Friday, May 31, 2013

:: Simpanan Tabung Haji - transfer from Maybank2u ::

Salam Jumaat untuk semua...
korang semua mesti dah ada akaun tabung haji kan? aku je yang lambat agaknya..baru taun ni bukak, yelah selama ni dok simpan dalam akaun ASB je..tapi sejak dengar desas desus ada fatwa yg mengatakan ASB tu haram, (xtau laa betul ke tak, tapi daripada kita was-was baik xyah simpan kat situ kan..) so terus aku stop buat simpanan kat situ..penah jugak terdetik dalam hati..dividen yg kita dok dapat tu dari sumber mana? then bila pikir2 balik..xpelah, bukak tabung haji..insyaAllah selamat duit dalam tu..ramai yang kata saving dlm bank conventional ni pun ada antara pendapatan nya yang diragui..tapi tu lah, nak buat cemana kan, dah gaji pun masuk situ, so nak x nak terpaksa laa guna..apa pun, bayar zakat jelah nanti kan..tapi kalau dah tau terang2 terangan yg pendapatan simpanan tu dari sumber yg x elok, baik kita elakkan..

actually en.hubby dah lama dah suruh bukak akaun kat tabung haji..tapi masalahnya aku laa..malasnye lahai nak pegi situ, nak beratur bukak akaun bagai..tapi ntah macamana, last 2 weeks ada urusan yang nak diselesaikan kat pkns, alang2 tu terus pegi ke tabung haji, bukak akaun..alhamdulillah..settle! kejap aje sebenarnya..dan nak bukak akaun ni, limit die rm20 je kalau xsalah aku laa..alhamdulillah..lega dah ada akaun tabung haji ni..sembang2 dengan pegawai kat kaunter tu, katanya dari Maybank2u mmg boleh transfer ke akaun tabung haji ni..nak transfer via mesin ATM pun boleh katanya..tapi aku xpenah laa buat guna mesin atm..

kat sini aku bagi cara macamana nak transfer akaun dari saving Maybank2u ke akaun tabung haji :

1. Login Maybank2u.
2. Klik 'Accounts & Banking'
3. Klik 'Bill Payment' kat link belah kiri tu..
4. Klik 'Make a one-off payment' menu..mcm kita nak bayar bill tu kan



 5. Pilih 'Funds' from drop down list then klik 'Continue'
6. Akan keluar nama Tabung Haji kat situ, klik 'Continue'
7. Then masukkan amaun, no akaun tabung haji, dengan ic number..then klik 'Continue'
8. Pastu akan keluar screen TAC tu kan, korang klik utk dapatkan TAC number mcm nak transfer duit tu kan..


9. Then lepas masukkan TAC number, klik 'Confirm'..siap! tu je..alhamdulillah..senang kerja..xyah nak beratur2 bagai kat kaunter kan.. :)

semoga hajat kami utk mengerjakan umrah/haji tercapai..semua orang nak kesana kan? insyaAllah..mulakan niat dari sekarang..semoga Allah lancarkan semua urusan kita..amin.. :)

4 pengomen:

mama maman aka yana May 31, 2013 at 9:51 AM  

Yer.. tranfer guna maybank2u je senang.. hehe..

joijoi80 May 31, 2013 at 4:12 PM  

yeke..boleh..wah..kalo tau..dahlama buat...
tapi saya still juga simpan asb.. insyaallah masih yakin lg..

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. June 2, 2013 at 9:25 AM  

mama maman : kan?mudah je..tetiap bulan dpt gaji time nk byr2 bil tu terus je transfer ke tabung haji..senang.. :-)

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. June 2, 2013 at 9:27 AM  

joijoi80 : haah..boleh..n jimat masa! oh..ok..yelaa..klau confident tu ok lagi..sy xberapa nk yakin..tu yg tutup je asb tu..