Friday, March 22, 2013

:: Doa murah rezeki ::

Salam Jumaat semua…semoga kita semua mendapat kerahmatan dari Allah swt pada hari yg penuh berkah ini.. Smile

Mcm biasa, tiap hari jumaat, insyaAllah sy akan sharekan  apa jua post yg berbentuk ilmiah, atau tazkirah ttg apa jua perkara..harini kita ckp ttg rezeki ya kawan2..hehehe..setiap hari kita keluar, pergi kerja, mencari rezeki untuk anak2 dan keluarga..jadi, seharusnya selepas kita penat berusaha, berdoalah, moga2 usaha yang kita lakukan akan membuahkan rezeki yg halal, dan diberkati..insyaAllah..

jom tadah tangan, kita baca doa ni sama-sama..

doa murah rezeki

dan yang terakhir sekali..bertawakal..serahkan segalanya kepada Allah..sekiranya sememangnya rezeki itu ditakdirkan milik kita, bersyukurlah..kalau bukan milik kita, kita perlu redha, mungkin ianya milik seseorang yang lebih memerlukan..insyaAllah, pasti ada yang lebih baik menunggu kita dihadapan…

Thursday, March 21, 2013

:: Bila masalah air nak selesai? ::

Tension mak oiii..nak basuh baju, nak masak, nak basuh pinggan..tak boleh nak ontime..kene tunggu time2 diorg pasang air baru boleh guna..actually kat puncak perdana ni dah dekat seminggu xde air..tapi bukan lah putus terus..ada masa2 nya air ada..contohnya subuh ada air, pastu xde pukul 8-11 pagi..pkul 11 tu ada semula  sampai pukul 2 lebih camtu..pastu time sibuk2 nk masak malam, ada semula..lepas pkul 9mlm dah xde pulak..haih, mcm tau2 je time kita nak masak, ada pulak airnya kan? mcm terancangg jek! huahuahua..

en.hubby dah call dah syabas actually..jawapan diorg, kolam air kat puncak perdana ni xbanyak, xcapai level yg sepatutnya, menyebabkan xcukup utk supply kepada semua..then, bila ditanya ada solution ke tak? diorg kata setakat ni xde..what? dah seminggu kot masalah ni..bukan nye baru sehari 2..haihhh..xtau nak kata apa..bila jadi cmni, nak memasak, nak buat keje2 rumah pun jadi malas, jadi terbantut..

yg paling kesian, budak2 kat sekolah laa..I mean kat kindergarten kan..mcm kat krista, skolah sara ni, diorg ada daycare sekali tau..kesian budak2 tu xmandi pun sepanjang hari, sbb diorg xde air simpanan..tapi tu lah, pelik jugak mak pak budak2 ni..dah tau xde air, mandikan laa anak siap2 sebelum g keje kan..kesian budak tu xmandi sampai ke petang..makanya, teacher2 kat situ kene beli air kat mesin yang 20sen seliter tu..kesian ok! kata teacher kat situ, air cukup utk basuh poop aje..aduhai..tapi patutnya diorg kene laa standby tong besar kat situ kan..incase jadi mcm ni..kan dh susah..mcm kat rumah kami ni mmg standby tong besar yg kaler merah tu kan, kat bilik air atas dan bawah..xkisah biar bilik air sempit sikit asalkan senang bila jadi kes mcmni..lagipun mmg style aku xsuke mandi shower..xpuas..suke lagi mandi guna cebok..I kan orang kampung..hehehe..

hope sangat krisis air kat selangor ni cepat2 solve..bosan tau..xtau laa ada kaitan ngan politik ke tidak ke, malas nak ambik tau..yg penting, apa yg kami nak, xde dah masalah air lepas ni..xde dah catu2 mcm sekarang ni..tension tau dak!!

C360_2013-02-11-16-41-53

gamba sara & ayah kat pantai balok..xdak kaitan dengan tajuk, tapi kalau dapat berendam dalam air terjun ke, pantai ke time panas2 ni syok jugakkan?

Tuesday, March 12, 2013

:: 5th Anniversary Ain & Din ::

08/03/08 – 08/03/13

Alhamdulillah..dah 5 tahun pun usia rumahtangga kami..rasa baru je update blog masa anny taun lepas..masa tu tgh sarat pregnant kan khaleef..and now, kami sambut Anniversary ber 4..cukup complete dengan seorang puteri & seorang putera..alhamdulillah, syukur…

1 happy family

Actually, sy betul2 terlupa on 8/3 tu..sekali en.hubby kiss and wish happy anniversary, rasa nak menjerit sekuat hati..sbb rasa mcm, “apehal laa aku boleh terlupa harini anniversary? padahal selalu2 aku yg ingtkan hubby..” tu lah, semenjak 2 menjak ni mmg banyak mende dah terlupa, banyak sangat kerja sampai terlupa dah tarikh2 penting mcm ni..haihhh…

Setiap hari sy berdoa, moga Allah panjang kan usia saya utk terus berbakti kepada suami dan anak2, juga dipanjang kan usia suami agar tetap sentiasa ada disisi saya setiap kali duka dan gembira..alhamdulillah, tuhan ketemukan saya dengan suami yang sangat baik hati, penyayang kepada sy dan anak2, sangat rajin..dan seorang yang sangat bertanggungjawab..

Alhamdulillah..semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Jannah! amin…

* the best part is, en.hubby tanya : sayang nak apa utk anniversary kalini? of course saya nak pegi holiday!! yeay!!

Friday, March 01, 2013

SPACE U8: Book Fair by MyBookStor​e

Salam Jumaat semua..

Ok, buat semua pencinta buku, ada satu Pesta Buku yang akan bermula pada hari ini,  1 hingga 10 Mac 2013 bertempat di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam..start jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam..

pesta buku space u8

so sesapa yang berminat nak cari buku2, esp student yang masih x gunakan baucar buku 1Malaysia tu kan, xtau nak beli apa..haaa..meh perabihkan kat sini, sebab diorg kat sini terima baucar anda ya..yg bestnya, discount up to 50%..haa, banyak ye tu adik2, akak2, abg2 sekelian yaa…

aku pun nak g jugak nnt ni, tapi mungkin pegi sorang je laa..nak tambah koleksi buku2 sara, dan juga nak tgk buku2 masakan/decoration yg menarik utk biz aku nnt..kelmarin pegi sana, diorg tgh setup tempat, nampak mcm besar jugak laa tempatnya nnt..jumpa disana ya! Smile

Tuesday, February 26, 2013

:: Ulat Buku ::

Dulu masa zaman skolah, sampai laa sebelum kawen, ramai jugak yg gelarkan aku ulat buku, sebab mmg xpenah berenggang dengan novel..novel tau, bukan buku2 skolah or buku2 rujukan kuliah ke apa..koleksi novel pun banyak..banyak sangat, tapi skang ni ntah mana2 ntah novel tu sume..agaknya, bak kata orang mana tumpahnya kuah kalau x ke nasik, hobi aku ni turun pulak ke Qaisara..

C360_2013-01-09-21-28-36

tapi…die bukanlah baca novel, membaca pun masih merangkak..tapi die suka sangat apa jua jenis buku, especially buku2 latihan dia yang aku belikan..ada satu partition kat tingkat atas, mmg khas utk buku dia je..bukan buku latihan je, buku mickey mouse club house, buku An Nur, buku cerita, mcm2 buku lah..kalau dulu die mcm tak heran sangat, tapi semenjak dia dah pandai bunyikan suku kata, tau setiap huruf permulaan bagi setiap perkataan, die jadi addicted sangat dengan buku..bukan sikit2 tau..mmg sangat2 addicted! contoh balik dari school, the 1st thing yang dia akan capai ialah buku dia..whatsoever jenis buku yang dia nampak , dia akan ambil, pensil or colour pencil dan dia akan start menulis or mewarna..C360_2013-01-09-19-57-52

skrg ni, qaisara dah pandai membunyikan suku kata , then dah pandai bunyikan huruf..so ada sesetengah tu dia boleh bunyikan sendiri perkataan tanpa pertolongan ibu or ayah..mmg sangat kagum dengan kakak, sebab kalau ikutkan dia masih belum betul2 masuk 4 tahun pun, dah pandai mengeja..alhamdulillah..kalau kat school, teacher die skip ajar ABC 123, skang ni teacher dah start ajar die membaca pun..so maybe dari situ, tambah pulak kat rumah aku pun kadang2 rajin jugak melayan die mengeja, so die jadi excited to learn new thing..

C360_2013-01-08-18-43-49

satu yang buat aku risau satu ketika dulu ialah, takut die confuse antara perkataan in english and in malay..contoh nya, dia tau yang A for Apple, so aritu masa die buat latihan dalam buku BM, die mcm confuse bila aku kata E untuk Epal..memula mmg gaduh jugak laa..tapi bila dah lama2, dah banyak kali explain kat dia, baru dia faham..siap tanya lagi, “ibu, yang ni dalam english ke, malay?” huhuhu..tapikan, yelah, as a working at home mother, supposedly aku ada banyak masa untuk ajar qaisara..tapi tak semestinya..kadang2 time keje banyak, aku xkan cukup masa utk tgk setiap apa yang die buat..sampaikan kadang2 annoying pun ada, sbb setiap masa dia akan tanya aku apa yg perlu dibuat, kalau dia tak paham arahan dalam buku tu..tapi tu lah, nak buat cemana kan, try jugak spend time utk ajar dia..kalau terlalu bz, aku akan ckp baik2, then die akan paham..tapi nanti siapla..bila nampak aku free sikit, mula laa usung buku datang dekat ngan aku, nak mintak diajarkan..huhu..

alhamdulillah..aku monitor setiap perkembangan qaisara, sbb lepas kejadian masa die kecik aritu, aku takut sangat perkembangan die terbantut ke apa..skang ni, syukur..die membesar menjadi seorang yang sangat bijak, seiring dengan usia dia..syukur Alhamdulillah..

Monday, February 25, 2013

:: 10 Makanan Baik untuk Otak Bayi ::

Salam semua…

selalu hari2 mcm pening nak masak apa untuk my little caliph..si khaleef tu laa..kalau qaisara xkisah, apa yg ibu nye masak, die ngap je kecuali yang pedas2 laa..tapi kadang tu main masak je, xde pun nak pikir makanan apa yang terbaik utk baby..yelah, budak tgh membesar kan, so perlukan makanan yg baik untuk pertumbuhan yang sihat..kat sini ada 10 makanan yg baik utk otak baby..dalam banyak2 tu, cuma sayur sayuran n susu je yang khaleef penah makan..yg lain xpenah.hahaha..teruk betul ibu neh..actually, baru minggu depan nak start bagi die makan telur tgk allergic ke tak..ikan salmon tu boleh try laa cari pasni..then time suap die roti hancur tu, nak campur sikit laa dengan mentega kacang..boleh gitu? hehehe..meh kita tgk satu2..


1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
salmon


2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.
telur

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
beri

7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
sayur warna warni

9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

so dah ada idea nak masak apa utk simanja? selamat mencubaa.. Smile