Wednesday, January 18, 2012

:: Space U8 - First eco-mall in Malaysia ::

Korang dh sampai dah ke Space U8? Space U8 ni letaknya kat Bukit Jelutong, berhampiran ngan TUDM & TTDI Jaya..dari rumah kami lebih kurang 15 minit aje, xjauh pun..pembukaan nya taun lepas, tapi hujung taun lepas adalaa kami pegi usha2, tapi time tu banyak lagi shoplot yg masih belum dibuka/still dalam renovation..


Kenapa dinamakan Eco-mall? sbb yg paling utama adalah ciri2 bangunan ni sendiri..ia dibangunkan dengan konsep mesra alam atau 'green building' dimana ciri2 yg ada pada bumbung 'mesra alam' dan bangunan ni dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Bumbung Space U8 ni dilengkap dengan panel tenaga solar yang menyumbang penjanaan sumber tenaga yg dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Ciri2 pada tingkapnya yg hanya membenarkan cahaya masuk ke dalam bangunan dan bukannya haba, merupakan yg terpanjang yg pernah dipasang di Malaysia, sehinggakan tercatat didalam The Malaysian Book of Records.

Apa yg menariknya yg aku dpt tgk kat sini, adanya MBO Cineplex, yg merupakan 1st cineplex kat Shah Alam ni! hahaha..kesian org Shah Alam kan..kalau nak g tgk movie terpaksa keluar dr Shah Alam, samada Jusco Bukit Raja, Midvalley, One Utama or Sunway Pyramid..tapi skang xperlu lagi dah..boleh tgk kat Shah Alam aje..dah dibuka dah pun MBO Cineplex ni, tapi kami tak try lagi laa..belum berkesempatan..nnt dah try cinema die, i hapdet ok! :)





Masa kami pegi aritu, xbanyak lagi yg dibuka..cuma ada foodcourt, Fresh2U (pasaraya yg jual barang2 harian, termasuk makanan basah), farmasi, ada lagi lah a few, dah tak ingat..tp skang ni rasanya dah banyak dah..kalau ikut kan dalam list kat situ, akan ada tempat karaoke, Shalin's Bowl (shalin punya pusat bowling), butik Ariani, Al-Ikhsan, saloon, De Wajah Beuty & Spa, Bank Islam..dan dengar2 nya Metrojaya pun bakal dibuka kat dalam tu..so rasanya boleh laa sesekali nak shop barang dapur kat sini sambil2 jalan2 cuci mata kan.. :)



Ni gambar kami masa pegi aritu, sara dah penat berjalan ditempat yg luas mcm tu, so die mintak ayah die dukung je..huhuhu..time ni ada jualan kt tgh2 bangunan tu..kami saja je nak tgk cemana keadaan dalam tu..sangat luas dan selesa utk kanak2 berlari kat tgh2 tu..tempat parking pun sangat luas dan selesa..so pada semua penduduk shah alam ataupun luar shah alam, boleh laa datang sini utk jamu mata sambil memenuhkan masa cuti.. :)

2 pengomen:

nur_eimi January 18, 2012 at 12:07 PM  

nak try pegi la...bukit jelutung tu tak jauh pun dgn nur...

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. January 18, 2012 at 3:32 PM  

try laa nur..tp sy tak pasti pulak skang ni dah penuh ke belum kedai2 kat situ.. :)