:: Kronologi peristiwa kami dirompak.. ::
Salam semua..
Ramai kawan2 yang minta saya utk ceritakan secara detail, mcamana kejadian rompakan dirumah saya berlaku..yelah, agak mencemaskan bilamana perompak menyerang kami dibilik tidur, sehingga mencederakan kami..oklah, sy ceritakan dr mula kejadian tu berlaku..untuk pengetahuan, rumah kami terletak di Taman Sandaran Permai, Puncak Perdana, Shah Alam..sebelah ngan UiTM puncak perdana, jalan menghala ke puncak alam..kawasan yg mmg tgh sibuk ngan pembangunan
Selasa, 4/10/2011
12 .15 tgh malam
en.hubby kejutkan sy yg tertidur diruang tamu rumah semasa melayan si qaisara bermain..die memang, selagi ibu tak ajak masuk bilik, selagi tu laa mata die terbukak luas..haih..lepas terjaga terus ajak sara naik ke bilik, sementara en.hubby terus masuk ke dalam bilik air dlm bilik kami utk ambik air sembahyang..sy masuk bilik tanpa kunci pintu bilik (sbb tgh mamai)..lepas solat, en.hubby pun tak kunci pintu sbb maybe die agak sy dah kunci pintu bilik kami masa sy masuk ke bilik
4.10 pagi
kami dikejutkan dengan kedatangan 3 manusia (sorang pendek, sorang kurus dan sorg lagi tutup muka dengan baju) yang menyerbu masuk ke dalam bilik kami. mereka masuk, bukak lampu dan acukan senjata ke arah kami. sy sempat perhatikan senjata yg mereka gunakan, batang besi, screw driver yang sangat besar dan satu lg sy tak ingat (mcm kayu panjang). time ni kami panic, en.hubby menjerit dan sy peluk en.hubby sbb terlalu terkejut dan takut. pada masa yg sama, salah seorang dr perompak (pendek) tu telah memukul bahagian pinggul sebelah kanan sy menggunakan batang besi..pukulan nye pada saya sangat kuat, sbb die gunakan 2 belah tangan utk memukul. dari pertuturan mereka, sy sgt pasti yang ke 3-3 mereka adalah manusia pendatang bangsat yang dtg menagih rezeki dr negara kita ni..
perompak yang kurus telah mengikat tangan en.hubby menggunakan dawai hijau (dawai pagar) dan ketika tu sy sangat takut, memikirkan apa yang mereka akan buat pada saya dan qaisara. so sy terus peluk qaisara sekuatnya, dan hanya mampu melihat ketika perompak kurus tu menampar en.hubby bila die merayu utk tidak apa2 kan kami...perompak yg menutup muka dengan baju tu terus menggeledah bilik, membuka laci, almari dan mengeluarkan kesemua dokumen2 penting milik en.hubby. then, perompak kurus tu menyuruh sy memberikan barang kemas yg saya pakai ketika itu, cincin, rantai dan gelang tangan. handphone milik husband turut diambil..
mungkin disebabkan tidak berpuas hati dengan barang yang mereka perolehi, salah seorang perompak minta kami turun ke bawah, dan meminta sy mengeluarkan handbag..saya hanya ikut arahan, sbb takut mereka apa2 kan kami..sy ambil handbag dan mereka ambil wallet dr dlm beg, keluarkan duit dan campak wallet tu kepada saya..beg tangan sy tu diambilnya..time tu rasa nak menjerit, sbb duit raya qaisara yang sy baru kira utk masukkan dalam bank ada dalam tu.ada rm500 lebih kesemuanya...termasuk beberapa barang kemas dlm beg kecik dlm handbag tu..sedih, sbb semua tu barang hantaran kahwin, dan jugak hasil dr bisnes coklat saya..senang2 je mereka ambik.. :(
4.20pagi
perompak kurus mengarahkan kami naik ke tingkat atas..lepas ditutup nya pintu bilik, beliau terus lesap bersama dengan yang lain...
4.35 pagi
lepas pastikan mereka semua dah pergi, kami turun kebawah..sy terus check ke arah dapur, nak tgk dr mana mereka masuk..tapi semua nya berkeadaan elok..rupenye, mereka masuk ikut sliding door tepi (rumah sy end lot, jadi ada 2 sliding door). sliding dan grill habis dikopaknya, dan kayu penyendal sliding pun ditolak ketepi..kami check, laptop 2-2 lesap (ke 2-2 kepunyaan company) termasuk beg laptop - dalam beg laptop tu ada satu external hard disk 200G yang mana ada gambar qaisara dr kecik sampai besar, gambar sy dan en.hubby dr dulu2 sampai skrg, gambar kenangan sy semasa belajar, gambar product2 homemade chocolate saya..abis semuanya lesap..sedih sangat2..turut hilang kamera, handphone sy dan jam tangan en.hubby.
4.40 pagi
en.hubby keluar dr rumah untuk mintak tolong dr jiran2..sy pun turut sama menjerit memanggil jiran saya (india) sambil menekan loceng rumah..tapi malangnya, tiada seorang pun yang terjaga ketika tu..suami saya beberapa kali pusing memanggil jiran2 dan akhirnya ustaz Azhari (penyanyi kumpulan nasyid Nowseeheart) yang tinggal sebaris rumah kami (rumah last sekali corner lot) tersedar dan menelefon polis.
5.10 pagi
polis peronda datang dan membuat laporan ke IPD seksyen 9, shah alam.
5.40 pagi
seorang inspektor bersama seorang anggota polis wanita datang mengambil laporan dan cap jari di pintu sliding door kami. malangnya, kesemua cap jari tersebut telah rosak. tidak lama kemudian, datang pula seorang ASP, dan kami disoal siasat ttg kejadian pagi tadi. seorang timbalan dari IPD turut datang (sy tak pasti nama timbalan tersebut, ada 4 paku atas bahu die) untuk melihat kawasan kejadian dan turut masuk ke dalam bilik utk melihat sendiri keadaan bilik kami. kami diminta utk membuat laporan ke balai polis Cahaya SPK utk dapatkan salinan report, yang akan digunakan utk membuat report ke company atas kehilangan laptop, buat checkup di hospital dsb..
menurut kata polis, mereka2 yg pecah masuk rumah kami ni adalah indon Flores - kalau ikutkan org melayu kita, mereka ni org asli laa..polis buat andaian mengikut dr apa yg sy describekan - kulit hitam, mata bulat, rambut kerinting - kata polis, spesis ni mmg kuat laa..mmg xyah nak lawan, spesis yg duduk kat hutan, yg makan babi dan biawak neh..
6.00pagi
Jiran sebelah rumah terjaga masa polis sampai..barulah kami berkesempatan utk call family, bgtau perkara yg berlaku..diorg baik hati pinjamkan kami satu handphone utk standby..mak kepada jiran sy pelik, sbb macamana diorg boleh tak sedar saya panggil, terjerit2, sedangkan sy panggil betul2 dekat dengan pintu rumah die, dan auntie tu tidur kat ruang tamu je pun..
8.00 pagi
Pasukan polis dan Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) datang utk membuat siasatan. Tapi malangnya, anjing besar tu xdapat kesan jejak perompak tu..sebelah rumah saya ni bukit, dan berdekatan dengan tasik..anjing tu dok pusing2 area bukit, dan berakhir di tasik..menurut polis, berkemungkinan perompak tu hilangkan jejak, atau mereka pakai ilmu, lalu ikut tasik..wallahualam..
9.00 pagi
lepas sarapan, kami ke balai polis Cahaya SPK. lepas settle buat report, dapatkan salinan, kami terus ke DEMC, shah alam utk buat check up..kaki sy belah kanan dah start kebas..lebam membiru..jari kanan en.hubby rabak sbb terkena screw driver - mungkin terkena masa diorg acu2 kan senjata kat en.hubby..muka pun bengkak sbb kene sepak ngan perompak pagi td. sampai hospital, kene buat x-ray dan alhamdulillah kami tak apa2..doc kata lebam sy adalah berpunca dr pukulan yg kuat..dia cuma berikan sy ubat tahan sakit dan ubat sapu..
2.00 ptg
buat report atas kehilangan laptop company..seb baik tak kene ganti..selain laptop, access card sy juga diambil (access card dlm beg laptop) en.sahrir, manager HR suruh sy balik ke rumah dan berehat..die jugak suruh sy ambik cuti utk setelkan apa2 yg patut..keesokannya, en.hubby pulak report kt company dia..alhamdulillah, tak kene ganti or bayar..
4.30 ptg
dah setel semuanya, barulah kami sampai ke rumah. ambik qaisara kat rumah pengasuh..kata kak lina, sara tak lena tidur sbb asyik terkejut2..kesian anak ibu..sampai rumah, tgk byk kereta polis kat depan rumah, sepanjang lorong kat rumah kami ni, sbb mereka buat operasi dan naik ke bukit sebelah rumah kami ni..kata mereka, kat atas bukit tu ada penempatan indon..mmg dasar merempat! tapi polis tak de kuasa nak tangkap sorang2 bawak ke balai utk kenal pasti (sbb sy ingat muka 2 org perompak tu) sbb kata mereka, diorg tak boleh dikacau sepanjang proses Pemutihan..skang ni mmg diorg berlagak, tak takut dengan polis..diorg berani sbb tau polis tak boleh simply tangkap bawak ke balai..
mama abah, along semua datang dr temerloh..SIL pun datang dr ipoh..masa SIL nak tumpang solat kat bilik tetamu tingkat atas, die terkejut bila nampak ada najis dalam mangkuk tandas duduk kat dalam toilet bilik tetamu tu..en.hubby flush je, sbb takkan lah nak ambik bawak keluar pulak kan..dan tahu lah kami bahawa kami telah dipukau.....
so..itu lah kronologi peristiwa rumah sy dirompak..kalau diingat kan balik, mmg takut sangat2..kami trauma beberapa hari, en.hubby tak dapat tidur malam disebabkan trauma..nasib baik jiran kami kenalkan dengan seorang pakcik ni, die buat kan air penawar utk kami bertiga mandi dan minum..alhamdulillah..kami dah semakin ok dah sekarang..xde lagi terjaga malam..wife pakcik ni boleh tgk2 org..die mintak sy tunjukkan bekas lebam tempat kene pukul tu..tekejut die! die kata besi yang digunakan utk memukul tu 'berisi'.. maksudnya batangbesi tu telah dijampi, ada bisa dalam besi tu..patutla kaki kanan sy kebas berhari2..lepas kakak ni buangkan bisa, alhamdulillah sy dah boleh bawak kereta keesokannya..
satu lagi,mengikut akak ni, die kata actually bukan rumah kami sahaja yg dipukau..tapi satu row rumah sy turut terkena..mereka gunakan pasir dan dicampakkan atas rumah saya dgn tujuan utk pukau kan semua..patutlah, bila kami terjerit panggil jiran, takde sorang pun yg tersedar..padahal ade sorang jiran sy ni, selalu azan kat surau..selalunya bangun awal..tapi dia kata, die pun tak dengar..jahat sangat mereka ni..tu lah, kalau dah kunci rumah dengan sebesar2 kunci pun, pasti boleh dibukak dengan kuasa syaitan yg mereka pakai..so nak elakkan perkara2 mcmni, kenelah pasang pendinding dengan menggunakan ayat-ayat AlQuran utk elakkan perkara2 pukau daripada berlaku..
syukur, walaupun banyak barang2 yg hilang, tapi kami terselamat..syukur sangat pada Tuhan..sy sgt2 risaukan Qaisara actually..nasib baik mereka tak apa2 kan anak saya..qaisara pulak tak menangis masa die terjaga, cuma terkebil2 tgk ada org lain dalam bilik tidur kami..sy bimbang juga kalau2 sara menangis, takut dilempangnya qaisara, or buat something yg lebih teruk utk diamkan dia..mana tau, dibuatnye sampai pengsan ke..nauzubillah..
apa2 pun..peringatan buat semua..pagarilah rumah anda dengan ayat2 suci alQuran, pastikan rumah/bilik berkunci sebelum anda kemana2, jgn letakkan barang berharga setempat (silap saya...) dan jgn simpan cash dirumah..banyak lagi actually..yg penting, sentiasa beringat2..sbb sekarang ni kita tak semestinya even duduk kat rumah sendiri..macam2 boleh berlaku skrg ni..semoga kita semua terhindar dari perkara2 yang tak diingini..amin..
Total lost : 15k
- 2 laptop termasuk bag laptop
- 4 handphone
- barang kemas - rantai, 2 gelang, 4 cincin, buah rantai dan 2 pasang subang
- cash rm800 - rm500 duit raya qaisara, dan rm300 lebih duit sendiri + duit berniaga
- kamera
- jam tangan en.hubby
- handbag bonia - satu handbag tu diambiknya, dalam tu ada mcm2 barang lagi yg sy tak ingat..
sy redha dengan kehilangan barang2 yang saya sayang, sbb sy yakin..itu semua mungkin bukan rezeki kami, dan ada hikmah atas semua yg berlaku..insyaAllah..ini sedikit ujian yg Allah kepada kami, moga2 dapat dibersihkan segala dosa2 kami..amin..
11 pengomen:
tp kan sis..klu kita xde menda nk bg lagi laa xtau derang nk buat apa..adoii..takutnye baca..
betul jugak imaan..tapi at least ade jugak cash sikit2 kan..daripada sy, silap sendiri pegi simpan barang kemas dalam handbag..hmm.pengajaran tu..
sedihnya baca. mesti sakit kesan pukulan tu. ya allah, tolong la balas kekejaman mereka ini!
mmg sakit..2 hari kaki kanan aku kebas..lebam die kaler biru hijau hitam semua ada..seb baik xde apa2 yg serius..
amin..!
huhuhu.. seram.. gile lah.. so x dpt la tgkap pencuri tu ea?
sgt horror baca kisah akak ni..cedey kan x dpt buat pe2..n org jahat tu pon if terlepas x mustahil buat lg..betul mcm pe yg akk ckp..biarlah kehlangan harta..jgn diambil nyawa n diapa2kan..
sekadar peringatan utk diri n semua: amalkan ayat kursi dan 3 qul sbg pendinding dri sihir
so far xde apa2 berita lagi.. :(
azy : tu lah azy..cume dapat lihat je barang2 yg kita sayang diambil..tapi nk buat macamana..yg penting, mereka tak apa2 kan kami dgn serius..
thanks azy..akak mmg amalkan ayat qursi sebelum tidur.tapi xtau lah, dihari kejadian tu akak jadi mcm mamai..masuk bilik terus lelap xingat apa.. :(
salam..betul2 tergerak nak masuk sini hari ni, selalu masuk blog coklat je..
terkejut tapi alhamdulillah ain, hb n qaisara tak diapa2kan dgn cara yg lebih teruk..sangat bersyukur akak baca yg tuh..
yg lain kita doa pada Allah..
faiz
kak ozzy sampai sini? heheheh..thanks ye kak..
ha'ah, betul kak..syukur kami xde apa2 yg serius..ain paling risau kan qaisara..alhamdulillah..diorg langsung xsentuh sara.syukur sangat2..
Adooii...takutnya baca pengalaman Ain kena rompak...
Mudah2an kita semua dilindungi dari pengalaman pahit seperti ini...
Thanks ain sbb sudi kongsi pengalaman...
Post a Comment