Thursday, May 26, 2011

:: Nora Elena - Drama wajib tengok!! ::

Salam semuaaa...
Skang ni kan, pkul 7-8 malam, mesti aku dah tercongok depan tv..sbb nak nonton cite kegemaran aku ni haa..korang layan tak cite ni? sape2 yg layan, boleh la share2 pasal cite ni..masa 1st episode dulu, aku 'ter' tengok actually..masa tu tgh tunggu en.hubby balik keje, nak g dinner kat luar..then, tetibe aku rasa mcm cite ni mcm best ajee..lagi2 pulak hero die hensem2..haa.2 org tu hero die..hero utama die Aaron Aziz..huhuhu..mmg best betul lakonan aaron dalam cite ni..heroin die pulak, si cantik siti saleha, adik sam bunkface tu..alaaaahh..yang banyak berlakon iklan2 kat tv tu..cantik die ni..berlakon pun ok..menjadi je lakonan die dalam cite ni..actually aku dah lama tak addict ngan drama..last sekali, seingat aku adalah cite Philipine, She Wolf..pastu xde dah aku ikuti mana2 drama..tapi yang ni? wajib tengok lah!hehehee..

yang tak best sket, waktu tayangan cite ni laa..7-8 malam..waktu maghrib tu kawan2..makanye, kadang tu amik kesempatan time iklan..berlari nak amik air semayang..pastu tunggu jap, iklan lagi baru solat..haihh..teruk nau perangai cmni kan..si sara pulak, balik dr umah pengasuh, dlm 6.30 cmtu, aku bukak channel tv9..kasik die layan upin&ipin dulu..pkul 7 aje, bukak tv3 pulak..tak penah pulak die bising..tapi nnt mulut die bisingg aje nak makan biskut lah, nak air lah, nak koko crunch lahh..aiseehhh..mmg potong stim ini budak!hehehe..

cite ni actually adaptasi dari novel Kasih Yang Suci, karya Meen Zulaikha - Karangkraf..haa..ni yg rasa nak cari novel skang jugak nih..hehehe..



cerite ni mengisahkan Nora Elena (siti saleha), seorang gadis yang telah dirogol oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan (aaron aziz), seorang lelaki berketurunan cina, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.


Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. Mesti ada banyak babak romantik dan mencairkan hati semua penonton..huhuhu...i likeee...


suke3!!