HFMD - penyakit kaki tangan dan mulut..bahaya kah??
Skang ni banyak sangat kes HFMD - Hand,feet,mouth disease...kan? mana2 pun ada kes ni, especially kat nursery..termasuklah nursery sara skang ni..ade a few childs yg dah kene,then cepat2 pihak nursery call parents utk bawak balik anak masing..dan jugak..nasib baik semua budak2 tu terjangkit kat umah dan bukan kat nursery, sbb nye kalau kene kat nursery, dan lebih dari 3 org berjangkit antara satu sama lain, pastinya Kementerian Kesihatan akan keluarkan surat utk temporarily closed nursery tu..dan jugak pihak nursery kene bersihkan semua bahagian kat dlm nursery tu, termasuk toys,dan apa jua barang2 yg dipegang oleh pesakit..huh,kalau la nursery tutup..mana la pulak aku nak antar sara neh? *pengsan*
puas aku belek satu badan sara..alhamdulillah,sampai sekarang die masih sihat dan takde tanda2 itu..tapi..die agak kerap selsema skang ni..tapi yelah, tu masalah biasa bila anak dok kat nursery ni kan..ape2 pun,aku akan tetap pantau sara,takut2 kalau die terjangkit sama..mintak2 dijauhkan..
satu lagi kes, my ofismate pun terkene hfmd..bayangkan..org dewasa pun boleh terkena!isnin lepas kami g lunch sama2..die ade tunjukkan tapak tangan die ada bintik2 merah - blister..tapi masing2 xde sorg pun terpikir yg ia adalah hfmd..mcm aku, serius aku xpenah tgk org kene hfmd ni..so skang ni baru lah aku google tgk cemana rupenye pesakit hfmd ni..so that, my friend diberikan mc selama 10 hari, (heaven! hahaha..) . Pembawa penyakit ni adalah anak die, tapi anak die xteruk mana..maybe sbb still breastfeed..and doctor pun ada advice die utk teruskan breastfeed..alhamdulillah..my fren kata..die sendiri rasa terseksa bila virus tu merebak dlm mulut die..inikan pulak kalau kene kat budak2!nauzubillah...oh, anak kepada owner taska sara (kak masni) pun terkena hfmd ni,sampaikan pihak hospital kene cuci dlm mulut die sbb terlalu banyak bintik2 merah yg menyebabkan die xmau minum susu and makan..seksenya..kan?kesian..
Ok..ni ade info pasal penyakit kaki tangan dan mulut neh..untuk pengetahuan bersama..
Pengenalan
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.
Penyebab
Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.
Tanda-Tanda Penyakit
- Demam panas
- Sakit tekak
- Kurang selera makan
- Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
- Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)
Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.
Cara-Cara Merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.
Rawatan
Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:
- Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
- Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
- Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.
Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
- Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
- Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
- Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
- Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
- Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.
Langkah-Langkah Pencegahan
- Sentiasa menjaga kebersihan diri
- Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
- Jangan berkongsi barang-barang persendirian
- Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
- Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
- Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.
PERINGATAN !
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
- Demam panas yang tidak menurun
- Mengantuk dan kelihatan letih lesu
- Gelisah
- Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
- Sesak nafas
- Degupan jantung laju
- Kembung perut
- Tidak membuang air kecil
- Lemah anggota kaki
- Otot tersentak
- Pergerakan mata yang luar biasa
Di petik dari risalah Kementerian Kesihatan Malaysia 2006 - dr encheck google..
Kalau mengikut pembacaan aku, hfmd ni adalah common disease utk kanak2..dan xde vaksin pun utk pulihkannye..cuma pantau demam, dan kasi rehat yg cukup..tapi apa2 pun..sama2 kita ambik langkah pencegahan awal..demi utk kesihatan anak2 kita..
2 pengomen:
ok..thanks armouris..sharing is caring rite? :)
ainie...anak dara saya penah kena HFMD ni..memang la susah ckit..sbb dia tak nak makan langsung..x nak susu langsung...susah hati saya dibuat nye...mula2 dia demam tinggi...then kluar la blister2 kat kaki, tangan and lutut dia!hehe saya ingat nak kena chicken pox..bila jumpa paed, dia ckp HFMD..and bila start ulser, lagi susah...nak letak 'oral aid' sbb nak bagi dia susu pun susah!haishhh..and yg susah jugak sbb nak asingkan adik dgn abang..ayoo..itu je la geng kat rumah kan, bila tak bagi dekat2, mula la na menangis2!..hehe mana adini dpt penyakit tu, sy tak sure sbb dia x skool and tak gi nursery pun.. :) hrp2 tak kena lagi la....
Post a Comment