Wednesday, August 25, 2010

:: Vitagen - Sesuai ke untuk kanak- kanak? ::

Wahh..harini aku punye entry sume nye soalan..hah,sila jawab! hehehe..

Sara demam. dari malam semalam..patutla masa aku amik die kat taska, nampak monyokk je..tapi masa tu badan tak panas sangat..then,makan pun xberapa nak..aku suap nasik die luahkan..bagi die buah die makan separuh, separuh lagi die campak! bagi die kurma, die makan separuh, bakinye die lenyek2 dengan jari die..isk isk isk..patutla pelik2 je peel sara semalam..pastu xnak dok tgk tv time ibu masak utk berbuka..makanye terpaksa la semalam beli 2 lauk, sempat masak 1 jenis lauk je..jugaa..projek buat biskut raya ibu jugak tergendala semalam..insyaAllah harini aku nak start kot...

pagi tadi aku masuk opis lambat..g anta sara ke klinik dulu..tak panas sangat badannye..37.5..tapi doctor kata,ade potensi utk jadi lagi teruk kalau lambat amik ubat..aku ni gelabah sket kalau die demam..takutla weh..tapi arini kene g opis jugak sbb ade meeting ngan onshore..(tapi meeting tu telah dibatalkan..cis!) mungkin tghari aku nak balik..nak work from home, harini 1/2 day dan esok..pastu xyah anta sara ke taska..ramai sangat laaa yg demam kat situ la weh..adehhh..naseb badan..

laa..lari topik eh..
hm...anak korang suke minum vitagen x?sara suke..sangat suke lah sebenarnye..mula aku was2 gak nak bagi..sbbnye pada hemah aku..(hemahh..amik ko!) vitagen tu hanyelah utk budak2 dewasa dan jugak org tua..tapi bila aku surf2..rupenye baik je utk kanak2 1 tahun..

tgklah..kan main lagi die..mcm org tua!

Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?

Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).
Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.

Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.

Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam

Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?
Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?
Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?
Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.


Haaa..membantu jugak info ni..dapat dari sini..skang dah tak takut dah..skang ni pantang kalau lalu kat area fridge kat pasaraya..mesti tangan die tunjuk kat vitagen..haishhh..sabo je lah anak ibu neh!

hope anak ibu cepat sembuh..dan ceria selalu!!


7 pengomen:

lydzar August 25, 2010 at 3:22 PM  

sama je ngn hadif, asal aku bawak g 99speedmart tu, tempat pertama dia tuju adalah peti ais besar kt tepi tu..tunjuk2 kt vitagen..

hhehe aku takpenah ada doubt pon selama ni sebelum mula nk bg dorang vitagen. mmg bagi je tanpa was-was

Masrina binti Alim August 25, 2010 at 3:32 PM  

adam pon suka gak ngan vitagen ni..
mmg sentiasa ada stok kt dlm freeze.
memng vitagen ni bagus..coz bila adam baung air besar,lawas elok jer..
NAjis dia pon x cair..
mmg lactobasilus mmg baik utk sistem phadaman..

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. August 25, 2010 at 3:57 PM  

lydzar : hehehe..tu lah,pandai btul budak2 skang ni kan?kemain lagi..aku xde la was2 ngan khasiat vitagen tu..tapi aku agak was2 ngan sukatan yg patut aku bagi..sbb pada aku mcm manis nau vitagen ni..so skang ni sebelum aku kasik die,kalau kat umah tu,aku cmpur sket ngan air masak..tapi kalau die dpt kat luar,abis sebotol tu die minum sorang..hmm..belasah la nak..

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. August 25, 2010 at 3:59 PM  

Masrina : yup..betul tu..budak2 kan kadang tu xsuke minum air masak lepas makan..isk,geram kadang tu..makanye..selalu lah vitagen jadi umpannye..mmg bagus utk poo poo diorg kan? :)

Diyana Zulkifli August 25, 2010 at 4:53 PM  

smnggu stok vitagen dlm peti ais mesti ada 5 baris.habuan mia,papa dan mama..haha.anak aku mia tu sembelit tahap teruk.air masak mmg susah sgt nk mnm lps mkn.vitagen le penyelamat.mia mnm shari 2 btl.tkdele penah cirit ke hape.elok ja najis dia walaupn mnm 2 btl shari

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. August 25, 2010 at 5:14 PM  

wow!5 baris? 5x5=25 botol seminggu?wah!tapi bagus la kan..lagi2 mmg mia ade problem ngan sembelit die..minum air masak pun susah..okla tu..

tapi...aku kompius..yg mama ngan papa die tu..ade masalah sembelit gak ka??ahahaaa..

mamaqari August 26, 2010 at 10:23 AM  

anak saya pn suka sgt minum vitagen ni..thanks for sharing this info