Monday, February 25, 2013

:: 10 Makanan Baik untuk Otak Bayi ::

Salam semua…

selalu hari2 mcm pening nak masak apa untuk my little caliph..si khaleef tu laa..kalau qaisara xkisah, apa yg ibu nye masak, die ngap je kecuali yang pedas2 laa..tapi kadang tu main masak je, xde pun nak pikir makanan apa yang terbaik utk baby..yelah, budak tgh membesar kan, so perlukan makanan yg baik untuk pertumbuhan yang sihat..kat sini ada 10 makanan yg baik utk otak baby..dalam banyak2 tu, cuma sayur sayuran n susu je yang khaleef penah makan..yg lain xpenah.hahaha..teruk betul ibu neh..actually, baru minggu depan nak start bagi die makan telur tgk allergic ke tak..ikan salmon tu boleh try laa cari pasni..then time suap die roti hancur tu, nak campur sikit laa dengan mentega kacang..boleh gitu? hehehe..meh kita tgk satu2..


1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
salmon


2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.
telur

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
beri

7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
sayur warna warni

9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

so dah ada idea nak masak apa utk simanja? selamat mencubaa.. Smile

Friday, February 22, 2013

:: Aman Ville, Space U8 ::

Ni aktiviti ntah bulan berapa aritu, aku pun dah lupa..huhu..kan aritu penah cerita ttg Space U8 kat Bukit Jelutong Shah Alam? masa tu xbanyak pun shoplot yang dibuka, tapi masa kami pegi bebaru ni, ada banyak jugak laa kedai yang dah dibuka..kebetulan masa kami pergi tu, ada jualan kain2 dan barang2 dari nilai..haih, sempat jugak laa memanjangkan langkah tgk2 kain2 dan cadar kat situ kan..hehehe..

tujuan utama nak kesitu adalah nak membawak anak2 main kat Aman Ville..indoor playland yang sangat best! actually aritu masa 1st time dtg sini, xde lagi tempat ni..pastu 2nd time dtg sini time tu dah agak lewat malam, nak cari something utk supper actually, tapi time tu dah banyak kedai dah tutup..jalan2 sekali nampak play area la pulak kat situ..qaisara sangat teruja, ok! memula die mmg sibuk2 nak masuk, tapi nasib baik laa die adalah seorang anak yg sangat mendengar kata..lepas dipujuk, kata nak bawak die hujung minggu tu, so die stop meminta..

C360_2012-11-18-12-21-13

C360_2012-11-18-12-54-03

so hujung minggu tu, kami 4 beranak ke Space U8 semata2 nak pegi Aman Ville, sambil ibu cuci2 mata tgk jualan kat tgh2 mall tu..hehehe..admission fee utk masuk Aman Ville adalah seperti berikut :

Weekdays : RM18
Weekends & Public/School Holidays : RM25

Children below 3 years old (below 2 years 11months)
weekdays : RM9
Weekends Public/School Holidays : RM15

Drop & shop
RM30/hour (Weekdays)
Rm35/hour (Weekends)

Tapi rezeki Sara..xtau lah nape, orang kat kaunter tu cakap, sara punya fee RM15, sedangkan time tu sah2 dia dah 3 tahun ke atas..rezeki sara lagi..aritu masa main kat Kidz Sport & Gym kat Empire Subang pun dapat murah..suppose yuran die rm38, tapi utk sara diorg caj rm20 sahajo..ibu & ayah yang untung..hahaha.. yang best kat sini..

1) mainan die best! pada aku laa..kalau mcm kat Kidz Sport & Gym Empire Subang tu, mainan die terhad, kecik je ruangan dia tu..balik2 tu je laa mainan die kan, tapi kat sini..luas..kolam bola warna warni tu best, ada tempat utk main tembak2 guna bola2 yg banyak tu, panjat2, slide, crawling sume tu mmg ada, then, ada juga tempat fun games & educational activity..mmg puas lah budak ni lari2 kat dalam tu..

C360_2012-11-18-12-22-01

C360_2012-11-18-12-32-12

C360_2012-11-18-12-33-26

2) ada abang guard… disebabkan banyak aktiviti memanjat2, dan untuk keselamatan budak2, diorg sediakan jugak ‘guard’ utk handle budak2 ni..masa sara memula nak memanjat, nampak die agak takut – takut sbb dengar bunyi angin yg kuat (senapang hidraulik utk main tembak2 bola)..masa tu ayah keluar kejap, takkan ibu nak ikut sambil dukung khaleef kan, tgk2 ada volunteer yg nak handle sara..die yang jaga sara kat dlm tu..ikut mana sara pegi, layan die main slide..dah la abang hensem tu..peramah pulak tu..hehehe..bagus2..so parents xde laa risau kalau tinggalkan anak utk Shop & Drop kan?

3) separate infant and toddler play area .. actually kan, datang sini bukan sara je yg untung..khaleef pun sama, sbb kan aritu masa masuk tu, khaleef langsung xdikenekan apa2 bayaran pun, patutnya rm15 laa jugak kan? tapi diorg xde mintak pun? suruh masuk je..so kami bawak je laa khaleef, pegi kat infant area, then letak je die kat situ..apa lagi, seronok laa die tgk banyak mainan..so kami biarkan je die main kat situ..mmg xterganggu dek kebisingan dan keganasan budak2 toddler main..play area die pun bersih, kemas jek..sbb suke sangat tgk

C360_2012-11-18-12-57-00

C360_2012-11-18-12-56-44

C360_2012-11-18-13-02-02

4) food & drinks disediakan..  bukan lah free, kene bayar, tapi at least ada laa something utk kita minum2 dan makan2..tapi area toddler tu xboleh laa makan situ..just area infant tu je, ada tempat rehat2 kat situ..

5) parents boleh masuk free! yang ni pun best jugak..point paling penting kot, sbb kalau kat tempat lain, mesti salah sorang je kan..tapi yg ni, ibu & ayah boleh masuk, xperlu bayar apa2..haih, sedaplaa kami pun join main kejar2 dengan sara..sorang layan khaleef, sorang layan sara..sedang elok lah tu..

C360_2012-11-18-12-34-03

C360_2012-11-18-12-44-30

6) birthday parties!   tempat utk celebrate bday party pun disediakan..kebetulan masa dah siap2 main, dah ready nak keluar tu, team diorg tgh setup tempat utk bday celebration..meriah dengan belon2, makanan semua..teruja sangat tgk..boleh laa plan sambut birtday together2 utk budak2 berdua ni nanti..insyaAllah..

ok, tu je kot review yg aku boleh buat utk Aman Ville..aku boleh bagi 4 bintang out of 5..mmg boleh dtg lagi next time ni..skrg ni khaleef dah pandai memanjat..mmg elok sangat laa tu..hehehe..

so sesapa yang rasa nak bawa anak2 ke sini, mmg sangat recommended, mmg puas hati servis, layanan yg baik dari staff..dan juga selesa untuk semua peringkat umur kanak2 Smile

Telefon Aman Ville Space U8 : 03 50334830
Email : admin@amanville.com
Facebook : amanville@spaceu8
Twitter : @AmanVilleU8

Wednesday, February 20, 2013

:: Play doh buatan sendiri ::

Sara suke main playdoh..playdoh yang beli kat Toy r Us tu kan mcm agak pricy and kita tak tau apa kandungan bahan dalam tu..sesuai ke untuk budak2? pastu melekit2 and bila kene angin, kering dan bersepah2..haih, tensi ibu jadiknye!

Aritu masa tgh lepak2, ntah cemana boleh tertengok rancangan Martha Stewart Show..kebetulan pulak mmg tunjuk cara nak buat homemade play dough ataupun tanah liat..senang ajek rupenye..ni bahan2 die

- 2 cawan tepung gandum

- 2 cawan air

- 1/2 cawan garam

- 1 sudu besar minyak

- 2 1/2 sudu teh cream tar-tar

- pewarna makanan

cara2 die pulak, masukkan semua bahan tu dalam periuk, letak atas api yg perlahan, kacau sehingga doh terbentuk. tutup api, sejukkan barulah digaul dengan pewarna sehingga mendapat warna yang diingini..

tapi aku aritu, buat cara yang paling senang, xde cream tar tar, aku just guna tepung gandum, air panas, garam, minyak..campur je semua bahan dan kacau sampai jadik doh..tapi yg aku perasan, die akan jadi keras sikit laa..xmacam kalau kita campur cream tar tar tu..tapi ok lah, untuk sekali main kan..lepas main, dah bercampur2 warna tu dikerjakan dek sara (sebab buat kek siap ada cherry, lilin bagai kan) so boleh lah masuk tong sampah je lepas tu..mmg rajin sangat ibu nye nak membuat lagi lepas tu..hehehe..

buat sendiri playdoh ni actually jimat, then sangat ekonomi laa..sbb nya kalau nak main tahap qaisara tu bukannya 1-2 warna je yang die nak pakai..banyak tau! so baik laa kita gaul sendiri mende alah ni, haa..buat laa seberapa banyak pun, masukkan dalam bekas bertutup…insyaAllah boleh tahan laa 3-4 hari..jangan terkena angin sudah..then yang paling penting, bahan yg kita gunakan adalah selamat, andainya ada antara anak2 yang termakan playdoh buatan sendiri ni..tgk ajelah bahan2 nye..sangat simple dan pastinya bersih dan xde bahan pelik2 kan? yang dijual tu kompem laa ada bahan toksik, yelah, nak kasik tahan lama, mesti ada bahan pelik2 dalam tu..

2012-05-07 18.31.00

gambar ni masa die main playdoh dapat free beli susu sustagen tu kan..homemade playdoh xde pulak gambar..haih..

syok main playdoh ni, siap ibu pun duduk bersila melayan..hahaha..seronok sbb boleh buat aktiviti ni sama2 dengan anak, latih anak berfikir dan berkreatif..lantak je laa die nak buat objek apa pun, biarkan mereka berimaginasi..untuk buat objek2 tu, gunakan je apa yang ada didapur..mcm sara, die tau ibunya ada koleksi terap kuih tu kan, haa..habis dijadikan alat nak membuat kek lah, buat cookies lah..sukahati ko laa nak, asal bahagia..huhu..

boleh laa try nanti ye..zaman kita kanak2 dulu xde nye nak membuat sendiri mende2 ni..dulu tu beli tanah liat seketul yang dalam kotak tu..mampu beli satu kotak je, itu pun satu warna jelah..tapi baunya ya ampun..busuk! sebab tu kot aku xberminat nak main playdoh masa kecik2 dulu..huhu..

Tuesday, February 19, 2013

:: Our new baby..my WISH come true! ::

Alhamdulillah..syukur, niat nak tukar ke mpv yang betul2 multi purpose vehicle ni tercapai akhirnya..kenapa aku kata betul2 mpv? sbbnya, mmg kami berniat utk cari kereta yang selesa untuk kegunaan keluarga, dan juga untuk berniaga..yelah, mana tak nya, sekali beli stok barang coklat mau penuh satu kereta..huhu..

masa mula2 pilih tu, banyak juga list, beserta spec kereta dan juga budget..yelah, bukan boleh main pilih je kan..nak kene tengok juga mana2 yang sesuai dengan ketebalan poket dan juga purpose kereta itu dibeli..last2 kami pilih Toyota Wish, setelah menimbang tara antara Toyota Wish dan juga Honda Stream..dari segi design, mmg aku berminat dengan honda stream, tapi bila tgk tang saiz nye, stream kecik sikit,interior nye pun cantik stream..tapi bila google2, tanya sana sini, ramai yg suggest baik amik wish..so..inilah wish kami Smile

wish

hehehe..itu gambar google sahajor..mmg xde ambik gambar pun actually..xyah lah, nampak sipi2 pun jadik ler kot..hehehe..masih lagi bau kedai, dengan number plate WXP..insyaAllah, dah alang2 beli yang puas hati, kene lah guna sebaik dan semaksima mungkin..tapi apa2 pun, kalau setakat nak beli barang dapur or jalan2 dalam town, kami masih setia dengan kereta oren aku tu, sbb jimat minyak..kalau jalan jauh, yes, wish sangat jimat! bayangkan, kami ke ipoh, minyak cuma luak rm20 sahaja! huhu..setakat ni, paling jauh wish dah pergi ke Bertam Penang, kalau ke selatan dah ke JB dah..

syukur alhamdulillah.. Smile

Monday, February 18, 2013

:: Pemanggang Ajaib Menang ::

Orang sekarang ni nak memasak senang sangat dah..mcm2 alatan & bahan yang senang sangat nak dapat, dengan resepi yang pelbagai kat internet..kat hujung jari je, google apa kita nak, nah! resepi terbentang depan mata, pilih je mana yang berkenan..xboleh lagi dah nak kata tak reti masak ye, semua nya mudah sekarang ni..nak atau taknak je Smile

C360_2013-01-08-13-31-50

aritu (lama dah sebenarnye,hiks!) aku ikut mama gi syarikat menang..saje jenjalan cuci mata asalnya, tapi mende pertama yang aku nampak, dan yang berkenan dimata ialah pemanggang ajaib..mmg dah lama nak beli mende alah ni, tapi asyik tertangguh je..masa balik kampung aritu, amik kesempatan singgah jap..harus lah grab mende alah ni, sbb dalam kepala dok asyik pikir nak bakar ayam, lamb, ikan, sotong, udang..haih, macam2! tapi actually pemanggang ajaib ni x terhad utk bakar membakar je, nak masak apa2 pun boleh..tapi xboleh laa nak masak gulai cili apa ke apa kan, sbb ruang terhad..hehe..

C360_2013-01-13-15-12-02

so aritu jugak, masa tu adik aku yang bongsu tu ada kat sini, so kami plan utk beli lamb, marinate sendiri dan hasilnyaa..wallah, terangkat beb! sedap sbb lamb tu xkering sangat, very the juicy gitu..proses membakar pun senang, xmengotorkan dapur pun..tu yg aku suka sangat..

C360_2013-01-13-15-47-43

adik aku yg bongsu tu even die lelaki, tapi die suka memasak n boleh tahan rajin..so sempat laa aku membuli die buat coleslaw dan jugak whipped potato..mmg best laa lunch kami aritu..dengan lamb, ayam bakar lagi..semua hasil dari pemanggang ajaib ni..mmg berbaloi beli! lps ni plan kami nak beli dapur kecik yg boleh bawak kemana2 tu, nnt senang kalau nak picnic mana2, bawak marinated ayam/lamb/seafood, bawak je pemanggang ni ha..pastu boleh buat steamboat juga..haih, seronots tu..nantilah, kalau ada resepi pelik2 sikit yang aku try guna pemanggang ajaib ni, akan ku tepek kan resepi nye kat sini..untuk yang ini, resepi coleslaw, whipped potato, gravy blackpaper, semua mudah2 kot..boleh cari je kat google..aku pun cari kat situ je..keh keh keh

oh ye, sesapa yang nak dapatkan pemanggang ajaib ni, boleh contact ya 0192992844 ataupun emailkan ke ain.rusli@gmail.com harga rm129, mama i kata boleh bagi diskaun rm120..yang ni saiz 28cm ya..pada aku dah ok dah saiz ni, xbesar sangat, xkecik sangat..buku resepi pun disertakan..kalau nak, contact ya! Smile

Friday, February 15, 2013

:: Amalan untuk pendinding diri, keluarga dan rumah ::

Salam Jumaat semua..

Alhamdulillah, harini saya nak share something ttg apa yang saya pelajari selepas rumah dimasuki pencuri kira2 setahun yang lepas..untuk peristiwa rompakan tu, boleh refer disini dan disini

Biasalah, saya rasa ramai je kat luar sana yang sama mcm saya, bila dah terkena baru nak bertindak..yg saya maksudkan adalah, membuat ‘pagar’ ataupun pendinding rumah & diri..actually dah lama sebelum kejadian tu, saya ada terfikir nak buat ‘pagar’ rumah, tapi asyik tertangguh dan terlupa..lepas kejadian tu baru lah menyesal, nasi dah jadik bubur

Actually, banyak sangat ayat2 dan surah2 di dalam Al Quran yang boleh kita jadikan amalan dan panduan kita, untuk dijadikan pendinding diri, keluarga dan rumah..lepas kejadian tu, kami panggil seorang pakcik ni, kami panggil die haji salleh, untuk buatkan ‘pagar’ rumah kami.dan die jugak ada beri beberapa panduan dan ayat2 yang perlu kami jadikan amalan..kat sini saya nak share kat u olls ya..

Yaasin 8-9 Doa Pendinding

Surah Yaasin, ayat 8-9

Cara amalannya :
1. Hendaklah diamalkan sebanyak 11X setiap lepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3X selama 7 hari berturut-turut.
2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7X setiap penjuru.

Nota : Ada juga yang menuliskan ayat kedua ayat ini pada 4 keratan kertas lalu ditanam pada empat penjuru rumah.

PERINGATAN! :
Iktikad kita perlulah diperbetulkan dengan meyakini bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang berupaya memberikan perlindugan. Tujuan ayat dibaca dan diamalkan dengan berharap kepada Allah SWT dengan membacakan FirmanNYA dan meyakini sebulat hati bahawa Firman Allah adalah Maha Benar.
Hendaklah ayat ini dijadikan amalan harian dan diterapkan dalam kehidupan harian bukan bagi tujuan tertentu atau atas kehendak kita sahaja.

Jadikan amalan, insyaAllah..yakin bahawa Allah sahaja tempat kita berlindung dari segala kejahatan..semoga kita semua terhindar dari kejahatan dan kekejaman orang lain..amin..