Tuesday, December 31, 2013

:: Promosi akhir tahun product My Chocs For You - coklat door gift ::

* sticky post..sila scroll ke bawah untuk update terbaru..

Salam to all!!
Now kita dah pun masuk bulan November, and of course ramai yang akan ambil kesempatan untuk langsungkan majlis nikah kahwin, pertunangan, atau apa jua majlis spt majlis harijadi, potong jambul, open house, house warming dsb..So dikesempatan ini, kami di My Chocs For You akan membuat promosi coklat yang sesuai untuk dijadikan door gift, bermula hari ini sehingga hujung Disember..
haa..menarik kan? murah...murah..
Jom kita check harga yang pastinya akan suite dengan budget anda :)

Praline Chocolate
Nota : harga adalah satu set, termasuk warna, filling (creamy filling - strawberry, mocha, oren, blueberry, mint, buttermilk, caramel / keacang - almond, hazelnut, peanut, gajus/dry filling - kismis, blackcurrent, oreo crumb, dried apricot)

2 pcs choc in plastic gold box
Harga : RM1.60 Harga promosi : RM 1.10

2 cavity chocolate
Harga : RM2.80 Harga promosi : RM 2.20

 
3 cavity chocolate
Harga : RM 4.00 Harga promosi : RM 3.00
 
 
4 cavity chocolate
Harga : RM 5.50 Harga promosi : RM 4.00
 
 
6 cavity chocolate
Harga : RM 7 .00 Harga promosi : RM 5.80
 
 
9 cavity chocolate
Harga : RM 12 .00 Harga promosi : RM 10.00
 
 
12 cavity chocolate
Harga : RM 15 .00 Harga promosi : RM 12.00

 
Oreo Chocolate
* Oreo chocs adalah coklat berinitikan biskut oreo sandwich. Mengggunakan bekas plastik gold (tapak) dan clear plastic (penutup)

Oreo chocs (flower - rose & sakura, heart, animal or sport)
Harga : RM 1.60 Harga Promosi : RM 1.30
 
 
Oreo choc with edible image (ready made)
Harga : RM 2.00 Harga Promosi : RM 1.60
 
 
Oreo choc with custom edible image
Harga : RM 2.50 Harga Promosi : RM 2.00
 

Lollychocs
* Boleh request untuk flavour (strawberry, orange or mocha). Di bungkus dalam plastik clear. Minima caj (serendah 2 sen satu) akan dikenakan untuk riben

Lolly Chocs - daisy & bear
Harga : RM 1.30 Harga Promosi : RM 0.80
 
 
Lolly chocs - garden theme
Harga : RM 1.60 Harga Promosi : RM 1.20
 
 
Lolly chocs - birthday theme
Harga : RM 1.80 Harga Promosi : RM 1.50
Lolly chocs - LOVE U, LOVE ME
Harga : RM 1.50 Harga Promosi : RM 1.00
 
 
Lolly chocs with edible image
Harga : RM 2.00 Harga Promosi : RM 1.20
 
 
Lolly choc with custom edible image
Harga : RM 2.20 Harga Promosi : RM 1.80
 
 
Marshmallow lolly
Harga Promosi : RM 0.60 sebiji

Coklat bar
Pilihan filling : raisin, bubble rice, oreo crumb, almond nibs


Chocolate bar with customized wrapper (wrapper gambar sendiri)
Harga : RM 2.20 Harga Promosi : RM 1.60

Chocolate bar with ready made wrapper (wrapper hadiah ikut warna tema)
Harga : RM 1.60 Harga Promosi : RM 1.20

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nota Penting : Promosi ini berlangsung bermula pada HARI INI (7 November 2013) sehingga 31 Disember 2013. Bagi anda yang ingin menempah untuk majlis bulan november/disember, anda boleh menempah sekarang untuk mengelakkan jadual penuh. Anda juga boleh membuat booking sekarang (sepanjang tempoh promosi) untuk majlis anda pada tahun hadapan. Namun, anda perlu membayar deposit 50% daripada total harga sebagai booking.

Sebarang pertanyaan (apa jua pertanyaan) boleh sms / call / whatsapp ke number 0192992844, atau emailkan ke ain.rusli@gmail.com atau boleh juga hantar kan mesej anda ke facebook kami : My Chocs For You (klik button Message, diruangan kanan wall facebook)



Tuesday, November 26, 2013

:: Jalan-jalan Langkawi part 3 ::

Hamboi, ambik masa 3 hari nak tulis pasal cuti2 langkawi aritu eh? ok..kita sambung lagi utk hari terakhir percutian kami..
Lebih kurang pukul 10 pagi kami check out hotel..then disebabkan lokasi hotel dengan airport 1km je, so kami tinggalkan beg yg sarat dengan coklat kat situ..yelah kan, kang kami bawak rata2 kang, cair pulak dalam kereta..

Lokasi pertama hari isnin tu adalah langkawi cable car..saje pilih hari isnin sebab pada firasat kami sure lah xramai pengunjung sbb hari bekerja kan..rupana firasat kami salah..kene beratur panjanggg untuk naik kereta kabel tu..tapi xde lah sepanjang barisan masa kami datang sini taun lepas..sampaikan terpaksa cancel plan kami nak naik kereta kabel ni..so haritu ok laa..memula cuaca ok,xde laa panas sangat nak beratur..nasib baik khaleef xmeragam haritu..rilex je die..

sampai turn kami, okla naik kereta kabel bersama2 dengan pasangan pakcik ngan makcik yg dtg dengan rombongan dari johor..tapi xsempat nak ambikgambar view time memanjat gunung mat cincang tu sbb ak sibuk memegang si khaleef yang xmo duduk diam..ini kali kedua saya naik kereta kabel kat langkawi ni, en.hubby pulak 1st time :)
sampai atas, kami ingat nak turun, jalan2 pusing2 kat hentian kat atas nun..ada 2 hentian..malangnya hujan turun dengan lebatnya..so kami stuck kat atas nun kejap..jom layan gambar dulu..

suka posing ini budak

ayah yang rajin nak mendukung si khaleef..ibu da xlarat

time ni hujan..xsempat nak jalan2 naik atas nun..

anak ibu yg ensem.. :)
 
lama juga kami lepak atas nun.ingat bila hujan dah benti, nak jalan2 tgk view..tapi hujan x berhenti pun..view yang kami nampak pun hanyalah kabus..yelah, atas gunung kan..kesian en.hubby xde rezeki nk tgk view langkawi dari atas gunung..so kami pakat turun bawah, since cable car dr bawah pun dah banyak yg kosong sbb xde dah orang nak naik hujan2 ni kan..

turun bawah, hujan pun dah reda, kami naik pulak langkawi duck tour..yg ni 2nd time kami naik, 1st time aritu masa last year kami naik sama2 dengan adik ipar..qaisara yang request naik ni..sibuk2 nak naik duck katanya..

 
Tgk kapal2 cantik..
Lepas pusing2 jalan2, kami gerak cari destinasi lain pulak..memandangkan masih awal, dan juga minyak kereta sewa tu masih banyak, so kami pusing2 pulau..singgah pantai pasir hitam..kami sempat isi perut dan jugak mandikan budak berdua ni..ayahnya pun mandi sama..time ni mmg xde ambil gambar dah..sempat lagi shopping baju2 kat situ..sebab murah2..then kami jalan2 tgk kampung dan sawah..syok sangat jalan2 mcm ni..heheh..

then, around 6pm mcm tu, kami pakat untuk dinner awal, dan destinasi kami ke pantai chenang, restoran haji ramli lagi sekali..terbayang2 sotong tepung kat situ yang sodapp..saya sampaikan xmakan nasik tau..ralit meratah sotong..oh,yummeh! dah pukul 7 lebih, kami gegas ke hotel semula untuk ambik beg coklat..then terus ke airport..deal dengan owner kereta sewa, then kami lepak dalam waiting room kat airport tu..
memandangkan barang2 yang kami beli agak banyak dan berat, say dah tambah berat luggage awal2 kat website air asia malam sebelumnya..tapi kn, masa check in, rupanya ada 10kg lagi terlebihh..haihh..seb baik laa tambahan rm75 je utk cover lebihan berat tu..kalau x, mungkin ratus2 agaknya..huhuhu..xpelah, malas nak pikir tang tu..janji kami semua enjoyy..huhu..

Flight take off awal dari jadual memandangkan semua penumpng dah cukup..ceh, mandai2 je kan..hahaha..yelah, suppose flight 10pm, tapi 9.45pm dah take off dah..time ni agak gigil juga laa sbb time kat atas awan tu, hujan lebat..terasa goyang2 nye tu..anak2 semua dah tido, tinggal lagi kami je sembang2 berdua..kata en.hubby, insyaAllah next time die nak bawak saya dan anak2 pegi bercuti oversea pulak..ohh.xsabarnya!!

hadiah sang suami.. :)
 

coklat penuh bag!
 
Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik..mmg percutian kalini adalah percutian terbaik..sangat best sbb dapat spend time sepenuhnya dengan en.hubby dan anak2.. :)


Monday, November 25, 2013

:: Pengedar Shaklee ::

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, kini saya dah pun bergelar pengedar produk kesihatan Shaklee..
So bagi sesiapa yang nak dapatkan vitamin dan juga supplement xkira untuk diri sendiri, suami isteri, anak2..mak ayah, ibu bapa mertua, nenek, kawan2 dan juga jiran2 anda, boleh dapatkannya terus melalui saya..insyaAllah, saya akan consult anda bagaimana untuk mengambil supplement ini dengan cara yang betul..



Jom sihat bersama kami, untuk melancarkan segala aktiviti harian kita bersama.. :)

Ain Rusli
Distributor number : 1081080
ain.rusli@gmail.com
0192992844
*Penghantaran ke seluruh Malaysia, boleh COD (cash on delivery) ke area shah alam, seksyen u10, kg melayu subang, ttdi jaya, puncak alam, meru

Wednesday, November 20, 2013

:: Levi's Warehouse Sale at Space U8, Bukit Jelutong Shah Alam ::

Meh ramai2 kita penuhkan space u8, bukit jelutong, shah alam..ada levi's warehouse sale katanya..start esok, hingga 24 November 2013..untuk info, boleh contact 016-2628418



Tuesday, November 19, 2013

:: Jalan-jalan Langkawi Part 2 ::

Mcm laa panjang sangat ceritanya sampai kene ada part 2 kan..huhu..bukan masalah cerita panjang actually, tapi masalah tuan tanah xdapat nak berlama lamaan mengadap laptop ni haa..almaklumlaa kan..keroje bersepah2 ni haa..sabo je lah..ni pun curi2 masa hapdet blog ku yg kian usang ni ha..

ok, hari ke 2 kat Langkawi, pagi2 kami turun sarapan kat hotel..sarapan die not bad laa..ok la jugak kan..then lps makan sara ajak ayah die mandi kat swimming pool..pool die ok laa..tapi mcm xberapa bersih..sedih jugak laa si sara ni..tapi ayahnye layankan jugak lah kan..sy naik atas dengan si khaleef, mandikan die, kemas2 bilik..then get ready utk keluar lps tu..

destinasi kami yg pertama, haruslah Kompleks HIG..atau nama penuh nya Kompleks Haji Ismail Group..dah advance dah haji ni..dulu kedai die seperate2..skang dah ada kompleks..semua ada kat dalam..kompleks ni terletak di 802, 803 & 804, Jalan Pandak Mayah 2 Kuah, 07000, Langkawi..kalau korang sampai je kat Jalan Pandak Mayah 2 ni, dah nampak dah kompleks HIG kat situ..baru dibuka pada pertengahan Mac 2013 yang lalu..actually kedai2 dalam kompleks ni banyak, tapi kami just pegi 1 kedai je sbb dalam ni pun dah ada semua! dari kitchenware, ke deretan coklat2 nya, batik2, luggage..haihh..mmg sangat rambang mata dibuatnya!
 
Ini die kompleks HIG..meriah! :)
 
gila rakus tgk coklat2 murah2 kat sini..ade ke patut harga ferrero 12biji rm13 hengget je sebekas? kat giant shah alam ni rm26 tau..xpatut2..huhu..

Hasil shopping..huhuhu..tenkiu en.hubby ku sayangs..i lap u muah2


Kami dok kat sini almost 4 jam juga (wah, lamanya!) xsedar masa berlalu..yelah, sampai sini around 11am mcm tu, bila kat kaunter nak bayar, tgk jam..dah pukul 2 lebih..perut yang dah lapar pun xdihiraunya..seb baik utk anak2 dah dibekalkan mcm2 biskut n susu..senyap laa diorg.huhu..
hasil tangkapan kami haritu..coklat, of course laa kan..siap ada kawan2 yang tempah lagi..then batik2 utk buah tangan kat mama& mak mertua ku..dan utk diri sendiri, my hubby dengan baik hatinya membelanja isteri terchenta nye set periuk Visions..haihh..i love u laa laling..memula sy ingat nak ambik 1 je..sekali en.hubby kata "xpe..ambik yg set..abg belanja" gulp..terus i simpan balik periuk single tu, and request adik salesman tu tolong ambikkan yg set..yg bestnya, beli 1 set, percuma 1 pyrex worth rm50+..alhamdulillah rezeki..and one more, sempat juga saya mencapai 1 set glassware utk dinner set..memula takut juga nnt berat dah terlebih2 kan.en.hubby kata xyah pikir..ambik je mana nak, nnt kita tambah je kat website airasia tu ha..

selesai sessi shopping2, terus keluar dari kompleks, xlarat dah nak gi kedai lain2 yang banyak2 dalam kompleks..ingat nak usha perfume, tapi mcm dah xlarat..so kami keluar dari situ, and cari tempat nak lunch..plan nak cari makan2 ringan je sbb malam  nnt nak cari lagi tempat seafood..so kami pilih deretan gerai dekat dengan dataran lang tu je..ada satu gerai Sup Utara, so kami try...mmg mavelesss korang die punya sup..siap dengan sambal merah die kan..style utara betul2 kaw punya..mmg sedap..en.hubby amik bihun sup tulang, pun sangat2 mabeless..anak2 pun mkn xrenti2, sampai kami semua lupa nak snap gamba..hahha...rakus

ni je yg sempat di snap..gambar kedai pun lupe nak snap
 
Lepas lepak minum2 makan2..kami gerak ke pantai chenang hajatnya.tapi memandangkan masih awal and agak panas time tu, so kami spend time kejap kat Nusantara Gamat Langkawi tu..tepi jalan hala ke Padang Mat Sirat..ada satu botol gamat besar kat tepi jalan..orang ramai juga aritu..kami saja jalan2 tgk ubat2 situ..beli sikit2 utk bawak balik sbgai buah tangan..orang kata, antara mende wajib utk dibeli kalau dah ke langkawi ni kan..yg menariknya kat sini boleh tgk orang masak gamat dan juga pokok2 herba yg banyak kat sini :)
 



Lepas dah shopping sikit2..kami terus ke pantai chenang..plan nya nak bagi chance kat anak2 ni mandi pantai..ibu nya mmg idok laa kan..layan je anak2 main pasir..seronok sungguh! si khaleef yg sememangnya takut pasir sebelum2 ni, dh jadi berani pulak die..lagipun aa mainan korek2 pasir ni kan..tu pasal die seronok..mmg enjoy ptg tu..lepak tepi pantai sambil usha2 minah salleh seksi..hahha..dapat tgk sunset yang cantik..sambil tgk gelagat orang..main banana boat, speed boat, jet ski, aa yg surfing walaupun ombak xkuat mana pun..parasailing, eh..mcm2 lah..mmg best..dah nk masuk mgahrib tu, hubby siap2 kan anak..si ibunye pegi usha2 baju batik kat deretan kedai tepi pantai tu..eh, murahlah! baju batik yg baju tidur tu (bukan kaftan) rm15 je sehelai.haruslah rembat kan..mmg suka tido malam pakai baju cenggitu je..baju kaftan pun rm15 cantik2 kain dia..apatah lagi yg rm20 tu..

Suka tgk my handsome boy dah berani pegang pasir..huhu..

konon nak buat sand castle..happy!

isk sibuk gambar en.hubby yg tgh menyeksi..huhu..

we are happy!!

seronok die berlarian2 kat sini..


sampai bilik hotel, mandi2 siap2 dan keluar semula utk cari dinner pulak..kalini kami pilih restoran dekat2 ngan hotel je..kami pilih satu restoran yg dekat dengan airport, nama die Cucu-cucu Bamboo Beach Restaurant kyg terletak kat Jalan Pantai Chenang..restoran ni agak tersorok sikit, tapi masakan die mmg best2..ok laa lagi2 meja die besar2..sesuai untuk keluarga ramai2..yg ni sbb dah lapar, terus lupa nak snap gambar..kami pilih siakap sweet sour, telur bistik, sayur kailan, sotong tepung(wajib)..mmg best..dengan suasana die, lagu ala2 bali berkumandang..xpaham apa kaitannya disitu..hehehe..balik bilik, terus semua nya pengsn kepenatan.. :)






Wednesday, November 13, 2013

:: Jalan-jalan Langkawi - Part 1 ::

Assalam semua..
Alhamdulilah..selesai sudah agenda percutian kami untuk hujung tahun 2013 ni..x pegi jauh pun..just ke Pulau Langkawi je..tapi percutian kalini mmg saya suka, sbb santai and xde terkejar2, since kami pun pergi cuma ber 4 je, then plan pun ikut suka hati sendiri je, just refer pada map dan jugak kat blog2 lain..

Actually, ini semua adalah idea en.hubby, nak bawak anak2 naik aeroplane katanya..si sara asyik dok sebut2 nak naik kapalterbang..so kami book air asia utk ke langkawi..dari bulan 9 lagi dah plannya..cari tiket promo, then book hotel siap2 kat agoda..ttg kereta sewa, alhamdulillah xde masalah..banyak je info ttg kereta sewa ni kat internet ni ha..google je lah..banyak je yang offer kereta dengan harga yg sangat berpatutan..kami sewa dari Pak Long Din, kat blog ni http://dinitravel.blogspot.com/. Sebab pikir nnt nak shopping kan (shopping ler sangat), pastu ada luggage besar lagi, so kami cari kereta sedan..alhamdulillah dapat kereta wira dengan harga rm50 je satu hari.. :) book seminggu awal, so time kami sampai tu ada budak dah siap2 anta kereta kat airport dah..

Excited si kakak

Adik pun sibuk nak join sma..

Very nice view.. :)

Us :)

reaksi sara? huh, sangat laa excitednya..pagi2 sabtu tu dah bangun awal..siap mandi sendiri..then siap2, lepas sarapan, singgah klinik jap sbb khaleef mcm xberapa sihat..die cirit birit dari pagi..badan die pun panas sikit..tapi xpanas sngt laa..g klinik just nak dapatkan ubat standby..yg aku notice si khaleef ni, ada taring baru nak keluar, so gusi die mcm pecah sikit..kebiasaannye mmg die akan demam sikit kalau nak tumbuh gigi ni..lps ambik ubat, kami gerak ke lcct..malas nak susahkan kawan2 gi antar and ambik, kami sepakat nak park kereta kat lcct je..nak murah sikit, park kat sebelah Tune Hotel, rm16 untuk 1 hari..so ok lah..tempat parking nye pun nampak selamat sebab ada orang jaga..tapi na kene menapak juga laa..dalam 10 -15 minit juga kalau berjalan kaki tu..so en.hubby drop kan kami kat entrance, siap load barang semua, en.hubby gi park kereta..then, lepas kami dapatkan boarding pass, check in luggage dan terus ke tempat pelepasan..time ni sara suka sangat, nampak dengan jelas kapal terbang ais asia depan mata..

pukul 12.30 pm kami take off..alhamdulillah..cuaca baik, so pemandangan sangat laa cantiknya kan..disebabkan depan kami seat kosong, sara dengan selambanya gi duduk situ sbb die nak tgk view dari atas..sikit pun xde rasa cuak ke, takut ke..wah, sangat berani ini budak..khaleef meragam sikit, sbb xselesa kan..sakit gusi, and die xdapat nak gerak bebas, sbb dlm flight kan sempit..huhu..

hotel kami..source from google

Bilik kami..
 
 
Nice view dari bilik hotel

sejam penerbangan, alhamdulillah..kami sampai ke langkawi dengan selamat..sementara tunggu kereta sewa sampai, kami isi perut dulu kat marrybrown..dapat je kereta, terus gi hotel untuk check in..disebabkan dah ada bilik kosong, terus boleh masuk je..kami book Bella Vista hotel kat padang mat sirat, so dalam 1 km je jarak ke airport..cuma jauh sikit dari pekan kuah laa..tapi xkisah pun mana2 area hotelnye, nak gerak kemana2 pun senang sbb langkawi bukannya besar mana pun :)
hotelnya biasa2 aje, tapi ok laa..nama pun percutian sempoi kan..si sara nampak je swimming pool, terus gigil nak terjun pool..haih..




lepas siap2 mandikan budak 2 orang ni, terus kami ke Dataran Lang..xjauh dengan Jetty Point kat kuah..saje jalan2 ambik udara petang..ramai jugak yang datang sini ptg2 mcm ni..snap gambar, pastu jalan2 tengok laut..tgk2 souvernir yg dijual kat situ..then kami ke Pantai Chenang..chenang ni dah on the way balik ke padang mat sirat..so singgah jap sbb kebetulan nak cari seafood kat chenang..singgah pantai jap..tgk orang main parasailing, surfing pun ada..ramai jugak orang..mmg happening! kami singgah jap lepak kat gerai laksa kat tepi pantai, mmg sedap nye lahai makan laksa yg sememangnya sedap, pekena pulak rojak buah, then air kelapa segar..wahh..mmg syok..



Bukan mainn..
 
Restoran Haji Ramli, Pantai Chenang, Langkawi..insyaallah next time gi langkawi mesti singgah sini lagi :)
 
Our dinner..sedap!
 
then, sebab dah nak malam, kami terus cari port dinner pulak..xsusah nak cari kedai makan, sbb banyak sangat deretan kedai makan kat tepi pantai chenang ni..kami makan di Restoran Haji Ramli..pilih2 seafood..kami pilih sotong goreng tepung, udang sambal, ikan siakap sweet sour dan sayur kailan..perghhh..mmg recommended laa restoran ni..sedapppp..esp ikan n sotong tepung die..sara mmg xsuka sotong, sbb liat katanya, so die makan udang je, since itu mmg makanan kegemaran dia..mmg puas hati sangat makan kat sini..sape2 nak cari tempat best utk makan, restoran melayu dan luas, silalah cari Restoran Haji Ramli ya..lepas makan, kami balik hotel..ready utk aktiviti esok pulak! :)