:: Puteri ibu, bidadari syurga..... ::
Ini lah program/agenda aku pagi semalam (Jumaat)..lepas hantar sara ke taska, aku ngan en.hubby ke kampung cherakah jaya utk visit kubur my baby girl yg telah dikebumikan kat situ pada hari Jumaat, 23 Mei 2010..
Mesti ada antara kawan2 yg dah tau yg aku telah pregnant utk kali ke 2 pada bulan 1 taun ni, dan sepatutnye aku dijangka akan melahirkan pada 6/10 tahun ini..tapi, kandungan terpaksa diterminate pada usia kandungan 4 bulan, disebabkan masalah anencephaly. Bagi sesiapa yang nak baca cerita selanjutnya, boleh ke link ini dan ini
Masa on the way ke kampung tu, perasaan aku jadi berdebar2..tak tau la nape..aku rasa ketat sangat dada ni..rasa nak menangis! ini lah 1st time aku jejakkan kaki kat kampung ni, dan jugak inilah kali pertama aku duduk mengadap kubur anak aku sendiri..menangis?ye..semestinya..teringat aku,saat2 die dalam perut, kadang aku terasa ada gerakan kat dlm perut ni..then bila ubat induce dimasukkan, terbayang aku mcmana seksanya Aisyah kat dalam tu..dan jugak masa die keluar dari rahim aku..aku nampak sendiri macamana rupe bentuk die..sempurna semuanye, kecuali dibahagian kepala..keluar dalam keadaan tangan kat bawah kepala seolah2 sedang tidur..(tidur cara sunah nabi..) time tu dah tak bernyawa lagi....
Tak tau apa aku nak katakan, cuma aku berharap suatu hari nnt aku dapat berjumpa dengan anak ke dua ku itu..amin...
**** Takziah buat keluarga Allahyarham M.Rajoli atas kepulangan beliau ke Rahmatullah pada malam tadi lebih kurang 10 malam, dan akan dikebumikan pada tengahari ini..semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah...amin...
5 pengomen:
Al-Fatihah..semoga Aisyah bahagia di sana..aminn
amin...
Bg mrk yg pnah merasai kehilangan, dpt memahami betapa peritnya bila trkenangkn saat2 itu...
Al-fatihah, anak2 ini adalah bidadari syurga yg menanti kita disana
al-fatihah...
she's happy as an angel in heaven now ..
Al-fatihah....sy pon bru menerima berita dr sorg shabat lama sy...kehilangan anak yg bru berusia 3bulan....anak sulung & bru merasai pngalaman seorang ibu....jmputlah singgah http://sumpit2u.blogspot.com
Post a Comment