Friday, June 07, 2013

:: Qasidah Ya Hanana beserta lirik & maksud ::

Salam Jumaat semua..

nak share dengan kawan2 zikir/qasidah Ya Hanana yg selalu sangat jadi nyanyian anak2 kecil, termasuklah Qaisara..comel kan budak2 bila nyanyi2 lagu mcm ni..semoga kita dapat terapkan rasa cinta mereka kepada Rasulullah, insyaAllah.. Smile

Tuan empunya qasidah ni sebnarnya ialah Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf..tapi saya suka version yang ini..dalam rancangan Cinta Masjid di TV Alhijrah..suka dengar penyanyi dari kumpulan InTeam dan beberapa artis..sebenarnya, yang penting apa yg nak disampaikan..jadi, meh kita hayati lirik nya pula..

هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

Semoga bermanfaat.. Smile

Wednesday, June 05, 2013

:: Muhammad Ammar Khaleef–1 tahun sudah.. ::

Alhamdulillah..genap setahun anak ibu hari ini.tepat jam 2pm tadi..syukur..sepanjang setahun ni, khaleef membesar dengan sihat dan bijak! seronok tgk perkembangan khaleef sebab dia membesar depan mata saya..syukur..

2013-05-18 17.16.23

Ibu ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun yg pertama ya sayang..Ibu doakan semoga anak ibu, Muhammad Ammar Khaleef sentiasa dalam lindungan Allah..diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yg bijak, soleh dan menurut kata..insyaAllah..

Celebration? insyaAllah nanti kita sambut ramai2 ya..ibu ngan ayah busy seminggu dua ni..insyaAllah nnt ibu ceritakan perkembangan khaleef diusia setahun ni pulak..by this week pegi cucuk setahun..xsabar nak tau berat khaleef sekarang..nanti ibu update ya! sayangg anak ibu!

* expess..sbb tgh busy siapkan kerja..huhuhu

Monday, June 03, 2013

:: Tukar company baru.. ::

Last week dapat email from HR manager..katanya ada mandatory meeting kat The Saujana Hotel, Subang..memula rasa cuak jugak..meeting apakah? then bila pikir2 balik..rupanya team kami di transfer ke company baru..actually mmg ada proses transition yg berlaku dlm taun ni..Xerox nak concentrate on their product, then they release us to another company, which is Cognizant..awal taun dulu semua developer team termasuk my team, GSK dah masuk Cognizant dah..dan team kami (tester team)mcm terumbang ambing sikit, since xtau apa berita..samada stay kat ACS, Xerox ataupun transfer to Cognizant..atau berkemungkinan juga diberhentikan dengan bayaran certain2 amount..gulp! yg last tu hopefully x laa kan..tapi ada je team yg kene benti..tapi diorg ok je laa rasanya since $$ yg diorg dapat quite banyak jugak laa..actually kan, aku kalau 3-3 kes pun xpe kot..kalau terus kat acs pun ok, transfer gi cognizant pun ok..diberhentikan pun mcm….ok jugak laa..sbb kalau benti, means aku full time biz aku akan bermula laa maksudnya..kene keje keras utk kembangkan lagi biz ni..plan nak cari kedai, kene mulakan dari awal nampaknya..tapi syukur alhamdulillah, kami ditransfer ke company baru, dan dapat lagi increment salary 8%..alhamdulillah…

so far katanya semua follow ACS..dari segi benefits (increment, bonus, insurance coverage) kerja pun sambung je apa yg kita buat skrg ni..dan yg plg best, dari segi working from home laa of course..walaupun desas desus ada yg kata nanti kami semua kene masuk opis, tapi so far developer yg masuk cognizant semua ok je boleh wfh mcm biasa..hopefully berterusan laa sampai bila2..hehehe..that’s y aku xkisah pun kalau stay ke transfer ke, sbb sama jek semua..yg bezanya cuma nama company.. Open-mouthed smile 

so harini kene datang opis setelkan segala mala mak nenek offer letter, handbook, sijil2, release letter..nak setelkan terus harini, so esok xde laa nak dtg opis lagi..penat woo meredah jem yg sangat teruk pagi tadi..(eleh, mcm laa org lain xmeredah jem kan..huhu..) anyway, good luck utk diri sendiri..xtau laa lepas abis projek GSK ni aku kemana hala pulak..hope transfer company baru ni jgn tension2 sudahlahh..kang xpasal huru hara hidup aku kang..huhu..

Friday, May 31, 2013

:: Simpanan Tabung Haji - transfer from Maybank2u ::

Salam Jumaat untuk semua...
korang semua mesti dah ada akaun tabung haji kan? aku je yang lambat agaknya..baru taun ni bukak, yelah selama ni dok simpan dalam akaun ASB je..tapi sejak dengar desas desus ada fatwa yg mengatakan ASB tu haram, (xtau laa betul ke tak, tapi daripada kita was-was baik xyah simpan kat situ kan..) so terus aku stop buat simpanan kat situ..penah jugak terdetik dalam hati..dividen yg kita dok dapat tu dari sumber mana? then bila pikir2 balik..xpelah, bukak tabung haji..insyaAllah selamat duit dalam tu..ramai yang kata saving dlm bank conventional ni pun ada antara pendapatan nya yang diragui..tapi tu lah, nak buat cemana kan, dah gaji pun masuk situ, so nak x nak terpaksa laa guna..apa pun, bayar zakat jelah nanti kan..tapi kalau dah tau terang2 terangan yg pendapatan simpanan tu dari sumber yg x elok, baik kita elakkan..

actually en.hubby dah lama dah suruh bukak akaun kat tabung haji..tapi masalahnya aku laa..malasnye lahai nak pegi situ, nak beratur bukak akaun bagai..tapi ntah macamana, last 2 weeks ada urusan yang nak diselesaikan kat pkns, alang2 tu terus pegi ke tabung haji, bukak akaun..alhamdulillah..settle! kejap aje sebenarnya..dan nak bukak akaun ni, limit die rm20 je kalau xsalah aku laa..alhamdulillah..lega dah ada akaun tabung haji ni..sembang2 dengan pegawai kat kaunter tu, katanya dari Maybank2u mmg boleh transfer ke akaun tabung haji ni..nak transfer via mesin ATM pun boleh katanya..tapi aku xpenah laa buat guna mesin atm..

kat sini aku bagi cara macamana nak transfer akaun dari saving Maybank2u ke akaun tabung haji :

1. Login Maybank2u.
2. Klik 'Accounts & Banking'
3. Klik 'Bill Payment' kat link belah kiri tu..
4. Klik 'Make a one-off payment' menu..mcm kita nak bayar bill tu kan



 5. Pilih 'Funds' from drop down list then klik 'Continue'
6. Akan keluar nama Tabung Haji kat situ, klik 'Continue'
7. Then masukkan amaun, no akaun tabung haji, dengan ic number..then klik 'Continue'
8. Pastu akan keluar screen TAC tu kan, korang klik utk dapatkan TAC number mcm nak transfer duit tu kan..


9. Then lepas masukkan TAC number, klik 'Confirm'..siap! tu je..alhamdulillah..senang kerja..xyah nak beratur2 bagai kat kaunter kan.. :)

semoga hajat kami utk mengerjakan umrah/haji tercapai..semua orang nak kesana kan? insyaAllah..mulakan niat dari sekarang..semoga Allah lancarkan semua urusan kita..amin.. :)

Thursday, May 30, 2013

:: My Birthday.. ::

Genap umur aku arini 21 tahun..ecehhh..tu 10 taun lepas kot..taun ni dah 31 tahun..aduh..dah tua..dulu masa muda remaja, selalu nampak mak-mak tunggu anak2 depan skolah, terfikir kadang tu..haih, mcm tu ke aku nanti? yup, aku alami skrg ni..zaman nak membesarkan anak2..rasa dah tua je..tapi jiwa masih muda..boleh gitu? hahaha..
 
taun ni sambut birthday without en.hubby kat sisi..die kat jb, outstation for 4 days..hmm..boring..for the 1st time kot sambut birthday tanpa dia..kalau taun2 sudah, ada je depan mata, wish depan2, sambil bisik2, "apa wish ain taun ni?" "ain nak present apa?" rindu nye nak dengar lagi soalan2 tu..tapi taun ni via call je..hmm..bosan :( patut harini die balik..or esok..eh, mintak2 lah harini die balik.. sedih woo.. :(
 
birthday celebration? hahaha..xyah lah weh..dah tua2 ni mcm xde perasaan nak celebrate bagai..cuma nak pegi makan2 tempat best2 je..bawak anak2..insyaAllah yg tu en.hubby dah janji nanti die balik dari jb..hadiah? xde nk mintak apa pun..apa yg orang bagi, ku terima dengan senang hati..ecehhhh...hahaha..insyaAllah kalau ada kelapangan nnt, ingat nak buat juga celebration beramai2..memandangkan kami 4 beranak sume birthday dekat2..sara 21/5, aku 30/5, khaleef 5/6, en.hubby 16/6..sume bintang Gemini.. :)
 
permata hati penyejuk jiwa.. :)
 
apa pun, syukur pada Mu ya Allah..kerana memberi peluang kepadaku untuk masih bernafas di muka bumi Mu ini, memberi kesempatan untuk ku membesarkan zuriat yang Kau kurniakan sebagai amanah kepada kami..jadikan lah aku hambamu yg beriman, bertakwa, sentiasa ingat akan Mu dan menjadi hamba yang bersyukur..insyaAllah aku berazam akan menjadi yang terbaik dalam segala segi..segala-galanya...amin...
 
* harini amik EL..ntah tetibe rasa nak cuti..lagipun badan penat, seminggu mengadap order coklat..misi menyiapkan 1000pcs lolly chocs berakhir harini insyaAllah..harini nak start buat cheese tart pulak 500 pcs..alhamdulillah..rezeki..nasib baik kerja opis xbanyak..tu yg selamba je lah cuti berehat..huhu..
 


 
 
 
 
 
 
 




Wednesday, May 29, 2013

:: Sand Art ::

Antara toddler activity yang sara suke tapi aku tak berapa suke ialah sand art..nape aku tak suke? haih, sbb nnt berpasir rumah..lagi2 kalau sara buat sendiri..dah alas dengan paper pun, still ada jugak pasir sepah sana sini..kadang main kat luar rumah, tapi xde laa aku dapat nak ngadap die setiap masa..risau jugak die main sorang2 kat luar rumah kan..tapi disebabkan nak penuhkan masa die kat rumah ni, dan jugak sebab sand art ni kira aktiviti bagus utk tajamkan akal budak2, so aku layan je lah..ni aktiviti kami this week..actually sand art disney ni dah lama dah beli..tapi disebabkan aktiviti die penuh je kat rumah, siang bz dengan skolah, pastu balik skolah tido, main ngan adik die, pastu karang die nak membaca lagi..(oh, sara dah pandai reading! nnt aku story and share kaedah yg menyebabkan die cepat pandai membaca ya!) dan jugak dengan aku yg bz nye, so mmg aku sorokkan mende alah ni tinggi2..huhuhu..

 




so masa weekend lepas baru berkesempatan keluarkan, punye laa excited makcik ni kan, sebab watak kartun kegemaran die tu! hehehe..layan lah gambar die dok main sand art..ni masa ni adik aku si una yg layan..aku bz nak siapkan order orang..hehehe..

actually sand art ni, pada aku baik utk asah die punye kreativiti..dan jugak daya ingatan..kita xbgtau pun die warna (kat kotak pun xde sample warna gambar) so pandai2 kita laa nak letak pasir kaler apa..tapi die ingat..die tau tang kasut kaler apa, tang butang baju warna apa..so terhasil laa gambar ni..die yg buat sendiri ni..cuma adik aku tolong cungkil kan je sticker yg kecik2 tu..tabur menabur mmg kerja die, tu pasal habis kat lantai sume berterabur nnt.. huhuhu.. sand art ni banyak jual kat kedai2 buku..kat kedai2 mainan pun ada..yg aku ni cari kat Toy R Us, satu kotak ada 8 keping gambar, colourful sand, 3 frames, pencungkil gigi (untuk keluarkan sticker)..harga rm19.90..pada aku ok sangat, sand die pun banyak, so aktiviti ni boleh diulang2..setiap kali sesi, satu gambar sahaja..hahha..jimat duit ibunye haa..pasni banyak lagi aktiviti aku nak buat dengan qaisara ni..mcm masak memasak ke, buat cupcake or muffin, (sbb die adalah peminat tegar kek2 or muffin ni..) ataupun deco2 cupcake ke..saje suka2..biar penuh masa die dengan aktiti, xde die bosan nnt kan.. :)