Friday, March 01, 2013

SPACE U8: Book Fair by MyBookStor​e

Salam Jumaat semua..

Ok, buat semua pencinta buku, ada satu Pesta Buku yang akan bermula pada hari ini,  1 hingga 10 Mac 2013 bertempat di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam..start jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam..

pesta buku space u8

so sesapa yang berminat nak cari buku2, esp student yang masih x gunakan baucar buku 1Malaysia tu kan, xtau nak beli apa..haaa..meh perabihkan kat sini, sebab diorg kat sini terima baucar anda ya..yg bestnya, discount up to 50%..haa, banyak ye tu adik2, akak2, abg2 sekelian yaa…

aku pun nak g jugak nnt ni, tapi mungkin pegi sorang je laa..nak tambah koleksi buku2 sara, dan juga nak tgk buku2 masakan/decoration yg menarik utk biz aku nnt..kelmarin pegi sana, diorg tgh setup tempat, nampak mcm besar jugak laa tempatnya nnt..jumpa disana ya! Smile

Tuesday, February 26, 2013

:: Ulat Buku ::

Dulu masa zaman skolah, sampai laa sebelum kawen, ramai jugak yg gelarkan aku ulat buku, sebab mmg xpenah berenggang dengan novel..novel tau, bukan buku2 skolah or buku2 rujukan kuliah ke apa..koleksi novel pun banyak..banyak sangat, tapi skang ni ntah mana2 ntah novel tu sume..agaknya, bak kata orang mana tumpahnya kuah kalau x ke nasik, hobi aku ni turun pulak ke Qaisara..

C360_2013-01-09-21-28-36

tapi…die bukanlah baca novel, membaca pun masih merangkak..tapi die suka sangat apa jua jenis buku, especially buku2 latihan dia yang aku belikan..ada satu partition kat tingkat atas, mmg khas utk buku dia je..bukan buku latihan je, buku mickey mouse club house, buku An Nur, buku cerita, mcm2 buku lah..kalau dulu die mcm tak heran sangat, tapi semenjak dia dah pandai bunyikan suku kata, tau setiap huruf permulaan bagi setiap perkataan, die jadi addicted sangat dengan buku..bukan sikit2 tau..mmg sangat2 addicted! contoh balik dari school, the 1st thing yang dia akan capai ialah buku dia..whatsoever jenis buku yang dia nampak , dia akan ambil, pensil or colour pencil dan dia akan start menulis or mewarna..C360_2013-01-09-19-57-52

skrg ni, qaisara dah pandai membunyikan suku kata , then dah pandai bunyikan huruf..so ada sesetengah tu dia boleh bunyikan sendiri perkataan tanpa pertolongan ibu or ayah..mmg sangat kagum dengan kakak, sebab kalau ikutkan dia masih belum betul2 masuk 4 tahun pun, dah pandai mengeja..alhamdulillah..kalau kat school, teacher die skip ajar ABC 123, skang ni teacher dah start ajar die membaca pun..so maybe dari situ, tambah pulak kat rumah aku pun kadang2 rajin jugak melayan die mengeja, so die jadi excited to learn new thing..

C360_2013-01-08-18-43-49

satu yang buat aku risau satu ketika dulu ialah, takut die confuse antara perkataan in english and in malay..contoh nya, dia tau yang A for Apple, so aritu masa die buat latihan dalam buku BM, die mcm confuse bila aku kata E untuk Epal..memula mmg gaduh jugak laa..tapi bila dah lama2, dah banyak kali explain kat dia, baru dia faham..siap tanya lagi, “ibu, yang ni dalam english ke, malay?” huhuhu..tapikan, yelah, as a working at home mother, supposedly aku ada banyak masa untuk ajar qaisara..tapi tak semestinya..kadang2 time keje banyak, aku xkan cukup masa utk tgk setiap apa yang die buat..sampaikan kadang2 annoying pun ada, sbb setiap masa dia akan tanya aku apa yg perlu dibuat, kalau dia tak paham arahan dalam buku tu..tapi tu lah, nak buat cemana kan, try jugak spend time utk ajar dia..kalau terlalu bz, aku akan ckp baik2, then die akan paham..tapi nanti siapla..bila nampak aku free sikit, mula laa usung buku datang dekat ngan aku, nak mintak diajarkan..huhu..

alhamdulillah..aku monitor setiap perkembangan qaisara, sbb lepas kejadian masa die kecik aritu, aku takut sangat perkembangan die terbantut ke apa..skang ni, syukur..die membesar menjadi seorang yang sangat bijak, seiring dengan usia dia..syukur Alhamdulillah..

Monday, February 25, 2013

:: 10 Makanan Baik untuk Otak Bayi ::

Salam semua…

selalu hari2 mcm pening nak masak apa untuk my little caliph..si khaleef tu laa..kalau qaisara xkisah, apa yg ibu nye masak, die ngap je kecuali yang pedas2 laa..tapi kadang tu main masak je, xde pun nak pikir makanan apa yang terbaik utk baby..yelah, budak tgh membesar kan, so perlukan makanan yg baik untuk pertumbuhan yang sihat..kat sini ada 10 makanan yg baik utk otak baby..dalam banyak2 tu, cuma sayur sayuran n susu je yang khaleef penah makan..yg lain xpenah.hahaha..teruk betul ibu neh..actually, baru minggu depan nak start bagi die makan telur tgk allergic ke tak..ikan salmon tu boleh try laa cari pasni..then time suap die roti hancur tu, nak campur sikit laa dengan mentega kacang..boleh gitu? hehehe..meh kita tgk satu2..


1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
salmon


2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.
telur

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
beri

7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
sayur warna warni

9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

so dah ada idea nak masak apa utk simanja? selamat mencubaa.. Smile

Friday, February 22, 2013

:: Aman Ville, Space U8 ::

Ni aktiviti ntah bulan berapa aritu, aku pun dah lupa..huhu..kan aritu penah cerita ttg Space U8 kat Bukit Jelutong Shah Alam? masa tu xbanyak pun shoplot yang dibuka, tapi masa kami pegi bebaru ni, ada banyak jugak laa kedai yang dah dibuka..kebetulan masa kami pergi tu, ada jualan kain2 dan barang2 dari nilai..haih, sempat jugak laa memanjangkan langkah tgk2 kain2 dan cadar kat situ kan..hehehe..

tujuan utama nak kesitu adalah nak membawak anak2 main kat Aman Ville..indoor playland yang sangat best! actually aritu masa 1st time dtg sini, xde lagi tempat ni..pastu 2nd time dtg sini time tu dah agak lewat malam, nak cari something utk supper actually, tapi time tu dah banyak kedai dah tutup..jalan2 sekali nampak play area la pulak kat situ..qaisara sangat teruja, ok! memula die mmg sibuk2 nak masuk, tapi nasib baik laa die adalah seorang anak yg sangat mendengar kata..lepas dipujuk, kata nak bawak die hujung minggu tu, so die stop meminta..

C360_2012-11-18-12-21-13

C360_2012-11-18-12-54-03

so hujung minggu tu, kami 4 beranak ke Space U8 semata2 nak pegi Aman Ville, sambil ibu cuci2 mata tgk jualan kat tgh2 mall tu..hehehe..admission fee utk masuk Aman Ville adalah seperti berikut :

Weekdays : RM18
Weekends & Public/School Holidays : RM25

Children below 3 years old (below 2 years 11months)
weekdays : RM9
Weekends Public/School Holidays : RM15

Drop & shop
RM30/hour (Weekdays)
Rm35/hour (Weekends)

Tapi rezeki Sara..xtau lah nape, orang kat kaunter tu cakap, sara punya fee RM15, sedangkan time tu sah2 dia dah 3 tahun ke atas..rezeki sara lagi..aritu masa main kat Kidz Sport & Gym kat Empire Subang pun dapat murah..suppose yuran die rm38, tapi utk sara diorg caj rm20 sahajo..ibu & ayah yang untung..hahaha.. yang best kat sini..

1) mainan die best! pada aku laa..kalau mcm kat Kidz Sport & Gym Empire Subang tu, mainan die terhad, kecik je ruangan dia tu..balik2 tu je laa mainan die kan, tapi kat sini..luas..kolam bola warna warni tu best, ada tempat utk main tembak2 guna bola2 yg banyak tu, panjat2, slide, crawling sume tu mmg ada, then, ada juga tempat fun games & educational activity..mmg puas lah budak ni lari2 kat dalam tu..

C360_2012-11-18-12-22-01

C360_2012-11-18-12-32-12

C360_2012-11-18-12-33-26

2) ada abang guard… disebabkan banyak aktiviti memanjat2, dan untuk keselamatan budak2, diorg sediakan jugak ‘guard’ utk handle budak2 ni..masa sara memula nak memanjat, nampak die agak takut – takut sbb dengar bunyi angin yg kuat (senapang hidraulik utk main tembak2 bola)..masa tu ayah keluar kejap, takkan ibu nak ikut sambil dukung khaleef kan, tgk2 ada volunteer yg nak handle sara..die yang jaga sara kat dlm tu..ikut mana sara pegi, layan die main slide..dah la abang hensem tu..peramah pulak tu..hehehe..bagus2..so parents xde laa risau kalau tinggalkan anak utk Shop & Drop kan?

3) separate infant and toddler play area .. actually kan, datang sini bukan sara je yg untung..khaleef pun sama, sbb kan aritu masa masuk tu, khaleef langsung xdikenekan apa2 bayaran pun, patutnya rm15 laa jugak kan? tapi diorg xde mintak pun? suruh masuk je..so kami bawak je laa khaleef, pegi kat infant area, then letak je die kat situ..apa lagi, seronok laa die tgk banyak mainan..so kami biarkan je die main kat situ..mmg xterganggu dek kebisingan dan keganasan budak2 toddler main..play area die pun bersih, kemas jek..sbb suke sangat tgk

C360_2012-11-18-12-57-00

C360_2012-11-18-12-56-44

C360_2012-11-18-13-02-02

4) food & drinks disediakan..  bukan lah free, kene bayar, tapi at least ada laa something utk kita minum2 dan makan2..tapi area toddler tu xboleh laa makan situ..just area infant tu je, ada tempat rehat2 kat situ..

5) parents boleh masuk free! yang ni pun best jugak..point paling penting kot, sbb kalau kat tempat lain, mesti salah sorang je kan..tapi yg ni, ibu & ayah boleh masuk, xperlu bayar apa2..haih, sedaplaa kami pun join main kejar2 dengan sara..sorang layan khaleef, sorang layan sara..sedang elok lah tu..

C360_2012-11-18-12-34-03

C360_2012-11-18-12-44-30

6) birthday parties!   tempat utk celebrate bday party pun disediakan..kebetulan masa dah siap2 main, dah ready nak keluar tu, team diorg tgh setup tempat utk bday celebration..meriah dengan belon2, makanan semua..teruja sangat tgk..boleh laa plan sambut birtday together2 utk budak2 berdua ni nanti..insyaAllah..

ok, tu je kot review yg aku boleh buat utk Aman Ville..aku boleh bagi 4 bintang out of 5..mmg boleh dtg lagi next time ni..skrg ni khaleef dah pandai memanjat..mmg elok sangat laa tu..hehehe..

so sesapa yang rasa nak bawa anak2 ke sini, mmg sangat recommended, mmg puas hati servis, layanan yg baik dari staff..dan juga selesa untuk semua peringkat umur kanak2 Smile

Telefon Aman Ville Space U8 : 03 50334830
Email : admin@amanville.com
Facebook : amanville@spaceu8
Twitter : @AmanVilleU8

Wednesday, February 20, 2013

:: Play doh buatan sendiri ::

Sara suke main playdoh..playdoh yang beli kat Toy r Us tu kan mcm agak pricy and kita tak tau apa kandungan bahan dalam tu..sesuai ke untuk budak2? pastu melekit2 and bila kene angin, kering dan bersepah2..haih, tensi ibu jadiknye!

Aritu masa tgh lepak2, ntah cemana boleh tertengok rancangan Martha Stewart Show..kebetulan pulak mmg tunjuk cara nak buat homemade play dough ataupun tanah liat..senang ajek rupenye..ni bahan2 die

- 2 cawan tepung gandum

- 2 cawan air

- 1/2 cawan garam

- 1 sudu besar minyak

- 2 1/2 sudu teh cream tar-tar

- pewarna makanan

cara2 die pulak, masukkan semua bahan tu dalam periuk, letak atas api yg perlahan, kacau sehingga doh terbentuk. tutup api, sejukkan barulah digaul dengan pewarna sehingga mendapat warna yang diingini..

tapi aku aritu, buat cara yang paling senang, xde cream tar tar, aku just guna tepung gandum, air panas, garam, minyak..campur je semua bahan dan kacau sampai jadik doh..tapi yg aku perasan, die akan jadi keras sikit laa..xmacam kalau kita campur cream tar tar tu..tapi ok lah, untuk sekali main kan..lepas main, dah bercampur2 warna tu dikerjakan dek sara (sebab buat kek siap ada cherry, lilin bagai kan) so boleh lah masuk tong sampah je lepas tu..mmg rajin sangat ibu nye nak membuat lagi lepas tu..hehehe..

buat sendiri playdoh ni actually jimat, then sangat ekonomi laa..sbb nya kalau nak main tahap qaisara tu bukannya 1-2 warna je yang die nak pakai..banyak tau! so baik laa kita gaul sendiri mende alah ni, haa..buat laa seberapa banyak pun, masukkan dalam bekas bertutup…insyaAllah boleh tahan laa 3-4 hari..jangan terkena angin sudah..then yang paling penting, bahan yg kita gunakan adalah selamat, andainya ada antara anak2 yang termakan playdoh buatan sendiri ni..tgk ajelah bahan2 nye..sangat simple dan pastinya bersih dan xde bahan pelik2 kan? yang dijual tu kompem laa ada bahan toksik, yelah, nak kasik tahan lama, mesti ada bahan pelik2 dalam tu..

2012-05-07 18.31.00

gambar ni masa die main playdoh dapat free beli susu sustagen tu kan..homemade playdoh xde pulak gambar..haih..

syok main playdoh ni, siap ibu pun duduk bersila melayan..hahaha..seronok sbb boleh buat aktiviti ni sama2 dengan anak, latih anak berfikir dan berkreatif..lantak je laa die nak buat objek apa pun, biarkan mereka berimaginasi..untuk buat objek2 tu, gunakan je apa yang ada didapur..mcm sara, die tau ibunya ada koleksi terap kuih tu kan, haa..habis dijadikan alat nak membuat kek lah, buat cookies lah..sukahati ko laa nak, asal bahagia..huhu..

boleh laa try nanti ye..zaman kita kanak2 dulu xde nye nak membuat sendiri mende2 ni..dulu tu beli tanah liat seketul yang dalam kotak tu..mampu beli satu kotak je, itu pun satu warna jelah..tapi baunya ya ampun..busuk! sebab tu kot aku xberminat nak main playdoh masa kecik2 dulu..huhu..

Tuesday, February 19, 2013

:: Our new baby..my WISH come true! ::

Alhamdulillah..syukur, niat nak tukar ke mpv yang betul2 multi purpose vehicle ni tercapai akhirnya..kenapa aku kata betul2 mpv? sbbnya, mmg kami berniat utk cari kereta yang selesa untuk kegunaan keluarga, dan juga untuk berniaga..yelah, mana tak nya, sekali beli stok barang coklat mau penuh satu kereta..huhu..

masa mula2 pilih tu, banyak juga list, beserta spec kereta dan juga budget..yelah, bukan boleh main pilih je kan..nak kene tengok juga mana2 yang sesuai dengan ketebalan poket dan juga purpose kereta itu dibeli..last2 kami pilih Toyota Wish, setelah menimbang tara antara Toyota Wish dan juga Honda Stream..dari segi design, mmg aku berminat dengan honda stream, tapi bila tgk tang saiz nye, stream kecik sikit,interior nye pun cantik stream..tapi bila google2, tanya sana sini, ramai yg suggest baik amik wish..so..inilah wish kami Smile

wish

hehehe..itu gambar google sahajor..mmg xde ambik gambar pun actually..xyah lah, nampak sipi2 pun jadik ler kot..hehehe..masih lagi bau kedai, dengan number plate WXP..insyaAllah, dah alang2 beli yang puas hati, kene lah guna sebaik dan semaksima mungkin..tapi apa2 pun, kalau setakat nak beli barang dapur or jalan2 dalam town, kami masih setia dengan kereta oren aku tu, sbb jimat minyak..kalau jalan jauh, yes, wish sangat jimat! bayangkan, kami ke ipoh, minyak cuma luak rm20 sahaja! huhu..setakat ni, paling jauh wish dah pergi ke Bertam Penang, kalau ke selatan dah ke JB dah..

syukur alhamdulillah.. Smile