Friday, August 19, 2011

:: Puding roti / agar-agar yang enak bangat!! ::

Semalam, roti Gardenia yg encik hubby beli dah expired..tapi kan, roti tu baru sekeping terusik..isk, sape nak makan? nak buang? sangat la membazir..selalunye kami akan makan roti utk bersahur..tapi lately mood memasak utk berbuke tu dh datang, so that lauk berbuka tu kami jadikan juga juadah utk sahur..so roti tu agak terbiar disitu..kalau cmtu, meh kita transform roti yang dah nak expired ni, kepada something yang berfaedah..memula plan sy nak buat breadcrumb..senang sy nak buat homemade nugget nnt..tapi pikir2 balik, lambat lagi pun sy nak buat nugget nye..bercuti lama..kalau silap simpan, boleh lemau..xsedap pulak..baik buat something yg boleh dibuat juadah berbuka..

then, godek2 resepi lama..jumpe pulak resepi puding/agar-agar roti ni..sesetengah org panggil puding, sesetengah panggil agar2..hmm..mana2 je lah kan? 2-2 pun boleh! resepi die pakai roti 7 keping, so that sy dah tak membazir dah kat situ kan..check resepi die lagi, sume bahan ada cukup lengkap, makanye terus la saya memulakan operasi..masa nak berbuka semalam, xleh nak makan lagi..silap saya lah, sape suruh start buat lambat kan..kan dah lambat die nak mengeras..so lepas berbuka baru makan dessert..en.hubby pun sambung makan pas terawikh...

sumber : enchek google
gambar ni actually bukan gambar sy yg sebenar..tapi ala2 mcm ni la rupenye..sy cume buat combination pink dan kuning..ada corak2 marble disitu..sedap dan menarikk!! :)

ni resepi yg sy gunakan : 
7 keping roti (disiat kecil-kecil)
20g agar-agar biasa (direndam seketika biar kembang)
7 cawan air
1 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
gula ikut manis yang disukai - sy xingat nak sukat..sy agak2 aje..boleh rasa ikut manis yg anda suka
3 pewarna lain (jika suka banyak warna)

Cara-caranya:
1) Masukkan telur ke dalam bekas. Pukul sedikit.
2) Masukkan esen vanilla.
3) Masukkan pula susu cair. Kacau sedikit biar rata.
4) Masukkan pula roti yang telah disiat-siat tadi. Gaul rata agar sebati dan biarkan roti tu terendam seketika.
5) Masukkan adunan roti tadi kedalam pengisar dan kisar sampai roti hancur
6) Sementara tu, toskan agar-agar yang direndam tadi dan masak dengan 7 cawan air.
7) Bila agar-agar telah larut, tuangkan adunan yang berisi roti tadi.
8) Masukkan gula mengikut rasa yang disukai. Tunggu sehingga gula mencair.
9) Biarkan mendidih seketika dan selepas tu barulah boleh tutup api.
10) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (jika suka). Boleh juga letak satu jenis pewarna je, bergantung pada selera masing-masing la kann...
11) Tuangkan adunan ke dalam loyang..utk buat corak marble tu, lapiskan je warna2 yang ada tu, then amik lidi, corak kan die menjadi corak marble..sy sendukkan warna tu selapis by selapis, tetap menghasilkan corak marble yg cantik
12) Tunggu sehingga agar-agar sejuk sebelum dimasukkan kedalam peti ais. Sedap dihidangkan sejuk2..yummeh!

boleh la u olss try nnt kan..senang sangat resepinye t u..cume tulah, gula tu lupe pulak nak sukat..sy semalam main campak2 aje, seb baik laa manis2 buah je yg terhasil..

0 pengomen: