Tuesday, September 25, 2012

:: Say ‘No’ to Credit Card!! ::

Actually ini adalah salah satu misi dan visi utk taun 2012 ni, yg hampir tercapai, insyaAllah..skang ni, actually dari dulu lagi, aku pakai 2 cc, iaitu cimb & bank rakyat..insyaAllah hujung bulan ni cimb dah boleh tutup, tinggal lagi bank rakyat, by hujung taun ni atau paling awal bulan 11 nnt..

say no to credit cards

masa memula pakai cc adalah sebelum kawen aritu..masa tu gaji around 2.5k je, so mcm xcukup je bila nak shopping2..hahaha..masa tu mmg agak terpengaruh jugak dengan kawan2, then card tu ttp setia berkhidmat sampai laa lahirnya qaisara..masa tu shopping baju2 baby..barang2 baby..yg mana xbeli time kuar dengan en.hubby lah..kalau keluar dengan die, xde maknanya nak beli2 pakai cc..biasalaa nafsu pompuan bila membeli belah ni kan..

then, masa memula start biz dulu, awal 2010, masa tu aku ada jugak pakai cc bila xcukup duit utk dibuat modal..tapi seriously, gaji aku yg banyak keluar utk biz ni sebenarnya..seboleh2, aku xnak pakai dah cc tapi nak buat cemana kan? gaji masa tu ok dah laa..tapi nak dahulukan riban2 utk biz adalah mustahil at that time, so solutionnya?harus laa guna cc..so slow2 aku bayar cc tu guna duit untung meniaga, duit kelas dsb..mmg nekad nak kurangkan dah penggunaan cc tu..masa ni jugak aku dapat tukar kerja, so gaji pun dah naik..

alhamdulillah..taun 2011, aku dapat adjustment salary, which is dah boleh kira ditahap selesa laa..sbb en.hubby banyak support utk beli keperluan keluarga..so taun 2011 tu seingat aku just 2-3 kali je pakai cc..banyak membayar je at that time..tapi masa tu pun just bayar minimum payment je lah.. tahun 2012 pulak, mmg aku xpakai langsung cc ni, sbb dah mmg plan nak tutup terus this year kan..syukur alhamdulillah, aku dah boleh bayar double minimum payment tu, sbb sakit hati bila tgk statement je, tetiap bulan ada je interest charge which is sampai rm60-rm70 tetiap bulan..sakit hati tau..banyak tu! tu laa ruginya pakai cc ni actually..sedap2 jela bank sapu duit kita melalui interest tu kan..satu lagi sebab, company tempat aku keje ni baik ati sangat kasik adjustment salary utk kali ke 2..bukan increment tau..dapat pulak masa aku tgh cuti bersalin aritu..alhamdulillah..syukur..lap u my company ketat-ketat lah! so mmg terus say no to cc..xbawak pun cc tu pegi mana2..just bawak debit card maybank je..so apa yg ada dalam saving, tu je lah yg aku pakai..xde nak hutang2 ngan bank lagi dah! kalau xde duit dalam saving tu, kita dok diam, tutup mulut..huhu..xpun, kita ngendeng2 ngan en.hubby kan..mintak die je laa belikan..hahaha..

seronok, sbb bila dah clear semua hutang cc ni, makanya duit yg selama ni diperuntukkan utk bayar cc (almost rm800 tetiap bulan) boleh kita concentrate kat mende lain pulak..kalau mcm dulu, pening tetiap hujung bulan nak bayar all the cc..bukan xde duit nak bayar, cuma banyak sangat habis duit ke cc tu..salah sendiri jugak kan..so terima laa padahnya..hehehe..

alhamdulillah..sepanjang 2012 ni biz aku dah makin ok, then duit modal pusing duit company aku je lah..xkacau dah duit gaji..tak berbaloi aku rasa bila kita buat apa2 biz, pakai cc..lagi rugi aku rasa..sbb nya, tetiap bulan kene bayar interest die tu yg sangat banyak..so kalau ada untung sikit2, terpaksa pulak bayar cc..which is aku rasa x worth langsung..bila nak merasa untung kalau cmtu kan? penat je biz nnt..so skang ni duit biz adalah utk biz yang mana aku tak kacau langsung, then duit gaji adalah untuk anak2 dan diri sendiri..kadang2 je support husband bila dah hujung2 bulan tu..sbb gaji die masuk lambat..company from singapore, so selalu je float gajinya..apa2 pun, alhamdulillah..semoga Allah permudahkan semua urusan, terutama misi seterusnya iaitu nak clearkan hutang PTPTN pulak..haih, serabut otak bila pikir pasal loan ptptipu tu wehhh..

* dok merancang2 nak kemana agaknya hujung taun ni? tak sabau nak dapat bunuss nehhh..hehehe..

Monday, September 24, 2012

:: Info Kelas Terkini :: Kelas Coklat ::

Salam semua.. Smile

Info Kelas Terkini : Kelas Homemade Chocolate
Tarikh : 6 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 10pagi - 5ptg
Tempat : Taman Sandaran Permai, Puncak Perdana, Shah Alam
(bersebelahan UiTM Puncak Perdana)
Yuran : RM 200
...

zC360_2012-08-08-23-48-33

Sesiapa yang berminat utk sertai kelas coklat pada 6 Oktober 2012, sila inform saya secepat mungkin ya..tempat adalah terhad..
boleh email ke ain.rusli@gmail.com atau sms/call 0192992844 utk pertanyaan atau booking kelas..

nak detail lagi, boleh bukak blog coklat saya ya.. My Chocs For You..atau pun kat fb : My Chocs For You ada mcm2 product, coklat, bahan bakery, mould/acuan coklat, kotak coklat dll..

mcm2 ada kat sana..happy browsing! Smile
thanks! :)

:: My Girlfriends ::

Entry lama actually, lupe nak post, boleh? huhu.. sama mcm last year juga..port kat rumah reen kat sri pristana..yg membezakan, taun ni xseramai mcm perjumpaan taun lepas sbb ada beberapa yg tak available..dan jugak, taun ni ada beberapa pertambahan ahli baru..read:anak Smile

C360_2012-09-08-22-48-51

ahli baru : baby amani (anak yana), baby azriq (anak kak ina), baby khaleef (time ni khaleef tgk sedap bergolek dalam bilik) dan jugak aryssa (anak azza – pun sama tgh sedap berdengkur!hahaha) si azza bersalin awal taun aritu, yg kami bertiga, ingat tak entry kami makan2 bersama2 sebelum bersalin kat The Curve aritu? haa..ni dah keluar dah semua hero2 dan heroinnya..alhamdulillah.. Smile

C360_2012-09-08-22-04-16

mcm biasa jugak, taun ni pun buat style pot luck, xde laa susahkan tuan rumah (walaupun susahkan jugak sbb sepahkan rumah..hehehe) tapi sempoi je laa..reen goreng meehun, ada satay haji samuri, then ada ayam goreng, aku bawak dessert puding cocktail (menu sama mcm taun lepas, atas permintaan) buah-buahan, brownies SR..apa lagi ntah, aku pun xingat..actually apa yg penting, kami dapat together2, bercerita2, gosip2..anak2 kasi lepak biar diorg main..sara seronok je punggah mainan si iman tu keluar dr stor..muahaha..sian ibu die mengemas..ayah2 pun sama, dok menyembang..ada jugak yg jadi babysitter sementara kaum ibu makan2 dan bergosip..hehehe..

kami xlama malam tu..sbb ada yg ada hal, maka balik awal..aku pun ingat nak stay nak tolong si reen kemas apa yg patut, tapi si khaleef buat hal pulak..xpasti laa die kembung perut ke apa, meragam aje die malam tu..seb baik masa aku makan, die sedap tido tergolek dalam guest room..huhuhu..walaupun perjumpaan kalini sempoi je, tapi yg penting, kami dapat jumpa..yelah, walaupun xde laa jauh mana masing2, tapi disebabkan komitmen, agak susah laa nak jumpa2 selalu..insyaAllah..kami akan jadikan aktiviti perjumpaan raya ni sebagai aktiviti wajib tetiap taun.. Smile

*kami plan taun depan nak gi Legoland berjemaah ramai2, bila anak2 dah besar sikit..yeay!!

Friday, September 21, 2012

:: Muka ibu tak cantiklah! ::

Apa perasaan anda bila anak anda sendiri komplen ttg muka dan wajah anda? tertekan kan? rasa nak nangis pun adaaaa…… kisahnya, pagi tadi masa mandikan Qaisara, aku suruh die bukak mulut luas2, nak check gigi dia..so muka die ngan muka aku mmg dekatlah..tiba2.. “Ibu, muka ibu tak cantiklah..banyak ulat” OMG! sentap nak oiii.. aku tanya, nape kakak ckp camtu? die kata lagi “muka ibu banyak kaler black” oh, ok..ibu pasrah.. Sad smile

actually apa yg sara ckp tu betul..sejak mengandungkan khaleef, muka aku naik biji2 halus yg berwarna..mcm pigmentasi tu kan..memula aku abaikan je dulu, xnak pakai apa2 product memandangkan aku tgh pregnant..so dalam hati berangan nnt lepas bersalin boleh laa g mana2 buat rawatan muka..tapi skang ni, dah nak masuk 4 bulan dah usia khaleef, langsung aku tak buat apa2 pun lagi..bintik2 pun makin banyak neh!

akibat tertekan dengan ayat2 sentap qaisara tadi, aku terus google apa masalah aku sebenarnya..dan yg aku dapat, masalah aku ni namanya Skin Tag..ataupun Tetua/Pigmentasi..ni detailnya :

Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur.
Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka.

Cara pertumbuhan:

1. Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal.
2. Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semasa zaman remaja.
3. Aktiviti luar yang kerap juga boleh menambahkan peluang untuk mendapat tetua. Pigmentasi akan menjadi lebih gelap dan banyak. Sinaran ultraungu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan pigmentasi yang teruk.

Kesan:
Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.

Yes, admit yg mama aku pun ada mende alah ni..siap penuh kat leher lagi..so, salah satu penyebab nya mmg dah ada..huhu..then, tanpa berfikir panjang..aku bukak website NewYork Skin Solution wah,kemain ko..terus newyorkskinsolution! memula saje bukak, sbb info yg aku dapat tu pun mmg dari website die..then, kat situ ada free trial..then ada one to one konsultasi percuma, computerized skin analysis then ada jugak 1 customized facial treatment..hmm..tak salah kot kalau mencuba..1st trial dah free (katanya) kalau ok, apa salahnya aku cuba utk ‘cantik’ kan muka aku yg ‘tak cantik’ bak kata sara tu kan? tak salah kan? huhuhu..

dah isi pun detail nya, soon akan dapat call dari consultant New York Skin Solution..nnt aku cite lagi ya..tgh bersemangat ni, sbb anak dah komplen kan? belum ayahnya komplen lagi neh! huhu..

image

 

Wednesday, September 19, 2012

:: Meniarap sudah… ::

Hari Jumaat lepas actually..mcm biasa, pagi bila dia bangun je, aku bawak die turun dari tingkat atas, lepak depan tv kat tingkat bawah..kakak nya jgn harap laa nak turun selagi belum pkul 9..hehehe..then, lepas letak depan tv, elok laa die diam je tgk tv tu kan..aku pun terus laa bukak laptop, online jap sambil layan2 email..check2 kerja apa yang ada utk hari itu..

tiba2 aku dengar..”ehh…ehhhhh…” bunyi apa tu? berdesup aku ke depan tgk apa yg budak khaleef tu buat…sekaliiiiiiiiiiiii….

C360_2012-09-14-09-02-27

selamat dah budak ni meniarap rupanya..siap tangan tak lekat bawah badan pun! selama ni tangan die dok tersepit je bawah badan, tapi hari tu, mmg meniarap dengan jayanya! aku xpasti dah berapa lama dah die berkeadaan cenggitu, sedar2 dah berbunyi2 dah budak ni..dah lenguh agaknya..

C360_2012-09-14-09-03-22

serius terkejut laa weyy…sbb apa tau? kalau kakak sara dulu lambat meniarap nya..ni belum 4 bulan lagi dah meniarap dah..wahh..advance laaa handsome boy ibu nehh..chaiyok2 dik! lepas ni xboleh sangat laa tinggal kan die sorang2 lama2..bahaya jugak kan, sbb die baru pandai meniarap ni, takut lama2 kang sakit dada pulak..actually die dah lama pandai mengiring..masa baru2 masuk 3 bulan aritu dah pandai mengiring..tido pun die nak mengiring..tapi kejap je laa..nampak die dah lena, aku telentang kan die sbb takut kebas sebelah tangan pulak nnt…pastu mmg dalam seminggu die asyik buat cubaan nak meniarap..tapi bila 2-3 kali cuba, tak berjaya, die telantang semula..kakak sara suka tgk adik cmtu..terjerit2 die konon kasik sokongan kat adik laa kononnye kan..hehehe..

aritu masa 3 bulan cucuk die aritu, berat die 6.5kg..xbanyak sangat naik dari 2 bulan..masa 2 bulan kan 5.9kg..tapi xpelah, as long as masih lagi normal dalam carta pembesaran die tu, ok laa bg aku..xnak jugak chubby sangat, nnt susah nak dukung..huhuhu..alhamdulillah, doc check semua ok, tapi yg tak bestnya khaleef ada mild eczema..mmg nampak kat muka dia ada bintik2 halus..hope tak jadi makin teruk laa..doc kata makin besar dia akan hilang dekan sendiri nya..yg aku perasan, bila cuaca panas laa akan ketara bintik2 halus tu..mesti miang kan? sian dia..

apa2 pun..tahniah sayang..dah berjaya lepas satu step..lepas ni bersedia laa pulak khaleef jadi askar combat, masuk bawah kerusi bagai..setiap masa kene mop lantai nampak nya lepas ni..hehehe..

:: Khaleef sudah botak! ::

Alhamdulillah..dah lepas dah hajat en.hubby nak buat kenduri utk anak bujang kesayangan die tu kat kampung halaman en.hubby kat Teluk Intan..actually majlis ni adalah majlis berendoi dan cukur jambul..buat utk 2 orang sekali, khaleef dan sepupu nya mukri..lahir pun beza 2 minggu je..si mukri ni lahir xcukup bulan..patut lahir bulan 7, tapi bulan 5 dah keluar dah..tak sabau nak tgk dunia, kata mak die..hehehe..

seawal 10pagi, majlis bermula dengan alunan berzanji dan marhaban oleh kumpulan marhaban mak..actually mak mertua aku adalah salah sorang anggota kumpulan marhaban ni..si khaleef n mukri sedap je tido dalam buaian yg penuh dengan bunga2..ni semua mak & abah punye kerja la ni..mmg tradisional habis! hehehe..

C360_2012-09-16-10-30-43

C360_2012-09-16-12-08-55

masa diorg marhaban tu, aku dengan ida dukung anak masing2 sambil mak bawa sedulang air mawar, bunga rampai, air zam zam, gunting dan semangkuk air utk letak rambut..sorang2 ahli marhaban akan potong rambut anak, masukkan dalam bekas isi air, pastu tabur bunga rampai..air mawar..alah, mcm org kawen tu laa..seronok pulak aku tgk adat org belah teluk intan ni..yelah, selama ni mana laa aku tau kekdah nye cemana kan..kalau kat pahang, siap ada jejak tanah laa..ada barang kemas bagai..tapi dulu masa sara xde pun..lebih kurang je style nye dengan majlis khaleef ni, cuma sara dulu xde laa buai2 ni..dan yg lagi best, khaleef dapat banyakkk duit org sedekah..hahaha..hujung bulan ni boleh bukak akaun utk masukkan duit org sedekah masa lahir + duit raya + duit sedekah majlis cukur jambul..alhamdulillah.. Smile

C360_2012-09-16-11-04-33

C360_2012-09-16-11-08-43

ramai jugak laa tetamu majlis ni..mak ngan abah budget 200 orang..alhamdulillah, doorgift and lauk semua cukup..xde membazir pun..kat sini, apa jua majlis pun kene ada doorgift..tapi kata mak just prepare yg simple je..normally makanan laa..so kami borong kat mydin usj aritu, beli barang2 utk doorgift khaleef..seb baik budak 2 org ni behave sangat..so xde masalah pun nak beli barang banyak2 tu..

dah setel majlis, petang nya tu buat majlis potong kek utk mak dengan anak sedara sulung, farah..siap ada cake secret recipe tu..2 bijik pulak tu..yg ni kami buat family2 je laa..

then, esoknya pagi2 baru laa dibotakkan budak khaleef ni..semua nya ayah nya yg buat..memula marah jugak dia, rimas agaknya sbb dah laa panas, berpeluh2 dia..kelakar pulak aku tgk budak ni botak..jadi lain dah mukanya..hehehe..

C360_2012-09-17-13-19-12

C360_2012-09-17-13-20-00

dah setel dah satu perkara..satu lagi yg penting, akikah..insyaAllah akhir tahun ni kami nak buat utk Qaisara & Khaleef..si sara punya pun belum buat lagi ni haa..tapi apa2 pun tgk budget dulu..kalau dah budak berdua ni mesti laa kene 3 ekor kambing..xpun, sekor kerbau/lembu, share dengan along aku..anak die pun belum akikah lagi tu..tgk keadaan cemana, memandangkan tiket dari miri nak balik semenanjung time cuti sekolah hujung taun ni mcm nan adoo je..budget nak buat ni mau makan 4-5 ribu jugak tu..insyaAllah, utk kamu berdua sayang, ibu dan ayah akan usahakan! Smile