) ada My Dear Baby & Children Warehouse Sale kat Puchong..adeh, yg ni offer barang2 seperti playpen, stroller, babycot, car seat, walker.dll.. banyak lah barang2 die..tapi xpelah, seb baik jugak barang2 mcm playpen/babycot, car seat n stroller dah ada dah..walker tu tunggu die besar laa baru beli kan..tapi tu laa..nak jugak cuci mata..hehehe..actually aku nak tunggu Anakku Warehouse Sale ni..selalu buat kat klang..penah pegi sekali aritu..mmg berbaloi2 lahai kalau nak menyopping baju2 baby..baju lengan panjang sepasang baru rm5! haish, tak sabau laa nak tunggu Anakku punye sale..huhuhu..

so sesapa yang free boleh terjah My Dear warehouse sale ni haa..

Time
9am – 7pm

Location (603 8060 0093/603 8060 0095)
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong


dan yang last sekali minggu ni ada Fella Design Warehouse Sale..alah, kat Bukit Subang ni je..yg ni acually tak termasuk dlm list, tapi bila pikir2 balik, actually utk raya this year kami plan nak tukar sarung kusyen sofa dan jugak langsir utk satu rumah! haruslah bermula dr sekarang kan? sbb nnt bila dah bulan 6, dah cuti bersalin pulak..tapi masalahnya, budget harus di priority kan kepada sikecik ni nnt..hahaha..makanya, kita postponed laa plan kita ke raya haji nnt ye bangg..hahaha..tapi kalau nak cuci2 mata..apa salahnya kan..bagi sesapa yang baru masuk umah baru..lagi laa best utk shopping2 neh..jom terjah ke Fella Design Warehouse Sale ni..bermula 24 Feb 2012! :)


Products Offered
Furniture
Sofas
Chairs
Curtains
Lightings
Diningware

Time
9am – 8pm

Location (603 7842 4025)
Lot 2791
Persiaran Elektron
Bukit Subang
Seksyen U16
40160 Shah Alam

Monday, February 20, 2012

:: Berdebar menunggu hari esok... ::

Ada apa dengan hari esok?

Mama admitted kat hospital Temerloh harini..utk checkup, scan, and other few procedures yang akan mama jalani utk operasi esok..utk pengetahuan, mama akan menjalani operation di hospital temerloh esok, untuk membuang hempedu..

sebelum ni, actually mama ada kene admit kat hospital yg sama lebih seminggu (time tu sy tgh mabuk teruk)..dalam bulan 11 rasanya..disebabkan sakit perut yang teruk..bila doc scan, rupa2 nya ada batu dalam hempedu mama..makanya, atas nasihat doktor, hempedu tersebut harus dibuang, untuk elakkan sakit dalam perut berulang lagi..masa tu kami adik beradik berganti ganti menjaga mama yang sakit, sy pun walaupun tgh mabuk teruk, tetap gagahkan diri utk jaga mama kat hospital time tu..alhamdulillah, seminggu lepas mama discharge, mama dah fully recovered, tapi mengikut kata doc, hempedu tu tetap kene buang..

so operation akan dimulakan esok pagi..sy bernasib baik, untuk kali yang kedua nya, kebetulan mama sakit & admit ketika adik sy Una yang study kt politeknik kuantan tu, sedang bercuti..alhamdulillah, lega rasanya bilamana ada somebody yang tolong tgk2 kan mama disaat mama sakit mcm tu..sy mmg tak dapat nak balik minggu ni atas sebab2 tertentu, then mama pun tak kasi balik..kata die, setelkan sume keje2 dulu, baru tgk mama..haih, serba salah dibuatnya..tapi apa pun, sabtu ni lepas kelas sy akan terus balik kampung, dan akan stay kat sana seminggu..means sy akan working from my hometown! sy akan ambik alih tugas menjaga mama..memasak, dan buat keje2 rumah..yeahaa..sian en.hubby..terpaksa berjauhan dengan kami..hik hik hik..ni pun atas restu en.hubby jugak..thanks abg for your understanding..luv u muah2.. :)

mohon jasa baik kawan2 utk doakan mama sy selamat menjalani pembedahan esok, dan semoga luka nya cepat sembuh..amin.. :)

ni gambar masa mama kene admit sebab sakit dalam perut beberapa bulan lepas..kesian, xboleh nak bercakap sbb sakit, dan terpaksa gunakan bantuan oksigen utk pernafasan.. :(

asyik kene ambik darah je lahai..

beberapa hari dah kat hospital..mama dah boleh buat peace! hope lepas ni pun mcmni ye..cepat sembuh..amin..


Friday, February 17, 2012

:: Zikir & Doa Penenang Hati.. ::

Salam Jumaat semua..
Nak share ngan kengkawan, zikir & jugak doa buat penenang hati yang sedang gundah gulana..boleh juga dijadikan zikir buat dendangan utk tidurkan anak2 kecil..juga sebagai amalan harian..

suka dengan suara Munif Hijjaz ni.. :)

Doa ini pula boleh diamalkan utk menenangkan hati..yelah, kadangkala pasti kita diuji oleh Allah S.W.T..betul2 menguji kesabaran dan keimanan kita..maka amalkanlah doa ini, insyaAllah hati akan jadi tenang..contoh doa yang boleh diamalkan..

Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Ameen YA ALLAH

sumber : islamictazkirah

harini dan semalam, hati ini betul2 xtenteram..sentiasa rasa bersedih, bermuram..dan apa yang berlaku disekeliling menyebabkan cepat betul terasa hati dan berjauh hati..terasa diri dah tak disayangi..tak dipedulikan lagi..yaAllah..jauh kan lah perasaan2 begini..mungkin juga disebabkan emosi terganggu time pregnant ni..hmm.ntah lah..sangat perlukan mereka yg betul2 memahami saat2 ini...

semoga Allah tenang kan hati hambaMu ini..dan jauhkan lah dari perkara2 yang tak diingini..amin..

Thursday, February 16, 2012

:: Amfibus @ Langkawi Duck Tour ::

Cepatnye lahai masa berlalu..tup2 dah hari khamis dah kan..hmm..cerita percutian kami masih belum berakhir..adehh..panjang lagi citenye ni actually..hehehe..cuba cari masa utk ceritakan semua..insyaAllah..

ok, ni adalah Amfibus @ Amphibus atau lebih dikenali sebagai Langkawi Duck Tour..mcm yg aku ceritakan dalam entry edisi langkawi yang lepas, Langkawi Duck Tour ni boleh dikategori kan sebagai open air bus, yang berfungsi sebagai kenderaan 2 alam..boleh bergerak di daratan dan jugak di atas air..kat Malaysia ni cuma ada dua, iaitu di Melaka dan Langkawi..tiket utk dewasa adalah rm38 untuk satu pusingan..layan video ni eh..sesapa yang akan ke langkawi, boleh laa bawak anak2 try naik mende alah ni..sure diorg sukee.. :)




Wednesday, February 15, 2012

:: Sesi Photoshoot bersama team Majalah Rasa ::

Salam semua..
Patutnya cerita ni keluar semalam, sbb hari kejadiannya adalah tghari semalam..tapi disebabkan tak sempat, makanya terlewat sehari..takpelah kan, ade jugak update sebagai kenangan..hehehe..

Semalam adalah sessi photoshoot apam polkadot bersama team majalah Rasa..ramai yang bertanya..cemana aku boleh masuk majalah ni kan? actually, haritu aku dapat call dari Ej, wartawan majalah Rasa..katanya dia dapat contact number aku from blog My Chocs For You..katanya dia dapat assignment utk cari resepi 10 jenis apam polkadot beserta gambarnya..so lepas google, die terjumpe blog aku dan terus call utk set appointment..alhamdulillah, for me, ianya adalah satu pengalaman berharga dan tak harus aku lepaskan..orang sanggup bayar utk masuk majalah..takkan aku taknak masuk sedangkan ianya free, betul x? dah orang nak iklankan kita, takkan ler kita nak tolak..huhuhu..

antara apam yg dah ready utk posing.. :)


so malam kelmarin aku tido lewat sbb nak siapkan apam polkadot ni..disebabkan die nak 10 jenis yg berbeza, pening gak laa nak memikirkan konsep dan kepelbagaian dalam corak dan jugak perisanya..alhamdulillah berjaya jugak sediakan, dengan bantuan en.hubby..die tolong kemas2 dan jugak temankan je laa..hehehe..seb baik jugak diorg nak kan 5-6 biji je utk setiap jenis..kalau tak, pengsan jugak nak sediakan semuanya!

so pagi semalam, tepat jam 11am seperti yang dijanjikan, Ej sampai depan umah beserta seorang photographer, Halim namanya..sesi fotografi berjalan lancar, sambil kami sembang2..peramah mereka berdua tu..so that sesi tu tak jemu laa..bila dah abis amik gambar 10jenis apam tu, maka tibalah giliran tuannya pulak utk diambik gamba..hahaha..mak nervous! xdelah org kata bersiap glemer2..just biasa2 aje, touch up sket sana sini utk cover kesan alahan peknen ni kan..hehehe..

antara gambar yg sempat aku snap sepanjang sesi tu berlangsung

so lebih kurang pkul 1.20 tghari, setel laa keje2 diorg..lama jugak laa ambik masa nak ambik gamba apam ni semua..yelah, nak kan angle terbaik kan, satu jenis tu mau 8-10 shoot jugak tu..so sebelum balik sempat aku bekalkan apam2 tu kat diorg..kesian, sbb aku tak sempat pun nak prepare lunch utk diorg..tapi bak kata Ej, "takpe kak..insyaAllah nnt kami dtg lagi utk shoot product lain pulak.." haa..tu yg mak nak dengar..so next time u olls datang, akak masakkan best2 utk korang ye! hehehe..

alhamdulillah, semua nye berjalan dengan lancar..lega rasanya..tuhan je yg tau..yelah, semalam mcm tension2 sbb ada sesetengah apam tu yg bermasalah sket..tapi yelah, as a professional, pandai laaa photographer tu sorok mana2 kekurangan yang ada tu..yg aku pulak, lega lah..sbb diberi peluang mcm ni kan..satu permulaan yang baik utk aku..hopefully, lepas ni biz ni akan bertambah maju n meluas, dan insyaAllah, moga2 plan utk bukak kedai bakery satu hari nnt tercapai..siapa tau ini adalah langkah permulaan? betul x? amin... :)

Tuesday, February 14, 2012

:: Kenangan 'Explorace' di Langkawi ::

Hari kedua percutian kami..ke Langkawi..actually langkawi bukanlah salah satu destinasi percutian kami..xmasuk dlm list pun, sbb aku tau..xkan sempatnye lahai nak gi semua tempat dalam masa satu hari..tapi bila dipikir2kan balik, dah alang2 ke utara ni..dengan adik ipar aku yg punye cadangan nak pegi balik hari..so, lepas berbincang dan buat sikit perubahan pada jadual kami, kami pun ON je laa..


seawal 5.30pagi..ye, 5.30pagi..ayam pun belum bangun tau..kami dah keluar rumah, dari bertam menuju ke jeti kuala perlis..singgah kat r&r Gurun utk solat subuh..sara mmg dah bangun dari awal lagi..terpinga2 je dia bila ibu mandikan dia pagi2 buta tu..hehehe..masa solat kat gurun tu pun dia tak tido..elok je tunggu ibu kat tangga dalam surau..good anak dara ibu ni..siap ala2 kadar, terus pecut ke kuala jeti..actually kami keluar awal pagi tu sbb dah agak dah mesti akan ramai orang, sbb time cuti panjang kan..haruslah lautan manusia kat jeti tu nnt..so gerak awal2 pagi tu dengan harapan dapat tiket cepat ke langkawi..

tapii...sampai je kat jeti tu..masyaAllah..ramai nye org! kak imah (SIL) terus masuk barisan nak beli tiket sementara kami cari parking..kami pergi 2 kereta disebabkan kak imah ngan abg zainal akan terus balik ke bertam malam nnt..kami pulak akan bermalam kat kangar..dapat je parking, cari tempat makan dulu..xsusah nak cari tempat makan area jeti ni, sbb banyak je kedai makan sana sini..kami gilir2 beratur utk dapatkan tiket..dan alhamdulillah, akhirnya kami dapat tiket pkul 10.30pagi..tapi tu la, satu hal la pulak kene menunggu kat jeti tu..sara laa yg boring..seb baik jugak pakaikan die baju jenis singlet, sbb dah tau dah cuaca kat sana mesti panas punye laa..so mmg dh standby baju singlet banyak2 or 'baju ketiak' seperti kata sara..huhuhu..

lepas penat menunggu, pkul pkul 10.30 naik feri..perjalanan amik masa dekat 45mins gak aa..seb baik sara bukan jenis mabuk laut..ibunye ni pun kuat je..hehehe..sampai je jeti kuah, dari jauh dh nampak dah burung lang melambai kami supaya datang dekat..cehh..tipu! hehehe..mcm takde hati nak ke dataran lang tu sbb cuaca panas sangat..kami sampai je jeti sana, terus gegas cari tiket balik pulak..hehehe..then xnak rugi masa, terus cari kereta sewa..seb baik dapat viva dengan harga rm60 je..yelah, ada 6 jam je masa kami utk berjalan2 kat pulau tu..sbb last tiket naik feri, pkul 7mlm..dah laa sara tido time tu..seb baik jugak ada stroller, makanye, masa dok gegas sana sini tu, die tgh sedap tido..then kami terus dapatkan voucher utk naik cable car ke gunung mat chinchang..

dapat kereta, terus zasss..tak tunggu apa lagi dah..sampai ke stesyen cable car, tgk manusia sangat ramai aaa..mcm xde semangat pulak nak naik ke sana..actually aku xkisah sangat cable car ni sbb dah penah naik dah masa along aku kawen dulu..so dh penah rasa..mereka2 ni laa xpenah rasa lagi..then, bincang2 punya bincang, dari kami menunggu berbaris lama2, baik kami naik mende lain..yg dapat penuhkan masa kami..xdea bazir waktu kan?seb baik coupon tu boleh tukar dengan cash..so kami pilih utk naik Langkawi Duck Tour..haa..actually ni mende baru kat langkawi..kenderaan 2 dalam satu..duck tour ni adalah sejenis amfibus, yang mana ia adalah sebuah bas yang boleh bergerak didaratan dan jugak diatas laut..haa..memula dengar mmg mcm menarik..tapi bila dah naik, rasa berdebar sangat, lagi2 time die nak terjun dlm laut tu..haa..nnt aku cite detail laa pasal Langkawi Duck Tour ni eh..tapi apa2 pun mmg pengalaman baru laa..best!

ini laa rupe Duck Tour..selain langkawi, duck tour ni ada gak kat melaka.. :)

masa nak terjun dlm laut tu, semua dah siap sedia dengan life jacket..takut ooo..

lalu kat kapal2 layar..cantik..yg bawah kiri tu kapal layar yg digunakan oleh Datuk Azhar Mansor untuk mengelilingi dunia suatu ketika dahulu..

lepas je pusing2 naik duck tour neh, kami pakat nak jalan2 ke pantai chenang..nak ke tempat lain, contohnya mcm beras terbakar ke, telaga hang tuah ke apa ntah, perdana gallery, dan lain2 tu mmg tak sempat lah..aku yg kononnye plan nak gi island hopping tu, terpaksa kuburkan je laa niat tu..sbb nak kejarkan masa balik pkul 7 nnt..yg penting, slot masa utk shop for chocs tu harus lah ada! hehehe..mmg xde niat pun pegi langkawi kalini utk shopping pinggan mangkuk or corning ware ke apa..mmg bajet aku, cume nak jalan2 aje..rehat2 kan badan..tapi pegi langkawi ni mmg agak mencabar mental dan fizikal jugak laa..semuanye terkejar2..sampai nak lunch pun kene suap cepat2..tu yg aku kata Explorace tu..berkejar2 kejaran..seb baik sara bukan jenis cerewet bab makan..susu pun sama..skang ni kalau berjalan2, xyah bawak bekal susu botol..cuma bawak bekal air kotak dutch lady kids tu aje..cukup utk dia..then, standby roti, incase die nak makan in between lunch ngan dinner nnt..
sebahagian daripada hasil tangkapan kat Haji Ismail Group..heaven!
destinasi terakhir kami haritu, haruslah Haji Ismail Group..sbb nya, nak membeli coklat2 utk buahtangan, dan jugak coklat2 yg dipesan oleh kawan2 dan jugak ipar duai..haaa..mmg gila laa tgk harga coklat..ferrero rocher yg 30pcs satu bekas tu hanya rm20.90 sahaja..haa..mana tak meroyan, ko!kak imah beli sampai 7 bekas..aku? beli 3 bekas sahaja..utk mak, mama dan jugak makan sendiri..then, coklat kisses, hersyes, kinder, daim, ada lagi lah beberapa..haa..banyak jugak tu! smpai tak cukup tangan nak bawak naik feri..ahahaa..mmg bebtul punye shopping coklat ni haa.. :)

sampai kat jeti, terus kami gegas2 pulak hantar kereta sewa, then ready kat jeti..rupa2 nya, feri kat delay daa..cehhh..sempat laa jugak melepaskan lelah, berehat jap..sara pulak segar je bijik matanya, dok pusing2 area jeti tu sambil tolak stroller sendiri..lantak ko laa nak..janji bahagia..hehehe..then, sampai je feri, masuk dlm feri, tertido jap sbb sejuk bangat dalam tu..then sampai jeti kuala perlis, cari kedai makan pulak...seb baik ada kak zura, yg sudi jadi 'gps' kami malam tu..thanks so much kak! hehehe..makan seafood kat kuala perlis..walaupun ada insiden makanan kami sampai lambat, tapi xkisah lah, janji makanan sodapp..ehehe..

then, lepas tu kami berpecah..kak imah ngan abg zainal balik ke umah diorg, kami pulak terus ke kangar, mencari hotel..best tau cuti2 cmni..sbb mmg gamble habis laa..actually plan aku, nak sewa homestay kat area umah parents abg apis (my BIL), tapi last2 cancel je la plan tu sbb malas nak kacau diorg malam2 kan..xsusah nak cari hotel kat area kangar actually..kami just google, dan jumpe hotel, call, then terus tgk bilik..very nice, sbb owner hotel tu muslim, cuma rm70 semalam, dan biliknya sangat kemas dan cantik..yg penting, dalam town kangar, bawah bilik kami adalah kfc 24hours..hehehe..siap mandi solat apa sume, then terus panjat katil.xlarat wehh..penatsss..lagi2 si kecik tu haa..kejap je guling2, pastu minum susu dan terus zzzzz...

alhamdulillah, hari kedua percutian berlalu dengan begitu baik, yg penting, semua org happy dan puas hati!! :) nnt aku sambung ngan cite kat Padang Besar pulak ye! :)

Thursday, February 02, 2012

:: Follow up checkup baby @ 22 weeks ::

Salam semua..
Sementara nak menantikan lunch hour pkul 12 ni, nak gi pos barang2 yg customer dah order..sempat lagi menghapdet kisah terbaru baby dalam perut ni..alhamdulillah..minggu ni dah masuk 22weeks + dah..dan yang paling aku syukur sekali, baby membesar dengan sihat dan sempurna, syukur sangat2...

semalam aku cuti, sbb ada appointment dengan specialist O&G kat Hospital Klang..nape hospital klang? sbb nye, monthly checkup aku buat kat klinik kesihatan meru, which is dalam daerah klang..so that's why aku kene refer ke sana..pegi dengan en.hubby..nasib baik jugak semalam hari wilayah, so xde laa die sibuk2 nak layan client yg selalunya asyik call bertalu2..

nasib baik semalam even ramai orang, tapi disebabkan aku kesana atas sebab nak further scan dan confirmkan about my lil baby dalam perut ni, so that aku xyah tunggu lama..sbb mmg dah set kan appointment kan..so that procees tu berjalan very smoothly..pkul 9 appointment, pkul 10 lebih dah setel dah..sara mmg aku tinggalkan kat umah pengasuh laa..xkoser den nak membawak nye..dah laa ramai manusia kat situ kan..

doc yg attend aku..aku xtau nama die apa..boleh? sbbnye dah ler tak pakai tag nama, then orgnye pun kurang peramah..malas nak tanya lebih2 kan..masa die scan tu aku nampak laa jugak sket2..die tumpukan pada skull dan jugak tulang belakang baby.lama jugak laa die ambik masa nak check satu2..alhamdulillah..bila dah setel die pandang aku sambil ckp "baby u ok semua..takde masalah..teruskan ambil obimin ye!" alhamdulillahhh....syukur3..aku mmg cuak everytime scan ni..yelah, ada pengalama buruk kan..then, aku tanya jugak doc ttg perkembangan badan baby, adakah sama dengan usia dia? doc ckp, yes..sama..sbb apa aku tanya tau..sbbnye, ada beberapa kawan aku yg tegur, perut tak nampak! aduhh..tensen jugak kan..yelah, takut la jugak, mana tau baby tak membesar seiring dengan usia dia..tapi nampaknya ok je semua..perasaan aku je yg lebih neh! hehehe..

so balik dr hospital, kami sarapan nasik lemak sotong kat meru, then terus balik umah..hajatnya nak ambik sara dr umah pengasuh, tapi die tido pulak..so biar je lah die kat situ..so that semalam aku just kemas2 umah sambil rehat2 je..mmg malas nak bukak email ke apa..huhuhu..


ni gamba scan baby time usia dia 20 weeks dalam perut..time ni aku jumpe doctor sebelum pegi holiday aritu..alhamdulillah..mmg happy sangat..bila tau semuanya ok dan baby pun sihat..


yg ni pulak baby mmg sengaja tunjuk gender dia..kalau korang pandai, cer teka sara akan dapat adik boboy atau gegirl?? :)