Friday, May 10, 2013

:: Idea untuk minum petang–Popia isi ketam ::

Actually idea nak membuat popia ketam ni saya dapat dari buku 1 hari 1 resepi chef hanieliza..mama saya ada buku tu, then satu hari dok belek2 resepi, ternampak lah resepi popia isi ketam ni..disebabkan satu hari tu sy tgk bahan2 ada dlm fridge, makanya saya pun buat projek popia isi ketam ni untuk minum petang..

en.hubby selalu sampai rumah around 6.45pm cmtu..so pkul 6 lepas mandikan khaleef and sara, saya keluarkan bahan2 dari peti ais, then mulakan projek menggulung popia..xsusah sebenarnya..senang sangat membuatnya, sampaikan boleh dikatakan seminggu 2-3 saya buat..kadang2 tukar inti laa..samada otak2 ke, sayur2 ke dsb..ok, jom kita tgk bahan..

Bahan-bahan Popia Isi Ketam

1 peket isi ketam
kulit popia secukupnya
lobak merah yang disagat
sengkuang yang disagat
sedikit daun kucai
sedikit garam
sedikit tepung yang dibancuh dengan air hingga menjadi pes (dijadikan gam)
minyak utk menggorang

utk sos,
4-5 sudu besar sos cili
air - ikut kepekatan..kalau nak cair sikit, lebihkan air
3 sudu gula
2 ulas bawang putih
*kemua bahan ini dimasak, sekiranya xmau manis, boleh kurangkan gula..ikut selera masing2..

Cara membuat
1. campurkan lobak, sengkuang, daun kucai dan garam kedalam mangkuk dan gaulkan..rasa sedang masinnya..
2. buka kulit popia perlahan2 ke atas pinggan lebar, letakkan isi ketam (buang plastiknya) dan sayur-sayuran yang kita gaul tadi
3. gulung kulit popia kemas2, gamkan dihujung kulit popia menggunakan adunan tepung dan air tadi
4. goreng dengan api sederhana..
5. sedia dihidangkan :)



mudah je kan? haaa..ni adalah hasil minum petang satu hari tu, tapi disebabkan cuma lobat je yg available, makanya ada lobak je lah dalam popia saya aritu..tapi still mengancam..sape2 yang kebuntuan, xtau nak buat apa untuk minum petang, boleh try resepi ni..xsampai 20 minit pun masa penyediaan..selamat mencuba! :)

0 pengomen: