Monday, March 12, 2012

:: Notis Gangguan Bekalan Air - Sungai Selangor Fasa 1 ::

Salam semua..
Saje nak share ngan kengkawan..SYABAS ada kuarkan notis gangguan bekalan air selama 36 jam, bermula jam 8 pagi hari Rabu 14 Mac 2012, hingga 8 malam Khamis, 15 Mac 2012 utk  kerja-kerja penyenggaraan serta menukar aset-aset utama yang mengalami masalah teknikal melibatkan 5 wilayah iaitu :

Bilangan Wilayah terlibat : 5 Wilayah

1. Wilayah Hulu Selangor
2. Wilayah Petaling
3. Wilayah Kuala Lumpur
4. Wilayah Klang/Shah Alam
5. Wilayah Kuala Langat

Haaa..kalau tersenarai sekali wilayah  Klang/Shah Alam tu, maka dah sah2 laa area rumah kami pun terlibat sama..

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

  1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
  2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
  3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
  4. Seluruh Kawasan Puncak Perdana
  5. Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
  6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar
  7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
  8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
  9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
  10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
  11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
  12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
  13. Seluruh Kawasan Jalan Yadi
  14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
  15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
  16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
  17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
  18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
  19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
  20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
  21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
  22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
  23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
  24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
  25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
  26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
  27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
  28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
  29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
  30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
  31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
  32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
  33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
  34. Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
  35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
  36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
  37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
  38. Seluruh Kawasan Pandamaran
  39. Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
  40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
  41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran
Untuk check area rumah korang kot2 terlibat sama, pegi kat page fb Puspel ni ye.

https://www.facebook.com/notes/puspel-syabas/notis-gangguan-bekalan-air-disebabkan-hentitugas-sementara-loji-rawatan-air-sung/382473158432566

bila dah ada notis cmni, so kene bersedia dr awal lah..kat umah kami ni cuma ada satu je tong besar, then ada a few baldi dan besen besar aje..adehh..ari sabtu lepas pegi Klang, ada jumpe satu tong besar utk isi air, tapi last2 kami xbeli..kata en.hubby, len kali lah kita beli..sbb kebetulan masa tu xmuat kete since mama ngan abah pun ikut skali g klang cari barang2 utk kelas hari ahad tu..


so makanye, harini nak kene cari tong besar ler nampaknya..kene ready air awal2 utk bekalan masak2, membasuh dan mandi segala..haih, susah jugak xde air ni kan..lagi2 sape2 yg ada anak kecik lagi laa kesian..actually ni 1st time laa area kami terlibat sama..nak taknak, malam ni nak kene kuar cari tong besar!

Thursday, March 01, 2012

:: Bersiaran dan Kampung Ketam, Temerloh ::

Salam semua..
dah masuk 5 hari dah aku kat kampung menjaga mama yang baru pas operate buang hempedu aritu..alhamdulillah..kesihatan mama beransur pulih..seronok tgk die main2 ngan qaisara..tapi xboleh lasak2 laa kan..perut masih berjahit tu! jumaat ni baru nak g bukak jahit..isk, ngeri! si sara pulak, suka sangat laa bila die boleh tinggal dengan tok mama & tok abah nye..xyah gi umah pengasuh nya sepanjang minggu ni..punye laa sayang sampai kan nak makan ubat selsema pun mintak tok mama nye yg suapkan syringe ke mulut die..mengada kan? :p tetiap petang, tok abahnye mesti bawak die p jalan2 naik motor p pusing kampung..tak pun, kalau hari hujan, layan die main bola..haihh..mmg seronok lahai makcik sorang tu..sampaikan ayah nye kat shah alam pun dilupakan! bila ditanya, "sara, mana ayah?" nnt mesti die jawab "ayah kan work..esok ayah balik laaa.." :)

aku pulak, since boleh working from anywhere ni, mmg xde masalah laa nak bekerja dari kampung ni..sbb kat umah mama abah ni ada streamyx..so mmg xde hal kalau nak online 24jam sekali pun..tapiiii...aku mmg tak berkesempatan laa nak dok ngadap laptop lama2 or ngadap keje opis..sebabnya? haruslah berbalik pada tujuan asal aku stay kat kampung ni sbb nak menjaga mama kan..makanya, segala makan pakai mama, haruslaa aku sediakan..mama bukannya boleh makan sebarangan..mesti jaga laa kan..terutama nya makanan yg gatal2..then, kene control makanan yg berminyak/berlemak tu..

setiap hari kene kemas umah, sapu umah make sure umah bersih dan kemas..sbb mama ni mmg jenis pembersih orangnya..lagipun sejak die kuar spital ni kan, kawan2 die tak putus2 datang melawat..alhamdulillah..murah rezeki kan..aku laa yg terkejar2 nak membuat air..huhuu..then,tghari nak kene masak..biasanya lauk mama, yg mcm lauk org berpantang tu aku sediakan utk lauk aku, sara ngan abah sekali..sbbnye malas nak masak 2-3 kali..so apa yg aku masak utk mama, itu laa jugak lauk utk kami semua..hehhehe..selang sehari nak kene basuh baju, then, dalam masa yg sama nak kene mandikan budak sara ni, layan die main..suapkan die makan..keje opis pun kene siapkan..then, kalau mama nak mandi, nak kene standby plastik nak tutup bekas jahitan die tu..pastu nak kene buat dressing kat tempat jahit tu..yg ni memula nya mcm tak sanggup..sbb aku ni penakut orangnya..lagi2 nak tgk kesan berjahit, iskk..tapi bila pikirkan mak sendiri kan..kalau bukan aku, siapa lagi yg nak buat? nak harapkan abah? laaagi la die penakut bab2 cmni..hahaha..sama je anak ngan bapak..so cekalkan hati, lama2 ok je..dah terbiasa dah pun..so setiap hari buat dressing sendiri je..alhamdulillah, luka pun dah makin kering..tinggal lagi nak bukak jahit jumaat ni..iskk..ngeri pulak tetibe..huhuhu

alhamdulillah, walaupun penat..tapi aku puas hati..dapat jaga mama saat2 dia sakit..selalu aku terkenangkan saat2 die menjaga aku ngan along time kami berpantang, time kami demam waktu kecik2 dulu..so time2 mcm ni laa nak ambik kesempatan nak jaga die betul2 saat die xsihat ni kan..die selalu kesiankan aku yg terkejar2 tgh masak, tetibe ada team mate aku ping, nak kene buat testing..tetibe kang sara nak 'yak' pulak..haihh..dah jadi robot dah ibu nye ni.hehhee..tapi xpe, demi mama tersayang!

hope mama cepat sembuh seperti sedia kala..boleh layan sara main ball..and the most important, boleh masak best2 utk kami! huhuhu...


Wednesday, February 22, 2012

:: Warehouse Sale Sana Sini.. ::

Banyak nye lahai warehouse sale ujung minggu ni..mcm excited nak pegi Motherhood Expo 2012 kat KLCC..walaupun baru je minggu lepas layan qaisara main kat taman klcc..tapii...weekend ni tak available laa pulak..jumaat ni kene masuk opis, sbb ada sesi photoshoot..xde rezeki laa nampaknya nak shopping barang2 baby kat sini..bagi sesiapa yang berhajat nak pegi cari barang2 baby & anda free ujung minggu ni, silalah terjah KLCC ye..



Pastu, esok pulak (start 23/2/2012) ada My Dear Baby & Children Warehouse Sale kat Puchong..adeh, yg ni offer barang2 seperti playpen, stroller, babycot, car seat, walker.dll.. banyak lah barang2 die..tapi xpelah, seb baik jugak barang2 mcm playpen/babycot, car seat n stroller dah ada dah..walker tu tunggu die besar laa baru beli kan..tapi tu laa..nak jugak cuci mata..hehehe..actually aku nak tunggu Anakku Warehouse Sale ni..selalu buat kat klang..penah pegi sekali aritu..mmg berbaloi2 lahai kalau nak menyopping baju2 baby..baju lengan panjang sepasang baru rm5! haish, tak sabau laa nak tunggu Anakku punye sale..huhuhu..

so sesapa yang free boleh terjah My Dear warehouse sale ni haa..

Time
9am – 7pm

Location (603 8060 0093/603 8060 0095)
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong


dan yang last sekali minggu ni ada Fella Design Warehouse Sale..alah, kat Bukit Subang ni je..yg ni acually tak termasuk dlm list, tapi bila pikir2 balik, actually utk raya this year kami plan nak tukar sarung kusyen sofa dan jugak langsir utk satu rumah! haruslah bermula dr sekarang kan? sbb nnt bila dah bulan 6, dah cuti bersalin pulak..tapi masalahnya, budget harus di priority kan kepada sikecik ni nnt..hahaha..makanya, kita postponed laa plan kita ke raya haji nnt ye bangg..hahaha..tapi kalau nak cuci2 mata..apa salahnya kan..bagi sesapa yang baru masuk umah baru..lagi laa best utk shopping2 neh..jom terjah ke Fella Design Warehouse Sale ni..bermula 24 Feb 2012! :)


Products Offered
Furniture
Sofas
Chairs
Curtains
Lightings
Diningware

Time
9am – 8pm

Location (603 7842 4025)
Lot 2791
Persiaran Elektron
Bukit Subang
Seksyen U16
40160 Shah Alam

Monday, February 20, 2012

:: Berdebar menunggu hari esok... ::

Ada apa dengan hari esok?

Mama admitted kat hospital Temerloh harini..utk checkup, scan, and other few procedures yang akan mama jalani utk operasi esok..utk pengetahuan, mama akan menjalani operation di hospital temerloh esok, untuk membuang hempedu..

sebelum ni, actually mama ada kene admit kat hospital yg sama lebih seminggu (time tu sy tgh mabuk teruk)..dalam bulan 11 rasanya..disebabkan sakit perut yang teruk..bila doc scan, rupa2 nya ada batu dalam hempedu mama..makanya, atas nasihat doktor, hempedu tersebut harus dibuang, untuk elakkan sakit dalam perut berulang lagi..masa tu kami adik beradik berganti ganti menjaga mama yang sakit, sy pun walaupun tgh mabuk teruk, tetap gagahkan diri utk jaga mama kat hospital time tu..alhamdulillah, seminggu lepas mama discharge, mama dah fully recovered, tapi mengikut kata doc, hempedu tu tetap kene buang..

so operation akan dimulakan esok pagi..sy bernasib baik, untuk kali yang kedua nya, kebetulan mama sakit & admit ketika adik sy Una yang study kt politeknik kuantan tu, sedang bercuti..alhamdulillah, lega rasanya bilamana ada somebody yang tolong tgk2 kan mama disaat mama sakit mcm tu..sy mmg tak dapat nak balik minggu ni atas sebab2 tertentu, then mama pun tak kasi balik..kata die, setelkan sume keje2 dulu, baru tgk mama..haih, serba salah dibuatnya..tapi apa pun, sabtu ni lepas kelas sy akan terus balik kampung, dan akan stay kat sana seminggu..means sy akan working from my hometown! sy akan ambik alih tugas menjaga mama..memasak, dan buat keje2 rumah..yeahaa..sian en.hubby..terpaksa berjauhan dengan kami..hik hik hik..ni pun atas restu en.hubby jugak..thanks abg for your understanding..luv u muah2.. :)

mohon jasa baik kawan2 utk doakan mama sy selamat menjalani pembedahan esok, dan semoga luka nya cepat sembuh..amin.. :)

ni gambar masa mama kene admit sebab sakit dalam perut beberapa bulan lepas..kesian, xboleh nak bercakap sbb sakit, dan terpaksa gunakan bantuan oksigen utk pernafasan.. :(

asyik kene ambik darah je lahai..

beberapa hari dah kat hospital..mama dah boleh buat peace! hope lepas ni pun mcmni ye..cepat sembuh..amin..


Friday, February 17, 2012

:: Zikir & Doa Penenang Hati.. ::

Salam Jumaat semua..
Nak share ngan kengkawan, zikir & jugak doa buat penenang hati yang sedang gundah gulana..boleh juga dijadikan zikir buat dendangan utk tidurkan anak2 kecil..juga sebagai amalan harian..

suka dengan suara Munif Hijjaz ni.. :)

Doa ini pula boleh diamalkan utk menenangkan hati..yelah, kadangkala pasti kita diuji oleh Allah S.W.T..betul2 menguji kesabaran dan keimanan kita..maka amalkanlah doa ini, insyaAllah hati akan jadi tenang..contoh doa yang boleh diamalkan..

Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Ameen YA ALLAH

sumber : islamictazkirah

harini dan semalam, hati ini betul2 xtenteram..sentiasa rasa bersedih, bermuram..dan apa yang berlaku disekeliling menyebabkan cepat betul terasa hati dan berjauh hati..terasa diri dah tak disayangi..tak dipedulikan lagi..yaAllah..jauh kan lah perasaan2 begini..mungkin juga disebabkan emosi terganggu time pregnant ni..hmm.ntah lah..sangat perlukan mereka yg betul2 memahami saat2 ini...

semoga Allah tenang kan hati hambaMu ini..dan jauhkan lah dari perkara2 yang tak diingini..amin..

Thursday, February 16, 2012

:: Amfibus @ Langkawi Duck Tour ::

Cepatnye lahai masa berlalu..tup2 dah hari khamis dah kan..hmm..cerita percutian kami masih belum berakhir..adehh..panjang lagi citenye ni actually..hehehe..cuba cari masa utk ceritakan semua..insyaAllah..

ok, ni adalah Amfibus @ Amphibus atau lebih dikenali sebagai Langkawi Duck Tour..mcm yg aku ceritakan dalam entry edisi langkawi yang lepas, Langkawi Duck Tour ni boleh dikategori kan sebagai open air bus, yang berfungsi sebagai kenderaan 2 alam..boleh bergerak di daratan dan jugak di atas air..kat Malaysia ni cuma ada dua, iaitu di Melaka dan Langkawi..tiket utk dewasa adalah rm38 untuk satu pusingan..layan video ni eh..sesapa yang akan ke langkawi, boleh laa bawak anak2 try naik mende alah ni..sure diorg sukee.. :)