Friday, May 06, 2011

:: Gula berlebihan dalam susu tepung anak? ::

Mesti korang sume dah penah tgk iklan susu Anmum kat tv tu kan? yg ade 3 orang termasuk wardina tu..korang ade perasaan tak nak check susu anak, samada kandungan gula tinggi ke tidak? ade ke tak pepejal sirap jagung dan sukrosa ape sume tu? Qaisara minum Enfagrow A+ dan bila aku check, yessss..mmg ade semua2 tu..pepejal sirap jagung, sukrosa, lagi ape eh? laktosa eh? aku pun tak ingat..so that, kandungan gula mmg tinggi dalam susu sara tu..apatah lagi, susu die perisa vanilla, mmg manis susunya, sampai kan aku pun suke minum..

ini adalah susu qaisara..die sangat suke susu ni, xkira perisa apa, vanilla/ori/honey..sume die bedalllll...

Aku nak tanye koranglah..selama lama ni mmg dah ade dah mende2 ni semua kan? nape sekarang baru diorg nak gebang2 pasal kandungan gula yg tinggi dalam susu budak ni eh?kenapa selama kita kecik2 dulu bagi sesapa yang minum susu tepung (aku tak ye, aku minum susu 'cap gantung' selama 3+ tahun!sian mama aku..hahaha..) takde pulak cerita pasal kandungan gula ni..ke, ini adalah  taktik pengeluar susu yg dalam iklan tu untuk tarik pelanggan beli produk diorg? masalahnye skang ni, betul ke susu yang diwar warkan TIADA GULA TAMBAHAN tu benar2 xde gula? setahu aku la kan..mende2 yang takde gula ni yang merbahaya..sbb die ade tambah satu bahan yang membuatkan air/susu tu akan jadi manis..bahan tu merbahaya utk kesihatan - aku penah dapat email dr forum group pasal mende alah ni..contoh mcm coke diet lah, chewing gum tanpa gula lah (sugar free)..dan apa jua makanan/minuman yang kononnye tanpa gula tu adalah lebih merbahaya jika dibandingkan dengan makanan bergula..sbbnye mana boleh makanan yang dijual tu tidak diletakkan pemanis, sbb pemanis lah yang akan membuatkan makanan/minuman tu tahan lama..dan sebagai alternatif, diorg letakkan bahan lain yang berfungsi sebagai 'penahan' makanan tu dr cepat rosak, dan itu lah yang membahayakan kesihatan tu..

so, camne eh? aku mcm dah berkira2 nak tukar susu sara, sbb nye aku  tgk kandungan gula dalam susu sara adalah tinggi! 7-10 sudu teh per day..gila banyak tuh! korang nak tau cemana nak cek? cube bukak website ni :  http://www.semakgula.com.my/

ok, bila dah bukak website tu, 1st, pilih umur anak dr dropdown list tu, then korang masukkan karbohidrat per serve seperti yang tertulis kat tin susu anak2 puan ye..mcm susu sara 23 gram, per 40gram..haa..then klik kat Calculate Now (haa..dah mcm tulis test script dah aku neh)

The result : see? seeee??? 7 - 10 tea spoon per day..tak ke banyak tu..aku ni kan, seboleh2 kurangkan bagi die makan gula2, air manis ape sume tu, sekali susu die penyumbang utama gulaa daaa..

so canne eh? aku rasa mcm nak tukar susu lah..tapi susu lain pun aku rasa lebih kurang je kot? abistu susu apa yang elok? susu seperti dalam iklan kah? ok jugak, sbb lagi murah dari Enfa..keh keh keh..tapi betul ke ok susu tu? aduhh..pening sungguh lahai..no wonder la skang ni budak kecik pun boleh dapat kencing manis kan? gila lah! korang pulak cemana? sila lah check susu anak masing2 ye..baik kita buat langkah cepat sebelum terlambat! :)

14 pengomen:

Ummi Danish May 6, 2011 at 10:53 AM  

danish pun minum produk enfa dari kecik. and sy da aware pun pasal kandungan gula tu, but sy tak tuka susu, still pki enfagrow. sebab utamanya, sy percaya produk enfagrow. danish development is so fast and klu nak bnding ngan sedara danish yang minum anmum, sedara minum anmum itu agak lambat sedikit walaupun tua 2 tahun dari dnish. even danish baru setahun, tapi dia da kenal no 1-10, huruf, a for apple, b for ball... mmg so fast dari yg minum anmum.
so sy stick to enfagrow coz of the DHA. tuk kawal gula tu, sy tanya paed Danish, paed tu ckp... u boleh lebihkan air so that rase dia will be tawar sedikit. tp Paed tu pun recommend Enfagrow... :)

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. May 6, 2011 at 10:59 AM  

oh, cmtu eh..yesla ummi..mmg development diorg cepat kan?tulah, sy pun berkira2 nak tukar susu, memandangkan susu enfa ni pada sy terbaik dr segi khasiat die..hm, ok jugaklah..means lebihkan air sket dalam susu die eh..hmm..ok jugak tu,then yg pastinya, kita kawal la pemakanan die yg lain2 tu, supaya jgn ambik banyak makanan/minuman bergulaa..ok, thanks for your info ye ummi danish! :)

Rina May 6, 2011 at 11:20 AM  

uiks .. aku pun concern jugak sb adam dah 3 thn minum susu enfa.. aku ada cek ngan kawan aku pegawai zat makanan, dia cakap may be ni taktik anmum nak promote produk dia. and as for gula tu still ok, gula tu akan jadi tenaga. tak de masalah. lebih2 lagi budak2 ni aktif.. unless kalo bdk tu diabetis or mmg gemuk n dinasihatkan utk kurangkan pengambilan gula dalam food dia. so may be kena tukar susu lain. aku ada try kasik adam anmum tanpa gula perisa honey.. tak bgtau dia pun tu susu baru.. terus dia ckp "tak sodap la, mummy.." apa2 pun tepuk dada tnaya selera.. nnt nak tnya paed nye advice pulak..

Cik Piko May 6, 2011 at 11:29 AM  

betul ar..iklan tu agak mempengaruhikan....hampes tul...before thi stak de lak org duk bising..tak psl2 kena pk psl nak tukar susu ke tak. b4 this balqis minum snow, tp sbb slalu batuk je, so decide tukor pada dugro..baru sgt tukor...kesian lak kalu nak tukar lagi...uishh...

ShilaShower May 6, 2011 at 11:57 AM  

pada i, susu tetap ada gulu cuma yang additional sbb nak bagi sedap tu mungkin yang kat iklan tu depa kurangkan.

TAPI

my point is, i rasa tak perlu nak tukar2 susu semua nih. mesej cuma nak bagi kesedaran. sbb kalau let say kita tukar susu, lepas tu kita tak control apa anak kita makan, still akan ada gula berlebihan dalam meals dia. so sama je la kan. hehehe.

nak tukar susu anak pun bukan senang, dibuat dia takmo minum terus lagi haruuuu :P

my son minum enfa, i biar je. tapi benda macam chocolate, gula2, eskrem sumer tu, mmg tak bagi lah. :P so balance off. ;)

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. May 6, 2011 at 11:58 AM  

rina : haaa..eh, pegawai zat makanan pun kata ok eh?okla tu..lega sket aku dengar..yelah,aku dok risau je kalau terlebih amik gula pulak budak sara ni..dah la die suke minum sirap..tapi aku buat tawar2laa..tapi tu la, as long as die aktif, ok la kan? hmm..harus aku stick pada enfa ajek! :)

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. May 6, 2011 at 12:02 PM  

cik piko : betullah, susah kalau nak tukar2 susu ni..xpe, kita stick je pada susu yang anak kita minum skang ni..as long as cukup semua khasiat, anak tak meragam, itu dah cukup baik..mmg iklan tu membuatkan org pikir 2-3 kali..tapi xpelah, bak kata cik shilashower kat atas ni, kita balance kan pemakanan anak kita..itu yg terbaik.. :)

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. May 6, 2011 at 12:07 PM  

shilashower : yaaa...saya sokong anda!! betul lah kan..tak perlu nak tukar2 susu, yg penting kawal pemakanan anak kita..skang ni pun tgk anak aktif, development die pun ok, cepat tangkap apa yg kita ajar, sedikit sebanyak,pengaruh dr susu jugak tu kan..so that mmg i akan stick to enfa..and kawal pemakanan yg lain2 tu..thanks ya! :)

ummi mien May 6, 2011 at 2:13 PM  

aku punye point lagi best. tak yah ckp byk susu ibu lagi bagus. asli lagi. jadi kalu setakat nak promote anmum tu kurang gula n bla2, erk...mmg nmpk sgt la kan nak promote brand tu je.

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. May 6, 2011 at 2:16 PM  

mien : yes, mmg aku tak nafikan..susu ibu is the best!!tapi bagi ibu2 yang tak berjaya bf sampai 2 tahun tu, (mcm aku laa..) kenelah beralih ke fm..dan masalahnye inilah..gula terlebih lah ape lah..ha,aku pun skang ni pikir, diorg nak promote anmum je kot..tapi pada masa yg sama, kawal pemakanan anak kita..insyaAllah ok.. :)

Baju Kurung Budak May 12, 2011 at 11:49 AM  

Salam.
Rasanya betul kot pasal gula berlebihan tu. Sebab tu kalau lihat ada susu tepung yg harga murah dari yg lain.

Daripada:
Ain Syuhada@Zezebel
zezebel.blogspot.com

juanita May 14, 2011 at 7:32 PM  

Memang sgt2 giler. Anak saya minum susu fernleaf. Katanya itu saja susu yg ok sbb produk mesia. Haii....ntah la nak cakap camne...

awein May 18, 2011 at 3:14 PM  

kawal pemakann anak2 semua susu ada gula klu xsilap...mgkin tektik pengeluar susu tu jer

Anonymous May 20, 2011 at 12:52 AM  

Perbezaan yang dilakukan oleh Cik Ainie adalah sangat baik kerana anda membezakan Diet Coke dengan Susu Formula Yang Tidak Mempunyai Gula Tambahan…Memang saya setuju dengan pernyataan yang diberikan cik ainie bahawa dengan pengurangan gula yang ditambah, tidak semestinya ia adalah satu susu formula yang menyihatkan. Sebagai seorang ibu, kandungan gula harus diperhati dari pelbagai aspek dan bukan sahaja dalam susu formula sahaja. Gula hadir dalam pelbagai jenis makanan dan ia merupakan tanggungjawab anda untuk memastikan kandungan gula yang diambil oleh anak anda berada pada tahap yang normal. Tentang bab Semakgula.com – saya perasan bahawa pengiraan gula tanmbahan dilakukan melalui kadar karbohiidrat dlm susu…saya rasa macam tak betul je krn yang I tau la kan – carbo ni bukan gula sahaja.. Setahu saya carbo hadir dalam byk bendaa bukan?