Wednesday, September 22, 2010

:: Kisah sedih adik Wawa yang meninggal di pusat asuhan ::

Ya Allah...kuatkan lah hati hambamu ini....
tadi sempat blogwalking jap..then, terbaca satu entry kat blog MekChu Situ Sana Sini. tersentap kejap..
mana taknye, bayi usia 3 bulan meninggal kat pusat asuhan tanpa diketahui sebab musabab..katanye, sampai sekarang masih tidak diketahui punca, lepas pihak hospital jalankan post mortem, diketahui bahawa perut adik wawa kosong..padahal pengasuh taska kata, adik wawa meninggal dalam buaian semasa tidur, selepas mereka bagi minum susu, selepas sendawakan baby tu lagi..

yang lagi kesian, baby tu baru berusia 3 bulan..anak pertama kepada pasangan cikgu..i believe u all sume dah baca kat paper kan? so aku taknak ulas panjang kisah ni kat sini..menyedihkan!

nape aku yg sentap? yelah, sara kan aku tinggalkan kat taska..ape2 hal berkisar pasal kejadian tak diingini kat taska, mmg aku amik tau..sedangkan masa musim HFMD aritu pun aku cuak, inikan pulak sampai kes kecuaian yg boleh melibatkan kematian! nauzubillah...

lepas baca kisah tu,sampai skang aku terbayang2 si sara kat taska tu..setiap masa,ok! pada awal dulu mmg aku tak nak antar sara ke taska..sbbnye inilah, terdedah kepada bahaya kecuaian manusia, selain drpd terdedah kepada mcm2 penyakit disebabkan jangkitan or kebersihan..mcm2 boleh jadi..tapi disebabkan keadaan darurat aku time tu..aku pejamkan mata, tabahkan hati..kuatkan semangat..alhamdulillah..bertahan hingga harini..tapi bila dengar kes2 mcm ni buat semangat aku lentur..hati aku jadi tak kuat..takut sangat if anything happen to her.. dulu..sape2 yg selalu ikuti blog aku ni, mesti tau nape aku terlalu mementingkan penjagaan si sara ni..yes, die penah jatuh,penah berlaku pendarahan dlm otak yg menyebabkan fit. berlaku di rumah pengasuh..ketika tu usia die 4 bulan! skang ni aku cuba utk elakkan mende2 mcm ni..tapi tak boleh! aku kene kerja..kene bantu en.hubby cari nafkah..aku tak boleh buat apa, melainkan terpaksa hantar die ke taska..

tapi...aku tak nafikan..bila kita hantar anak ke taska, ade jugak kebaikannye, dari segi pembelajaran dan jugak pergaulan..so skang ni apa yg penting...,kita kene fikir, semua yg terjadi tu sudah ditentukan, sudah qada' dan qadar tuhan.. be positif ain!

aku xdapat bayangkan kalau aku berada di tempat ibu arwah adik wawa..kalau xsalah, ida namanye..baru 3 bulan merasa nikmat jadi seorang ibu..setelah 9 bulan menggendong perut ke sana sini..tetibe anak hilang mcm tu aje..yes, kita kene terima hakikat yg Tuhan dah tetapkan..anak itu pinjaman..tapi kenapa seawal itu..

ya Allah..tabahkanlah hati hamba mu ini..!
buat keluarga arwah adik wawa..takziah diucapkan..harap bersabar, dan ingatlah..anak anda akan menjadi bidadari syurga yg akan menanti di sana...insyaAllah..

sila ke page MekChu Situ Sana Sini utk cerita details yg menyayat hati! MekChu adalah sepupu kepada ayah arwah adik wawa..

alFatihah..

4 pengomen:

haszuraidah ishak September 22, 2010 at 6:00 PM  

Semoga keluarga arwah tabah menghadapinye..InsyaAllah, arwah adik Wawa akan menjadi bidadari syurga di sana..

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. September 23, 2010 at 10:07 AM  

betul tu has..amin..insyaAllah..

lydzar September 23, 2010 at 10:07 AM  

kita sbg kaum ibu yg bekerja mmg kena kuat semangat, berdoa, reda dan tawakal je sepanjang berada kt opis. anak dalam jagaan orang lain. me it nenek sendiri, pengasuh atau pon taska..

aku rasa kalau bebetul risau nk letak anak yg kecik2 sgt lagi ni esp baru lepas pantang, better mommies amek je unpaid leave at least sebulan b4 hantar dia ke jagaan org lain.

baby aku ni pon, aku tgh dilema..huhuhu

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. September 23, 2010 at 10:12 AM  

betul tu lydzar..semangat mesti kuat..tapi aku xdapat bygkan kalau tgh keje, tetibe dpt berita yg tak diingini..nauzubillah!!

haaa..nnt ko nak amik cuti panjang ke lepas bersalin? aku rasa elok jugak kan..at least biar die dah keras sket, baru anta kat org..hmm..ko jgn risau laa..kat area umah ko tu ramai sangat ibu2 xbekerja yg boleh jaga anak tu nnt..