Thursday, July 29, 2010

:: Agen untuk Bottle Weego ::

Kawan2! lama aku tak update blog..sangat sibuk ngan keje skang ni..ngan aku yg demam 5 harinye..adehh!xpe..dah sihat pun..so skang ni aku nak perkenalkan kat korang...

BOTOL WEEGO..

aha..pernah dengar tak ape mende nye botol weego neh? actually aku pun xpenah..sampai la aku terbaca kat blog kawan UTM aku..Yana aka BabyIbu..then skang ni dengan rasminya..aku telah pun menjadi agen utk penjualan botol2 weego neh..so..sesapa berminat,boleh contact aku ye,kawan2!


Ok..bagi kawan2 yg tak biasa ngan botol ni..meh aku cite kan serba sedikit pasal botol ni. Material bagi botol weego ni adalah kaca dan bpA free. Kompemlah selamat utk anak kita kan..dan jugak, even dia diperbuat drpd kaca, tapi tak mcm kaca yg kat rumah tu - berat. yg ni ringan dan sesuai dipegang oleh si kecil kita..dan lagi satu ciri2 keselamatan yg ada pada botol weego ni ada pada aksesorinya..getah yg berwarna warni tu..selain aksesori, ianya adalah utk memudahkan si kecik utk grip the bottle.Tak licin. dan jugak, ianya utk prevent drpd pecah dan jugak tercalar. yelah, kang ibu2 letak dlm beg yg ada mende2 tajam ke kan, so that getah tu yg akan cover..plus, warna die menarik sangat!

ok, sila baca statement mengenai weego ini ye..utk lebih details..

I was told by a friend to smell the Avent plastic bottles. I did and was rather taken aback by the smell. Apparently the smell is from the micro bacteria which are breeding in the scratches which we cant see in the bottle caused by brushing. Avent does recommend us to change the bottles every 6 months. I wonder why.
 Because of the recent concern over leaching chemicals in plastic baby bottles, many parents have been looking for an alternative. It is safer to use glass baby bottles as it is bisphenol A ( bpA) , phthalate, PVC and polycarbonate-free.


Weego comes in a new design and safety twist: the bottle is covered with a modern sleeve that will help protect the bottle from breakage and also prevent bumping into other articles in your diaper bag.Drop test has been done on these bottles to test its durability.


The sleeve is free of plastics and is 100% non-toxic. The bottle and the sleeve can be boiled or put in the dishwasher together. The silicone nipple should be hand-washed and is also latex-free and non-toxic. The plastic ring, plug and cap contain no polycarbonates and are food grade, FDA approved and recyclable. The cap and ring should be hand washed only. The sleeve provides a good gripping surface during feeding and also a great tactile experience for your baby.


The nipple is made by a French company. A standard sized nipple from Evenflo, Dr. Brown's or NUK will also work. This is one of the advantages as these nipples can be found easily and not as expensive as Avent.




Ok..weego didatangkan khas dlm 2 saiz dan kat sini aku senaraikan kaler2 yg available and price die sekali..

1) 4oz - rm 49 each
from left : ocean, sky, raspberry,pink,orange and yellow


2) 9oz - rm 69 each
from left : pink, raspberry, orange, yellow, sky and ocean


3) Starter pack - rm 269 each
alamak..kecik nau gambanye..


ahaa..so ape lagi kawan2..sesapa nk try weego or sesapa yg dah boring ngan botol avent..nk try 1 pakai Weego..silalah kontek aku ye..boleh comment kat sini or email at ain dot rusli @ gmail dot com..aku kasik special price! :) utk lebih details, kawan2 boleh jenguk kat Weegobottle

* aku pun beli yg raspberry utk bawak g jalan dan melaram utk si sara tu..huhuhu

Thursday, July 22, 2010

HFMD - penyakit kaki tangan dan mulut..bahaya kah??

Skang ni banyak sangat kes HFMD - Hand,feet,mouth disease...kan? mana2 pun ada kes ni, especially kat nursery..termasuklah nursery sara skang ni..ade a few childs yg dah kene,then cepat2 pihak nursery call parents utk  bawak balik anak masing..dan jugak..nasib baik semua budak2 tu terjangkit kat umah dan bukan kat nursery, sbb nye kalau kene kat nursery, dan lebih dari 3 org berjangkit antara satu sama lain, pastinya Kementerian Kesihatan akan keluarkan surat utk temporarily closed nursery tu..dan jugak pihak nursery kene bersihkan semua bahagian kat dlm nursery tu, termasuk toys,dan apa jua barang2 yg dipegang oleh pesakit..huh,kalau la nursery tutup..mana la pulak aku nak antar sara neh? *pengsan*

puas aku belek satu badan sara..alhamdulillah,sampai sekarang die masih sihat dan takde tanda2 itu..tapi..die agak kerap selsema skang ni..tapi yelah, tu masalah biasa bila anak dok kat nursery ni kan..ape2 pun,aku akan tetap pantau sara,takut2 kalau die terjangkit sama..mintak2 dijauhkan..

satu lagi kes, my ofismate pun terkene hfmd..bayangkan..org dewasa pun boleh terkena!isnin lepas kami g lunch sama2..die ade tunjukkan tapak tangan die ada bintik2 merah - blister..tapi masing2 xde sorg pun terpikir yg ia adalah hfmd..mcm aku, serius aku xpenah tgk org kene hfmd ni..so skang ni baru lah aku google tgk cemana rupenye pesakit hfmd ni..so that, my friend diberikan mc selama 10 hari, (heaven! hahaha..) . Pembawa penyakit ni adalah anak die, tapi anak die xteruk mana..maybe sbb still breastfeed..and doctor pun ada advice die utk teruskan breastfeed..alhamdulillah..my fren kata..die sendiri rasa terseksa bila virus tu merebak dlm mulut die..inikan pulak kalau kene kat budak2!nauzubillah...oh, anak kepada owner taska sara (kak masni) pun terkena hfmd ni,sampaikan pihak hospital kene cuci dlm mulut die sbb terlalu banyak bintik2 merah yg menyebabkan die xmau minum susu and makan..seksenya..kan?kesian..

Ok..ni ade info pasal penyakit kaki tangan dan mulut neh..untuk pengetahuan bersama..


Pengenalan
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

Penyebab
Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit
- Demam panas
- Sakit tekak
- Kurang selera makan
- Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
- Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

Rawatan
Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:


- Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
- Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
- Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.


Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:


- Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
- Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
- Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
- Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
- Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

Langkah-Langkah Pencegahan
- Sentiasa menjaga kebersihan diri
- Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
- Jangan berkongsi barang-barang persendirian
- Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
- Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
- Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.


PERINGATAN !
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:


- Demam panas yang tidak menurun
- Mengantuk dan kelihatan letih lesu
- Gelisah
- Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
- Sesak nafas
- Degupan jantung laju
- Kembung perut
- Tidak membuang air kecil
- Lemah anggota kaki
- Otot tersentak
- Pergerakan mata yang luar biasa

Di petik dari risalah Kementerian Kesihatan Malaysia 2006 - dr encheck google..

Kalau mengikut pembacaan aku, hfmd ni adalah common disease utk kanak2..dan xde vaksin pun utk pulihkannye..cuma pantau demam, dan kasi rehat yg cukup..tapi apa2 pun..sama2 kita ambik langkah pencegahan awal..demi utk kesihatan anak2 kita..

Friday, July 16, 2010

:: Pokok Tanaman Bahaya?? ::

Aku dapat dr email..

Dear all,
Please read below. The message is true. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of the helpers, we should give them a safe environment where they can play.


"This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous!


This plant is common in Kenya , Rwanda, Uganda in plant nurseries, many offices and homes. It is a deadly poison, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and an adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness. Please alert your buddies.

Bahaya nye! serius tau..pokok ni ade kat betul2 tepi sliding door kat area dining hall umah aku..cantik pokok ni..kt umah mama aku kat kampung pun bersepah pokok ni dlm pasu mama..as die pun suke pokok2 hijau macam ni..alaa..i believe mesti ramai antara u all ataupun umah mak kat kg ada pokok ni kan?

tak sangka la pulak..sangat bahaya ok..pokok ni beracun..yg boleh membunuh kanak2 kurang dr 1 minit! dan dewasa dlmmasa 15 minit! Takutnyaa..jugaa..kalau terkena mata boleh buta separuh ataupun totally blind! iskk..haruslah aku remove pokok2 ni kat tempat tinggi..ataupun hapuskan terus dr umah aku..

baik beringat sebelum terkena!

p/s : sumber adalah drpd email..kebenarannya?Wallahualam..


Thursday, July 15, 2010

:: Meh kita layan TAG ::

utk pertama kalinye haku dapat award! hahaha..kesian betul..org dah berpuluh2..awak baru satu! takpelah..ade la jugak kan..tengsss to NaniKlang utk tag dan jugak award ni.. hahaha.. cute blogger?tu merujuk pada tuan punye blog kan?hmmm..cute kah? aku rasa anggun + jelita je kot..hahahaha..gelak jap..


1. Apa nama blog dan kenape letak name tu?
Nama blog : ainielie..
sebab guna nama ni? : Namaku Nor Aini Mohd Rusli (hah!nama penuh,ko!) then masa2 skool dulu kawan2 panggil aku Ainie..then..combination nama aku n abah.. Ainie + Lie..jadi la ainielie..lekat sampai skang tau nama ni!
2. Jelaskan kenapa & bagaimana anda boleh dapat idea nk letak nama URL blog anda?
sebab nama ni ramai kawan2 yg tau..dari dulu2 lagi mmg pakai 'ainielie'..blog haku yg pertama dulu pun http://ainielie.blogdrive.com.. tapi kadang2 rasa cam kelakar bila ade org menyebut 'aini elie' ataupun 'ainie lai'..sabo jelah!

3. Bila blog anda mula beroperasi?
03/09/2009
baru je lagi kan?rase mcm nak buat giveaway lah sempena 1 tahun beroperasi nih..hehehe..ade org nak join kah? :D

4. Siapa follower pertama anda?
Yanty
kesian kan? haku ade 3 org je follower!hahaha..takpe..lagipun baru je pasang follower tu.. (alasan..)
5. Ucapan kepada si pemberi award
Oh...terima kasih wahai cikNani..eh,ko jual lagi tak lappy bag haa? haku nk order aaa... :D
anyway..thanks for the TAG!
6. Tag 9 org yg anda rasa patut terima award ni. :)
9 org? mak aiii..ramainye..huhuhu..selamat la ye.. :D


1) Mama Lydzar
2) Cik Rumiko
3) Mrs Bee a.k.a Noma
4) Donat
5) Kak Iena
6) Feeza
7) Adlin
8) Kak Mai
9) Yanty

Ok..siap! selamat membuat TAG ye kawan2..

Tuesday, July 13, 2010

:: Gila Contest ::

Haa..aku punye layout dah kembali! tapi imej yg lain..this one utk temporary je..sbb skang ni scrappin blog tgh sedaya upaya nk store kan all images diorg sebelum ni dlm server baru..suke!dapat guna layout comel2.. :) nnt aku try cari layout yg comel2 utk tepek sket kat sini..sejuk sket mata memandang kan? :D (keee..kat mata aku je kot?hahaha)

Ada x sape2 kat sini yg gila contest? hahahaa...tetibe je tanye kan..xdelah..aku admit..aku skang ni tgh gila contest..ape ntah..tapi mcm rajin pulak nk join contest2 yg ada..sampai buat 1 blog lak tuh! haaa..so sesapa sesekali terasa nak buat contest/giveaway/luckydraw dan seangkatan dengannye,jengukla kat blog aku ye.. Ibu Qaisara

tujuan aku join contest ni semua actually suke2 je..pastu hadiah2 die mcm menarik..so dimasa terluang aku spend la sket utk buat contest..tak salah mencuba kan?mana la tau ada rezeki..so tak sesia la kita dok ngadap laptop je seharian..tak gitu?kadang tu dah penat ngan keje2 kat opis tu..mengadap document, testing system ape sume..so nk merelaxkan minda, aku join la contest..ok tak alasan aku?hahahaha..tapi ape2 pun..aku akan tetap update blog ni..walaupun ade seketul-dua je yg membaca,it's ok..takkisah pun..janji aku happy!hahaha..

haa..aku pun kan actually ada terpikir nak wat contest la weh..tak kisah la contest ke, lucky draw ke hape..janji aku dapat give something kat kekawan..haaa..suke tak?souvenir dari brisbane aritu mcm ade lagi..tak pun, aku buat je cupcake utk kawan2..ok jugak kan?xpe..byk sumber utk hadiah tu..
hmm..nnt lah aku pikirkan eh? dah ade keputusan nnt aku umumkan.. :)

Monday, July 12, 2010

:: Layout blog dah hilang!! ::

Aduhhh..nyampah nye aku nengok blog haku neh..sbb ape?kalau korg perasan..layout blog dah xde..
selama ni aku amik dr Scrappin' Blog ..dah 2-3 hari gak aku perasan..apesal laa pulak blog haku ni sangat la busan..putihhh je background die..harini baru aku perasan daa..ade mesej dr photobucket..semua yg gunakan scrappinblog nih mmg akan blank je background die..aku bukak website nye, diorg kata yg diorg ada masalah ngan photobucket sbb selama ni sume imej disimpan kat situ..then sbb dah over 50GB, then phobucket estimate yg SB ni kene bayar $430 sebulan kat PB. Alahai..SB ni kan free blog, diorg bagi layout for free, so that xde fulus aa nk bayar..makanye..skang ni semua layout tu xleh digunakan..diorg akan cari solution utk solve mende alah ni..alahhh..mencinyeeeee..rugi sangat..dahla imej2 kat SB tu sume lawa2..kiut2..sayangnye lahaii..



aku xsuke aaa nak tukar2 layout neh..malas nk godek2 coding ape sume..isk!

Thursday, July 08, 2010

:: Sara dok kat Nursery? ::

Yaa..betull..akhirnya...dok nursery gak anak aku tuh..
ye ye je lah aku takut, risau, sedih, bila anak masuk nursery..tapi aku tgk sara ok je? hahaha..lawak..ibu ter emo lebih neh..tapi die nangis gak la memula kan..

ceritanye mcm ni..oh,sebelum tu..nk bgtau..sara dah cucuk setahun!haaa.. 27th June aritu..dah lama dah actually..asyik tertangguh je sbb die demam..doctor siap bekalkan ubat demam segala..tapi alhamdulillah..xdemam pun..TAPI...start dr jumaat hari ke 3 aku hantar ke umah jiran aku tu (2nd July)..die demam panas! seminggu selepas cucuk tu..xtau la effect dr cucuk setahun tu ke..ataupun sbb ade new thing yg die nk dpt ke..manalah tau,gigi geraham nak tumbuh ke kan..huhuhu..sampai 2 kali aku bawak pi klinik sbb demam die tak kebah2..tapi alhamdulillah, die tak merengek2 ke hape..tetap aktif mcm biasa..cume mengada terlebih..nk aku dekat die je..cuma malam laa..die mcm tak selesa nak tido..dan aku pulak..bila anak demam, mmg xleh nak tido..aku fobia ngan mende yg penah jadi kat die..kan die penah kene fit!huish..takut..so malam mmg kepala+badan die panas..kerja aku dok letak kain basah kat kepala die, lap badan ape sume..tak boleh nk tido..dan akhirnya..mata aku jadi mcm ala2 mata zombie dah..dan ibunye ni pun dah rasa mcm nak demam dah ni..tapi xpe..demi anak,kan..aku rela..biar aku yg demam, dr sara yg demam..

muka budak demam..

demamnye dr jumaat lepas sampaii la semalam..semalam aku tgk die ok je..panas pun dah kurang, nak main2..makan pun okla compare to masa die demam,haram nk makan ape2..susu je yg die nak..makanye..harini aku try hantar die ke nursery kat baris belakang umah aku neh..aku dah survey actually isnin aritu..aku tgk ok je,sbb pengasuh ade 3, budak baya sara ade 4 termasuk sara..then budak taska+transit ada dlm 3-4 org je..so ok la aku tgk..pengasuh nye pulak semua melayu..taska ni actually baru je..tu yg tak ramai lagi kot..

so arini kirenye trial version lah..aku kat umah dok risau2..apa la jadi kat sara tu..aku sms kak masni,owner taska tu..die kata sara ok je..memula je nangis sket..pastu elok je die main2 ngan kawan2 baru die..then tido.. lega!haaa..sangat lega aku rasa tau..baru la aku boleh kerja dengan tenang kat umah neh..then senang la aku nk masuk opis next week..actually this week aku langsung xmasuk opis..sbb nk jaga die demam..aku cuti on monday, then aku wfh sampai la harini..seb baik bos aku understanding..keje tgh banyak skang ni, tu pasal aku pening nak wat keje kalau sara ade kat umah..xboleh nk wat keje aa..asyik nk tarik2 wayar laptop laa..nk tekan2 keyboard laa..kalau aku dok kat meja makan, die nk panjat laa..adehhh...

so..skang aku lega!mmg aku emo terlebih kan? anak rilexxxx jeee..hahaha..
moga2 die suke dok kat nursery tu ngan kawan2 die..aminnn..

rindunye kat budak kecik nehh..

Thursday, July 01, 2010

:: Malang Memang Tak Berbau.. ::

Salam semua..
Sibuk betul seminggu 2 neh..byk keje nak kene disiapkan..
dengan emergency migration nye..so that nak kene test dan jugak execute test plan asap..
lagi la pulak kene buat kerja dengan sara ade kat depan mata..huh,cemana nak siap??

ahad lepas (malam) aku dapat sms dr kak aziah - pengasuh sara..die kata isnin xdapat nak jaga sara sbb anak die masuk hospital..husband die ade kat bangkok atas urusan keje, so die yg terpaksa ulang alik jaga anak kat hospital dan jugak uruskan anak yg still bersekolah rendah..so oklah, isnin aku work from home (wfh) dengan sara ade dengan aku..huh,mmg tak jadi keje la jawapnye..aku sibuk menaip..die sibuk nak tekan laptop,nak panjat sofa+meja+tangga..adehh..mmg saje je tau!

then dapat lagi sms dr kak aziah
"ain,akak mintak maaf banyak2 sbb akak rasa xdapat jaga sara dalam 2-3 hari ni..anak akak still kat hospital, doktor kata ade darah beku dalam kepala die.."

isk, seriau aku dengar..ape lah sakit anak die eh?aku sms tanye, tapi die reply pendek2 je..die sedih kot..oklah,2-3 hari..so terpaksa lah aku bekerja-dengan-sara-from-home utk few days nih..tapi..hari selasa..aku dapat sms lagi dr kak aziah
"ain,akak mintak maaf, akak rasa xdapat lagi nak jaga sara sebab anak akak kene dlm penjagaan teliti.akak harap ain paham, dan janganlah marah akak sebab bgtau ain dlm masa terdekat ni"

alamak!xdapat jaga langsung??tetibe kepala rasa berpusing..teringat balik dulu cemana susah aku nak mencari pengasuh sara dan sekarang ni aku nak kene buat perkara yg sama - mencari pengasuh baru sara! oh my god..aku ni kan,masalah betul kalau ckp pasal pengasuh sara..sensitif betul rasanya..sejak dr kisah pengasuh pertama yg banyakkk sangat masalah dulu..sampai la skang ni,asal nak cari pengasuh, mesti nak kene hati2..tgk umah die cemana..tgk org nye cemana..budak2 yg die jaga cemana..dapat kak aziah ni sangat bestlah sbb die jaga sara the only one! aku sms die semula..ckp ngan die yg takkan die taknak jaga langsung sara kan?sbb mesti semua org akan berharap yg anak die akan sihat semula dan boleh belajar semula..at that time mesti die dah boleh jaga sara semula..then die cuma ckp yg die tak boleh janji...

makanye...aku direct sms en.hubby..tanye die cemana..die kol,suggest kan aku utk anta kat pengasuh ke 2 kat area umah lama dulu..yes!aku kol akak tu..berharap sangat die available utk jaga sara utk temporary..mungkin dlm 2-3 minggu ni..malangnya..akak tu xavailable sbb die baru je start jaga baby yg baru lepas pantang..alahaii..aku kol lagi 2-3 akak yg penah aku kol dulu2 utk jaga sara..tapi semua pun xavailable..yg haku neh, dah berjurai2 air mata dah nih..isk.mmg sku sensitip pasal penjaga sara ni wehh!!

tetibe en.hubby kol..die suruh aku pegi umah kak fariza - one of my neighbour kat sini..en.hubby baik ngan husband akak ni..so aku pegi lah..actually aku kenal akak ni..die ade dtg masa birthday party sara aritu..rupenye die mmg jaga 1 budak..tapi masalah die pulak,die kene ambik anak die dan jugak kawan2 anak die dr sekolah kat bukit jelutong nun..so kereta mmg full sampai duduk 2 lapis mcm sandwich.die takmo la bawak sara dalam keadaan cmtu..tapi die ok utk jaga sara dlm mgu ni sampai ujung mgu depan..sbbnye anak die yg belajar kat UMK - Uni.Mlysia Kelantan ada kat umah bercuti skang ni..so die la yg ambik adik2 nye dr skolah..

fuh! lega dah satu perkara walaupun utk sementara..aku tgk akak ni sangat ok,umah die kemas dan cntik..dan jugak sara ade kawan..anak yg die jaga tu girl, umur 3 tahun..dan anak akak tu sendiri,sekolah rendah..so sara mesti suke..ade akak2 utk berkawan..so,hari rabu aku hantar sara utk pertama kalinya..aku nak kene masuk opis sbb ada project weekly meeting..memula die tak nangis pun..aku pulak yg sedih sbb nak kene tinggalkan sara kat umah org yg die tak kenal..tapi..aku sms akak tu,die kata sara ok je..makan, tido..main..so aku sangat lega!harini aku hantar, even aku wfh..die nangis sket memula..tapi smapai la entry ni ditaip, aku xdapat ape2 berita dr kak fariza - nama akak pengasuh sementara ni..means xde ape yg nak aku risaukan laa..

hope jugak kak fariza dpt jaga sara sampai la bebila..kalau kak aziah dah tak available nak jaga sara lagi..masalah kak fariza tu, aku rasa aku dapat atasi dengan aku wfh, dan ambik sara time lunch hour - masa die nak amik anak die laa..hopefully die setuju dengan cadangan aku ni..aminnn :)

utk kak aziah..hopefully anak die sembuh cepat..berita terbaru yg aku dpt semalam..anak die tak sedar lagi sejak hari ahad aritu,lepas operation buang darah beku.. kata kak aziah, anak die demam panas,then kuman dah naik ke kepala, menyebabkan urat kat dlm kepala die ade yg putus..aku xnak tanye lebih2,takut die sedih..kesiann..anak die yg sakit ni anak sulung, the one and only dotter yg die ada..anak2 yg lain sume laki..skang study kat UNITEN..harap akak tabah..dan harap jugak kawan2 aku kat sini dapat doakan kesihatan anak die pulih ye?InsyaAllah...


kesian anak ibu ni..pengasuh xpenah nye tetap sejak lahir..huhuhu..