Showing posts with label cerita raya. Show all posts
Showing posts with label cerita raya. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

:: Jualan Biskut / Coklat / Kek Raya 2014 - Agen diperlukan!! ::

Salam semua..
Bulan depan dah sambut Ramadhan kan? so mcm biasa..sebelum bulan puasa ni, kami membuka tempahan untuk biskut / cookies / coklat / kek untuk Raya tahun ini..ianya freshly home made, dibuat oleh saya sendiri, dan menggunakan mentega (butter) sepenuhnya (tak guna marjerin )

Bagi sesiapa yang berminat nak jadi dealer atau agen jualan biskut raya taun ni pun sangat2 la digalakkan, boleh tambah duit poket..walaupun anda di luar Selangor / KL, anda still boleh jadi dealer kami..x ada masalah..semua order / sample akan di hantar kepada anda menggunakan perkhidmatan bas ekspress :)
So..tunggu apa lagi? jom order sekarang untuk rasai kesedapan cookies2 daripada kami..

Almond London
RM 22 (50pcs)


- Sebiji almond yang dipanggang didalam biskut yang rangup, dan disaluti coklat yang lazat


Blueberry German Cookies
RM 20 (50pcs)

- Biskut blueberry yang cair dimulut


Choc Chip Cookies
Harga : RM 15 (balang kecil), RM 25 (balang besar)

- Cookies hot di My Chocs For You, campuran kacang almond yang rangup, choc chip, coklat parut, dan oat dan butter


Chocolate Cluster
RM 12 (balang kecil - 25pcs), RM 22 (balang besar - 55pcs)


- Campuran kekacang yang dipanggang, cornflakes hancur dan disaluti coklat susu yang lazat


Classic Sarang Semut
RM 18 (50pcs)


- Biskut klasik yang masih mendapat permintaan ramai. Menggunakan mentega sepenuhnya yang dicampur dengan tepung susu. Diparut, dan ditabur chocolate rice


Hazelnut Ferrero Rocher
RM 26 (50 biji)


- Inti sebiji hazelnut, biskut rangup yang diselaputi almond nibs yang dipanggang, disaluti chocolate susu, dan ditabur dengan croquant yang rangup


Mix Nut Caramel Crunchy
RM 22 (210gram)


- Campuran almond slice, sunflower seed, pumpkin seed, bijan hitam dan putih yang disaluti caramel.


Mocha Snow Almond
RM 22 (50pcs)


- Biskut gabungan nestum, serbuk badam yang rangup dan mempunyai aroma mocha, dan disaluti coklat dan serbuk roti.


Rice Crispies
RM 20 (55pcs)


- Bertih beras yang disaluti coklat putih dan croquent



Tart Nenas Gulung
RM 23 (50 biji)

- Menggunakan filling (inti) nenas yang fresh, dan kulit tart yang lembut dan gebu menggunakan butter dan minyak sapi.


Jualan Cookies Raya 2014 & Agen Biskut Raya 2014

- Tempahan dibuka sekarang
- Anda boleh request untuk mendapatkan cookies dengan lebih awal. seawal hari esok! 
- Penghantaran percuma sekitar shah alam, kampung melayu subang, puncak alam, puncak perdana, saujana utama, meru dengan pembelian melebihi rm 70
- Cookies dibuat fresh, menggunakan mentega (butter) sepenuhnya
- Sesiapa yang ingin menjadi dealer, sangat dialukan2..sila contact saya untuk details.

- Bagi order diluar kawasan selangor/kl, penghantaran akan dilakukan dengan menggunakan bas (bagi pembelian melebihi 15 balang)
- Sample disediakan berdasarkan permintaan. Sila contact saya untuk maklumat lanjut.

Untuk pertanyaan/tempahan, boleh contact saya melalui :
Personal/private message di page ini (My Chocs For You) atau personal account saya, Ain Rusli
Email : ain.rusli@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 019 2992844




Monday, September 24, 2012

:: My Girlfriends ::

Entry lama actually, lupe nak post, boleh? huhu.. sama mcm last year juga..port kat rumah reen kat sri pristana..yg membezakan, taun ni xseramai mcm perjumpaan taun lepas sbb ada beberapa yg tak available..dan jugak, taun ni ada beberapa pertambahan ahli baru..read:anak Smile

C360_2012-09-08-22-48-51

ahli baru : baby amani (anak yana), baby azriq (anak kak ina), baby khaleef (time ni khaleef tgk sedap bergolek dalam bilik) dan jugak aryssa (anak azza – pun sama tgh sedap berdengkur!hahaha) si azza bersalin awal taun aritu, yg kami bertiga, ingat tak entry kami makan2 bersama2 sebelum bersalin kat The Curve aritu? haa..ni dah keluar dah semua hero2 dan heroinnya..alhamdulillah.. Smile

C360_2012-09-08-22-04-16

mcm biasa jugak, taun ni pun buat style pot luck, xde laa susahkan tuan rumah (walaupun susahkan jugak sbb sepahkan rumah..hehehe) tapi sempoi je laa..reen goreng meehun, ada satay haji samuri, then ada ayam goreng, aku bawak dessert puding cocktail (menu sama mcm taun lepas, atas permintaan) buah-buahan, brownies SR..apa lagi ntah, aku pun xingat..actually apa yg penting, kami dapat together2, bercerita2, gosip2..anak2 kasi lepak biar diorg main..sara seronok je punggah mainan si iman tu keluar dr stor..muahaha..sian ibu die mengemas..ayah2 pun sama, dok menyembang..ada jugak yg jadi babysitter sementara kaum ibu makan2 dan bergosip..hehehe..

kami xlama malam tu..sbb ada yg ada hal, maka balik awal..aku pun ingat nak stay nak tolong si reen kemas apa yg patut, tapi si khaleef buat hal pulak..xpasti laa die kembung perut ke apa, meragam aje die malam tu..seb baik masa aku makan, die sedap tido tergolek dalam guest room..huhuhu..walaupun perjumpaan kalini sempoi je, tapi yg penting, kami dapat jumpa..yelah, walaupun xde laa jauh mana masing2, tapi disebabkan komitmen, agak susah laa nak jumpa2 selalu..insyaAllah..kami akan jadikan aktiviti perjumpaan raya ni sebagai aktiviti wajib tetiap taun.. Smile

*kami plan taun depan nak gi Legoland berjemaah ramai2, bila anak2 dah besar sikit..yeay!!

Thursday, September 06, 2012

:: Bercuti di France–Part II ::

Macamlaa betul2 ke France gayanya sampai ada part II..muahahaha..bukan banyak sangat nak diceritakan pun..cume masa je membataskan..tgh dok sedap bercerita, tetibe anak nangis ler, kakak nak susu ler..haih

ok, sambung cite yang aritu tu kan..lepas turun dr Japanese Village, kami jenjalan pulak kat Colmar Tropicale..kat sini xde banyak mende pun actually, just bangunan yg cantik2 je..bangunan ni adalah bangunan kedai2, hotel..banyak kedai souvenir, permainan kanak2..tu je laa..tapi pemandangan mmg cantik laa..udara segar, sejukk je atas tu..mmg best utk rehatkan minda..lagi2 utk sesapa yang main golf, mmg lokasi yg strategik laa kat Berjaya Hills tu.. Smile

colmar3

kami just jalan2..kebetulan masa lalu tu, ada persembahan tarian kat atas stage tu..wah, khaleef tak berkedip mata tgk org menari! siap terteleng2 kepala tgk org menari tu..dah laa penari seksi.haihh..

C360_2012-08-25-15-41-22

ntah laa..khaleef ke, ayah yg nak tgk ni ntah.. Smile with tongue out

si kakak pulak lebih suka main permainan yg ada kat situ..hmm..gasak laa nak..layan laa gambar kami kat Colmar ni eh..

colmar 1

colmar2

C360_2012-08-25-15-25-40

tgh jenjalan tu..sekali ternampak kawan sekolah menengah dulu..hasbi ngan adik ipar die, amli.. kalau ada hasbi kat sini, harus laa ada norma, wife die..norma pun kawan satu skolah dulu..saje kejutkan norma tgh pilih2 souvernir kat dalam kedai tu..

C360_2012-08-25-15-47-58

puan bee yg makin berseri2.. Smile

lepas borak2, lepak2 atas sana, kami gerak balik..sebelum turun tu, sempat singgah Animal Park..biar sara main puas2 dulu..budak ni mmg suka binatang..mesra alam betul..

colmar5

setel semua kami turun dr bukit tinggi..alhamdulillah..jalan xjem pun, terus singgah Carrefour Kota Damansara, sbb en.hubby nak ke restoran chef Zaidah, The Juempa..makanan die mmg best2! Smile

Wednesday, August 29, 2012

:: Bercuti di France ::

C360_2012-08-25-15-20-53

kitorg dah sampai ke france sabtu lepas..korang penah sampai? muahaha..mesti laa penah kan..Colmar Tropicale kat Berjaya Hills, Bukit Tinggi..mmg cantik laa tempat ni…ala2 French Theme Resort gitu kan..actually kami sampai sini masa dah on the way nak balik KL..kami balik sabtu, sbb malas nak sesak2 hari ahad tu..lagipun boleh kemas2 rumah tu..dah seminggu ditinggalkan!

kami gerak dr rumah mama dah tghari dah pun..plan nak gerak pagi..tapi biasalah kan..kecoh2 dengan anak2..plus mama masak nasik lemak yg super power pulak pagi tu..sodap sungguh! tu yg tertangguh niat nak balik awal tu..alhamdulillah jalan clear je..sara ngan khaleef pun ok je dlm kereta..xde meragam ke apa..sampai kat atas sana, parking kat The Chateau area Colmar tu, terus kami naik kenderaan lori yg diubahsuai jadi bas..boleh muat dalam 20-25 org sekali naik..plannya nak ke Japanese Village dulu..tapi kedudukannya nun di atas bukit..kalau nak naik kereta, panjat bukit setinggi itu, sorry laa..semput! huhuu..

C360_2012-08-25-14-48-19

kat Japanese Village ni ada Japanese Garden, Japanese Tea House, Spa dan jugak Suite..memula mcm malas nye lahai nak naik atas ni sbb kene memanjat tinggi! aku dah laa pakai heels walaupun xberapa heels, tapi sakit kaki jugak laa bila kene jalan mendaki dan turun bukit sambil bawak beban berat badan khaleef! huhuh..seb baik jugak buat acara berganti2 dukung dengan en.hubby..kalau tau, mau krem kaki dan tangan..si sara pulak, seb baik adik aku si roy aka pak usu ada..die tolong handle sara..

C360_2012-08-25-14-17-38

ni adalah entrance ke japanese Village..

C360_2012-08-25-14-21-04

kat sini semua landscape die bercirikan Japanese style..ikan koi, kolam, pokok, rumah, semua bercirikan japanese..yela..nama pun japanese village kan..

C360_2012-08-25-14-25-39

Ini Japanese House..dalam ni ada satu minah cina rasanya berpakaian kimono welcoming semua orang..kat dlm tu ada kimono yg boleh disewa dan boleh bergambar sekitar japanese village tu dan berposing ala2 ko dok kat Jepun..huhuu..oh, pokok sakura je tadak kat sini kot..kalau ada lagi real.. Open-mouthed smile

C360_2012-08-25-14-27-23

si dobot ibu ni langsung xmeragam..walaupun matahari terik, tapi suhu sejuk kat atas tu buatkan rasa dingin je..bila ngantuk die tido atas bahu..kalau x, mata die melilau je tgk keliling..ramai gak yg stop, pegang2 khaleef sbb org geram kot tgk muka die yg bulat

oklah, stop sini dulu..nnt sambung part II pulak ya..sbb ada tugas menanti ni haa..huhuhu..daa~

Tuesday, August 28, 2012

:: Tragedi biskut raya ::

tragedi laa sangat..hehehe..kan aritu aku cite yg mama datang sini naik bas sbb nak buat biskut raya kan? lepas amik mama kat bus stand, terus kami pegi cari barang buat biskut raya kat bagus, dan jugak pasaraya hero..malas nak masuk giant sbb org ramai, lagipun bawak bb kecik ni kalau xde stroller mmg boleh krem tangan dibuatnya..

setel beli barang, project start dan alhamdulillah..dlm masa 3 hari boleh siapkan 4 jenis biskut..taun ni buat tart gulung, almond london, snow almond, dan jugak chocolate chip cookies..tapi masa buat cookies yg last ni, mama terperasan nape laa dulang2 terakhir tu lambat sangat masaknya? lama nau dalam oven, tapi still lembik lagi..bila di check2, rupanya api atas tak berfungsi! oh no! seb baik laa cookies tinggal 2 dulang je nak dibakar..mama bakar jugak laa..masak elok, tapi lama sikit laa dok dalam oven tu..then esoknya try on kan semula oven tu, tgk2 langsung xpanas sbb api bawah pun buat hal..aduhhhhhh….bahan buat biskut banyak lagi ni..plan nak buat biskut makmur, biskut sarang semut, then ada a few lagi yg kami nak buat..barang dah ada..sedey tauuu!

tapi disebabkan time tu dah hari sabtu, abah pun dh dtg nak ambik mama bawak balik kampung, makanya, terpaksa aa projek buat biskut dihentikan..oklaa..bila dibahagi2 kepada 4 orang, masing2 dapat 4 balang besar.ok laa tu kan..

bila bincang2 semula dengan en.hubby ttg oven ni, kami plan nak angkut je oven baru yg lebih besar..memandangkan lepas ni nak on semula biz buat tartlets, cuppies dan jugak kelas, so mmg berbaloi laa kalau ambik yg baru..it’s ok..satu pelaburan jugak kan..pusing duit modal je lah..baru nampak sikit hasil berniaga kan..hehehe..

so ahad lepas, kami pusing2 satu shah alam utk cari oven..oven yg khas utk buat biskut, kek ni actually xde jual kat kedai barang letrik mcm sengheng, harvey norman or courts mammoth..kat situ kalau brand mcm Elba, Trio, Pensonic tu ada laa..saiz die pulak xbesar mana kan..kalau yg mcm aku nak ni kalau ada jual pun kat kedai2 khas barang2 bakery ni..

C360_2012-08-27-11-28-51

lepas dah pusing2, survey2, akhirnya aku pilih yg ini..brand DeLonghi, yg aku dapat ni kat kedai bagus..alhamdulillah..puas hati dengan kebesaran oven ni, dan jugak function die..ada mcm2 fungsi, boleh bake, boleh buat stew, rotisserie, buat cookies, dan jugak grill..haa..pasni boleh laa try masak ayam golek dalam ni..kalau buat cuppies or cookies, boleh masuk 2 dulang at one go..kalau kelas pun, boleh mempercepatkan masa membakar..alhamdulillah..sangat puas hati..harganya rm1190..memula nak ambik yg convection oven yg besar, harga rm3k+, tapi bila pikir2 balik..xyah laa kot..ambik yg seribu lebih ni udah lah..ni pun ok ni..sbb kalau kelas selalu aku amik max 4 orang je pun..so ok laa kan.. Smile lagi kelebihan oven ni, kipas besar kat belakang tu, then die punya upper heat element tu bentuk W, so that pembakaran lebih sempurna..sbb apa yg penting dlm pemilihan oven ni ialah pengudaraan yg bagus dan jugak temperature accurate, mengikut apa yg kita set..

boleh check kat sini http://www.delonghi.com/my_en/products/aov-843/

alhamdulillah, dah bertambah satu lagi gajet masak memasak kat rumah ni..yg paling penting, ianya adalah hasil titik peluh berniaga..tu yg paling suka.. Smile oklah, nak start buat tartlets ni..ada customer order blueberry cheese tart 150pcs utk jamuan kat opis die khamis ni..nak kene start buat shell die dah ni..plus, nak rasmikan oven baru ni harini..hehehe… daaa~

oh, sesapa nak order cheese tart dengan pelbagai pilihan filling spt blueberry, strawberry, kiwi, mango, and orange, boleh emailkan ke ain.rusli@gmail.com atau pun calling2/sms/whatsapp 0192992844.. mana tau kot nak order utk open house, open office (ada ke istilah ni? huhu) ataupun makan2 dengan family ke kan..rasanya dijamin sodap!! huhu..

Monday, August 27, 2012

:: Raya 2012 ::

Salam semua..masih belum terlambat kot kalau tuan rumah nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin utk semua pengunjung belog yg tak seberapa ni.. Smile

dah raya ke 9 pun..baru nak wish..mmg tak berkesempatan..sepanjang bercuti 9 hari yg lepas mmg tak bukak laptop or on wifi kat henfon pun..mmg malas gila..lagi seronok melayan karenah anak2..kejap yg kecik nak susu, kejap yg kakak nak nasi impit dengan ayam..haihh..mmg tak cukup tangan dibuatnya..tu yg henfon, laptop, segala mala gajet letak tepi..wahh..becakap mcm ada anak 10 orang! hahaha..

taun ni kami beraya di umah mertua, kat teluk intan..adik beradik en.hubby cuma ada 3 sekeluarga je malam raya..lagi 3 sekeluarga balik umah mak masa hari 1st raya..yela, masing2 umah mertua dengan umah mak dekat2..senang laa nak balik mana2 pun time raya..bukan mcm kami, perak pahang..adik en.hubby ada sorang yg jauh..perak-tganu..haa..lagi laa jauh kan..yg lain sume dekat2 je..last puasa aritu mak, kak imah n aku je laa yg masak semua juadah..seb baik laaa mak ni jenis yg standby semua bahan nak masak tu awal2, then abah mertua pulak jenis yg rajin..beli lauk2 segala, die bawak balik, singsing lengan baju dan siang semua lauk2..haa..kan best tu..semua buat sesama, so memudahkan kerja dan penyudahnya, malam raya tu kami berehat2 je kat ruang tamu sbb semua dah setel..lagipun masing2 kekenyangan lepas berbuka utk kali yg terakhir di bulan syawal dengan udang besar gila yg abah beli..waa…syokk..tenkiu abah! Smile

gambar raya taun ni xbanyak pun..mmg sempoi gila raya taun ni..salam mintak maaf pun dah tghari sebelum kami gerak beramai2 ke umah opah kat bota..layan dulu laa gambar raya ni haa..

C360_2012-08-19-11-10-55

si khaleef mengamuk sbb kepanasan..

C360_2012-08-19-11-07-48

sedondon ibu dan kakak.. Smile

C360_2012-08-19-11-12-33

hero ibu yg hensem! Smile

C360_2012-08-19-11-14-00

buah hati ibu..

C360_2012-08-19-11-14-45

posing ala2 model..

C360_2012-08-19-11-15-43

model biskut raya..hahaha..

C360_2012-08-19-11-26-56

bersama mertua..

C360_2012-08-19-14-05-59

on the way ke bota..

alhamdulillah..walaupun cuaca mak aiii..panass kering, tapi si khaleef xde laa nak meragam ke hape..mmg sangat memberi peluang kat ibu utk pulun abis2 ketupat rendang lemang yg ada..hahaha..mmg belasah betul taun ni..khaleef  bantai tido je, walaupun orang dok hurung die bila g mana2..sejak dah pandai senyum, gelak2 ni..mmg asyik jadi perhatian orang laa..hehehe..

kami gerak balik ke temerloh, pahang pagi raya ke 3..alhamdulillah jalan xjem, cuaca pun redup je..so mmg confident je laa naik bukit lalu batangkali n genting tu…alhamdulillah..selamat sampai dan selamat pulang..so harini dah stat kerja, nak kemas umah segala..nnt kita sembang lagi pasal raya ya! Smile