Monday, March 19, 2012

:: Cubaan pertama - Pavlova beserta resepi ::

Salam Isnin semua.. :)
Last week, along sy yang dok kat Miri tu balik semenanjung..die bercuti seminggu dikampung..sempat lagi die request daripada sy, utk buatkan pavlova..aiseh..sy dah lama dah copy resepi ni actually, tapi asyik laa tak berkesempatan..nasib baik, dalam peti ais sy sememangnya meriah dengan buah-buahan strawberry, blueberry, anggur hitam, kiwi, mangga waterlily..then, tgk resepi semua lengkap, maka tung tang saya kat dapur..alhamdulillah...tak mengecewakan!!


 inilah rupa pavlova saya haritu..mmg agak nipis, sbb satu adunan tu sy bahagi 2..means sy dapat 2 lapis base pavlova..so, lepas amik along & co kat lcct, then lepas dinner, sesampai je kat umah, sy terus hiaskan base pavlova ni dengan buah-buahan yang ada.hah, amik ko kan..selagi ada ruang..dalam gamba tu belum letak mangga lagi tu..mmg meriah betul! stok coklat mmg tak penah pupus dr umah ni..makanye, coklat pun jadi mangsa pada malam tu...sy parutkan dark coklat atas nya, tambah umpphh!! :)

rasa die, pada saya ok lah..sebagai dessert kan..base die manis, tapi nasib baik sy mmg tak derhaka awal2..resepi tu sy kurangkan kandungan gulanya..so xde laa manis sangat..tapi bila seimbangkan dengan buah2 yang masam, mmg terangkatlah! pada saya, sedapp..tapi xleh makan banyak sekaligus, nnt muak..dan jugak menggemukkan neh..hehehe..base die lembut sangat, chewy dan cair dalam mulut..tu yg specialnya pavlova ni dimulut saya..hehehee..

sekiranya anda nak mencuba, nah, saya tepekkan resepi nye ye..gula tu dh sy kurangkan dh tu..selamat mencuba!! :)
esoknya sy buat lagi..utk hidangan sy seorang..hehehe


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul adunan sehingga berbuih. peringatan : pastikan kuning telur xde yg termasuk dlm adunan putih telur ni ye..kalau x, mmg tak menjadi laa maringue nye..satu lagi, peralatan yang digunakan harus bebas dr air! :)
2- Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan yang tinggi. Putar hingga adunan nampak berkilat. Masa ni, kalau adunan tu diangkat, ia akan mengeluarkan tanduk :)
3- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati. try angkat adunan anda.kalau sememangnya dah bertanduk, means maringue anda dah menjadi lah tu..satu lagi nak kenal maringue ni, kalau anda angkat bowl, telangkup atas kepala, kompem adunan xkan jatuh ke bawah.. :)
4- Masukkan tepung jagung dan cuka, kaup balik kan menggunakan spatula.

inilah rupanya maringue ya..sy punye comots..almaklumlaa..1st time.. :)

5- sediakan parchment paper/ kertas minyak utk memasak, atau gunakan loyang kek
6- bentukkan maringue menjadi bulat atas kertas parchment dan masukkan dlm oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150 darjah. bakar selama 15minit, dan lepas tu turunkan suhu kepada 140 darjah dan bakar lagi selama 1 jam.
7- Bakar sehingga maringue bertukar kaler menjadi keperangan, atau hingga garing dibahagian luarnya.Tutup api, dan biarkan maringue dok dalam oven dengan keadaan pintu oven sedikit terbuka.

Cara menyediakan whipped cream :

1- Pukul whipping cream hingga kental.
2- Masukkan gula dan esen vanilla.
3- Masukkan whipped cream dalam piping bag, simpan kat tempat beku jap..nnt nak deko2 baru keluarkan.Time nak makan, barulah pipe kan whipped cream, dan hias dengan buah-buahan yang ada.. :) 


Thursday, March 15, 2012

:: My Chocs For You dalam majalah Rasa keluaran April! ::

Salam semua..
Alhamdulillah..company kecikku My Chocs For You telah menapak satu langkah lagi..
kalini, dah masuk majalah pulak! hehehe..seperti yang aku cite dalam entry ini, 2 org reporter dtg ke rumah utk sessi photoshoot pada bulan lepas..yes, 14/2..dan alhamdulillah..xsampai sebulan, muka ku dah kuar majalah! hahaha..actually gamba tuan tanah ada laa seciput aje kat atas tu..yg aku bangga adalah, hasil air tangan ku menjadi tatapan umum..dan bakal diaplikasikan oleh ramai pembaca kat luar sana..alhamdulillah..sharing is caring kan? :)

ni adalah antara gambar yg dipaparkan dlm majalah tersebut..boleh rujuk kolum "10 menu popular - Pesona Apam Polkadot"


muka tuan tanah yang dah gemukss..time ni 6 bulan peknen..








hmm..berbunga2 rasa hati..yelah, siapa tak bangga kan? alhamdulillah, syukur..dalam masa yg sama, aku dah mendapat panggilan luar biasa banyaknya..yg mana semuanya nak mintak quotation bukan aje utk apam polkadot..tapi jugak utk product2 yang lain mcm homemade chocolate, tartlets, cakes & cupcakes dan jugak bahan bakery (mould, kotak coklat dsb..) tak lupa jugak yang bertanyakan ttg kelas hands on coklat dan tartlets..alhamdulillah..syukur lagi..


buat semua kawan2, dan customer sekiranya ada terbaca entry ini, terima kasih buat kalian kerana terus menyokong saya..terima kasih!! hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. :)

Wednesday, March 14, 2012

:: 4 tahun sudah berlalu... ::

Alhamdulillah..
08/03/08 - 08/03/12.. 4 tahun sudah usia perkahwinan kami..syukur..dikurniakan puteri yang bijak, comel dan manja..juga seorang putera bakal menyusul menambah kebahagiaan keluarga kami..



 terima kasih abang..atas segala kasih sayang, pengorbanan, pertolongan, nasihat dan dorongan serta cinta yang tak berbelah bahagi buat diri ini..love you till the end of time!


ya Allah..peliharalah rumahtangga kami..semoga sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan lindungan dari Mu selalu..amin..


Tuesday, March 13, 2012

:: Misi perabihkan duit di Padang Besar ::

Aritu masa lepas g langkawi, kan aku cite kami stay kat pekan kangar..then, esok pagi2 tu kami jenjalan pegi Padang Besar..sarapan makan nasik kandar kat pekan kangar, then terus menjalankan misi mengperabihkan duit..keh keh keh..bajet mcm bawak 10k kan..hahaha..

masa kami sampai, orang xramai lagi..seb baik jugak laa bawak stroller..so senang nak bawak sara kemana2..since banyak tempat yang kami akan singgah..die sedap ajek dok dalam stroller, sampai tertido dalam tu! hmm..lantak kamu laa nak..ibu ngan ayah nak shopping dulu..hehehe..

suasana dlm bangunan mara kat padang besar

Actually tak banyak barang pun yg aku beli..suke tgk barang2 kat situ, tapi xde la membeli sangat pun..yg bestnye, en.hubby lah..die shopping suar, tshirt, then aku belikan sara baju,sbb mmg geram sangat baju2 budak kat situ..haih, murahnye lahai kalau nak compare ngan org jual online..aku borong brooch utk diri sendiri, mama n mak mertuaku..huhuhu..then, beli jugak baju kaftan sejuk tu..sejak peknen aritu mmg aku suke tido pakai kaftan aje..sbb asyik kepanasan aje kan..

then, sempat jugak laa tangan ni gatal grab comforter..hehehe..seb baik en.hubby kasik green lite..siap suruh beli 2 lagi tu! tp memikirkan nnt xde ruang nak sumbat dlm kete kecik ku itu, maka pendamkan laa dulu hajat tu..huhuhu..sian sara, masa kat dalam arked tu, stroller die jadi mangsa..beli2 barang, gantung aje kat stroller..hehehe..sampai penuh! lupe pulak nak snap gambar.. :D mmg xbanyak amik gamba pun kat padang besar ni..sbb nya, tangan sibuk nak pegang itu, pegang ini.. :p

bila dah tghari sket, org dh ramai..aku pulak yg jadi sesak napas..huhuhu..terus kami keluar, jalan2 sekitar arked pulak..banyak jugaklaa barang2 jual kat situ..periuk belanga, pengukus, tilam, toto..cadar..haihh..kalau ikutkan hati, nak je beli semua tu..tp tu lah..kang ada yg xde tmpat nak duduk pulak kang dlm kete tu kan.. :p

lepas puas hati dengan hasil belian, kami gerak ke tempat lain pulak..hajatnya nak g gua kelam..saje bawak sara jenjalan..tp sekali gua kelam ditutup sementara daa..nak g wang kelian, mcm dah tak larat dah nak g sbb mcm dh jauh pulak..so that kami lepak2 je laa kat area gua kelam tu..kan ade tempat orang mandi2..so that melepaskan penat kat situ aje laa..


hasil tangkapan qaisara..hahhaa..kepala ayah nampak separuh ajek

keh keh keh..boleh laa kan..gambar yg ditangkap oleh budak  taun guna samsung galaxy ace

lepas dh hilang penat, teruskan misi jalan2..actually xtau dah nak kemana..so jalan2 aje laa..lalu kat kebun harum manis, tapi bukan rezeki kami sbb time tu bukan musim..tgh berbunga..so it's ok lah..then kami singgah semula ke jeti kuala perlis utk pekene laksa sedap kat situ..sampai2 je..mak aiii..ramainye manusia..mmg top rupenye kedai ni..rasa die pun sedap laa..lupe pulak aku nak snap gambar..then, nama kedai pun lupe..haih..teruskan perjalanan sampai ke umah kak imah..malam tu tido awal..sbb esoknya nak sambung perjalanan ke penang pulak..huishh..mmg xsabau laaa nak pekene passemboq padang kota!

Monday, March 12, 2012

:: Notis Gangguan Bekalan Air - Sungai Selangor Fasa 1 ::

Salam semua..
Saje nak share ngan kengkawan..SYABAS ada kuarkan notis gangguan bekalan air selama 36 jam, bermula jam 8 pagi hari Rabu 14 Mac 2012, hingga 8 malam Khamis, 15 Mac 2012 utk  kerja-kerja penyenggaraan serta menukar aset-aset utama yang mengalami masalah teknikal melibatkan 5 wilayah iaitu :

Bilangan Wilayah terlibat : 5 Wilayah

1. Wilayah Hulu Selangor
2. Wilayah Petaling
3. Wilayah Kuala Lumpur
4. Wilayah Klang/Shah Alam
5. Wilayah Kuala Langat

Haaa..kalau tersenarai sekali wilayah  Klang/Shah Alam tu, maka dah sah2 laa area rumah kami pun terlibat sama..

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

  1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
  2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
  3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
  4. Seluruh Kawasan Puncak Perdana
  5. Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
  6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar
  7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
  8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
  9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
  10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
  11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
  12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
  13. Seluruh Kawasan Jalan Yadi
  14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
  15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
  16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
  17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
  18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
  19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
  20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
  21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
  22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
  23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
  24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
  25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
  26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
  27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
  28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
  29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
  30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
  31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
  32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
  33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
  34. Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
  35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
  36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
  37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
  38. Seluruh Kawasan Pandamaran
  39. Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
  40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
  41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran
Untuk check area rumah korang kot2 terlibat sama, pegi kat page fb Puspel ni ye.

https://www.facebook.com/notes/puspel-syabas/notis-gangguan-bekalan-air-disebabkan-hentitugas-sementara-loji-rawatan-air-sung/382473158432566

bila dah ada notis cmni, so kene bersedia dr awal lah..kat umah kami ni cuma ada satu je tong besar, then ada a few baldi dan besen besar aje..adehh..ari sabtu lepas pegi Klang, ada jumpe satu tong besar utk isi air, tapi last2 kami xbeli..kata en.hubby, len kali lah kita beli..sbb kebetulan masa tu xmuat kete since mama ngan abah pun ikut skali g klang cari barang2 utk kelas hari ahad tu..


so makanye, harini nak kene cari tong besar ler nampaknya..kene ready air awal2 utk bekalan masak2, membasuh dan mandi segala..haih, susah jugak xde air ni kan..lagi2 sape2 yg ada anak kecik lagi laa kesian..actually ni 1st time laa area kami terlibat sama..nak taknak, malam ni nak kene kuar cari tong besar!

Thursday, March 01, 2012

:: Bersiaran dan Kampung Ketam, Temerloh ::

Salam semua..
dah masuk 5 hari dah aku kat kampung menjaga mama yang baru pas operate buang hempedu aritu..alhamdulillah..kesihatan mama beransur pulih..seronok tgk die main2 ngan qaisara..tapi xboleh lasak2 laa kan..perut masih berjahit tu! jumaat ni baru nak g bukak jahit..isk, ngeri! si sara pulak, suka sangat laa bila die boleh tinggal dengan tok mama & tok abah nye..xyah gi umah pengasuh nya sepanjang minggu ni..punye laa sayang sampai kan nak makan ubat selsema pun mintak tok mama nye yg suapkan syringe ke mulut die..mengada kan? :p tetiap petang, tok abahnye mesti bawak die p jalan2 naik motor p pusing kampung..tak pun, kalau hari hujan, layan die main bola..haihh..mmg seronok lahai makcik sorang tu..sampaikan ayah nye kat shah alam pun dilupakan! bila ditanya, "sara, mana ayah?" nnt mesti die jawab "ayah kan work..esok ayah balik laaa.." :)

aku pulak, since boleh working from anywhere ni, mmg xde masalah laa nak bekerja dari kampung ni..sbb kat umah mama abah ni ada streamyx..so mmg xde hal kalau nak online 24jam sekali pun..tapiiii...aku mmg tak berkesempatan laa nak dok ngadap laptop lama2 or ngadap keje opis..sebabnya? haruslah berbalik pada tujuan asal aku stay kat kampung ni sbb nak menjaga mama kan..makanya, segala makan pakai mama, haruslaa aku sediakan..mama bukannya boleh makan sebarangan..mesti jaga laa kan..terutama nya makanan yg gatal2..then, kene control makanan yg berminyak/berlemak tu..

setiap hari kene kemas umah, sapu umah make sure umah bersih dan kemas..sbb mama ni mmg jenis pembersih orangnya..lagipun sejak die kuar spital ni kan, kawan2 die tak putus2 datang melawat..alhamdulillah..murah rezeki kan..aku laa yg terkejar2 nak membuat air..huhuu..then,tghari nak kene masak..biasanya lauk mama, yg mcm lauk org berpantang tu aku sediakan utk lauk aku, sara ngan abah sekali..sbbnye malas nak masak 2-3 kali..so apa yg aku masak utk mama, itu laa jugak lauk utk kami semua..hehhehe..selang sehari nak kene basuh baju, then, dalam masa yg sama nak kene mandikan budak sara ni, layan die main..suapkan die makan..keje opis pun kene siapkan..then, kalau mama nak mandi, nak kene standby plastik nak tutup bekas jahitan die tu..pastu nak kene buat dressing kat tempat jahit tu..yg ni memula nya mcm tak sanggup..sbb aku ni penakut orangnya..lagi2 nak tgk kesan berjahit, iskk..tapi bila pikirkan mak sendiri kan..kalau bukan aku, siapa lagi yg nak buat? nak harapkan abah? laaagi la die penakut bab2 cmni..hahaha..sama je anak ngan bapak..so cekalkan hati, lama2 ok je..dah terbiasa dah pun..so setiap hari buat dressing sendiri je..alhamdulillah, luka pun dah makin kering..tinggal lagi nak bukak jahit jumaat ni..iskk..ngeri pulak tetibe..huhuhu

alhamdulillah, walaupun penat..tapi aku puas hati..dapat jaga mama saat2 dia sakit..selalu aku terkenangkan saat2 die menjaga aku ngan along time kami berpantang, time kami demam waktu kecik2 dulu..so time2 mcm ni laa nak ambik kesempatan nak jaga die betul2 saat die xsihat ni kan..die selalu kesiankan aku yg terkejar2 tgh masak, tetibe ada team mate aku ping, nak kene buat testing..tetibe kang sara nak 'yak' pulak..haihh..dah jadi robot dah ibu nye ni.hehhee..tapi xpe, demi mama tersayang!

hope mama cepat sembuh seperti sedia kala..boleh layan sara main ball..and the most important, boleh masak best2 utk kami! huhuhu...