Semua org suke makan ayam..kalau lauk pauk tuh, perghh..beribu jenis masakan boleh dimasak dengan berasaskan ayam..paling2 koman pun ayam goreng..perap ngan garam+kunyit..campak je dlm kuali..dah jadi lauk..
tapi kan..korang check x everytime beli ayam kat pasar?adakah leher ayam tu disembelih?wahhh..formal gila soalan aku..yelah, kita kan org Islam..as we know..haiwan yg kita makan mestilah disembelih, dan urat merikh nye mesti putus..dan bukanlah haiwan yg dah mati..tu bangkai namanye..isk,xselera lak aku dengar perkataan bangkai neh..yulks!
tapi tu lah..hakikatnye kan..rata2 kat mesia ni, tokey ayam adalah org bukan islam, dan tukang sembelihnye kadang tu even die adalah islam, tapi buat cara mcm bukan islam..pulak tu, ayam tu utk di hantar ke seluruh mesia..aiseh! hmm..kat sini kan..aku nak share something yg aku dpt dr email..pasal ayam yg diproses tidak mengikut cara Islam (tak halal la kan..) dan pelanggan nye adalah salah satu kedai makan yg femes gak antara kite neh..jom check it outt!!
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.
Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.) Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kanan leher adalah sunat (hadis Nabi saw).
Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan
Yang menjadi tandatanya tanpa noktah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan. Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah
Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babi pulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).
Dilanggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;
Quote:
Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)
hmmm..sesapa selalu makan kat kopitiam2 tu, better pikir 2-3 kali pasni..takut la kan..ape yg kita makan akan jadi darah daging..jugak,masa beli ayam tu..kita check2 la jugak kat part leher tu..kalau nampak lain mcm je, better kita cari yg elok sembelihnya..yelah, kita bagi family makan, anak2 makan..mestilah kita akan bagi anak2 makan mende yg elok kan..takut nnt mempengaruhi perangai bila dewasa..pendapat aku..kalau nak cari ayam, tempat yg selamat adalah di pasar malam, yg penjual nye adalah org melayu..betul ke eh?aku pun mcm dah kompius nk cari ayam yg tak diragui status nye..
komen korang cemana??
4 pengomen:
ya btul.aku cukup riso bab2 beli ayam n daging ni.ayam bley check la jg.daging lembu tu?camna nak tau halal ke idak?huhu.
ayam aku slalo beli kat kedai runcit pakcik dkt taman.tak pun beli ayam organik kat HPA.insya allah,100% muslim prduk.cuma mahal sikitla.sekor rm18.tapi harga tk penting,yg penting terjamin kesucian.
ye lah donat..tak teringat lak aku pasal ayam HPA..aku penah beli dulu..even mahal sket,tapi kompem halal kan? aku cukup teliti bab2 beli ayam ni actually..sbb tu lah lauk utama si sara tu..kang bagi die makan mende2 xelok..isk,xnak la kan..
hi Ain, geli aku tgk ayam bogel yang takder kesan sembelih tu! yullks! Papa Rich, Station One or mana² cafe pun aku cam was² je nak g melantak kat sana,geliss siot klau mkn ayam camgini!
Sekarang ni kita duduk negara islam, tp rasanya byk sgt hal proses bhn mkn ni di monopoli oleh kaum lain. Tambah pulak ramai pendatang asing yg diambil bekerja ni ...ishh...rasa mcm ssh nak carik mkn yg pure HALAL kan?
klau camtu, ko je la masakkan utk aku Ain, sng gi mkn umah ko ...haha..sah² HALAL!
ayam bogel?hahaha..sabo je lah!tau xpe..diorg kasi lemas sama itu ayam..pastu,kuar dr bekas,dah kejung dah.ohh..tempat2 mkn2 mcm ko sebutkan tu mmg aku xpenah pegi..mmg dr awal lagi mcm tak sure halal ke idaknye..
betul lah..susah kan?kadang tu pun diorg claim islam,tapi tak ikut cara islam pun..contoh mcm mamak2 tu..
aku masakkan utk ko?chaiss..hmm.boleh laa jugak kan..satu kepala rm30 hengget, amrin half price..okeh? :)
Post a Comment