Friday, October 08, 2010

:: Pembikinan Pre-Wedding Portrait Dato' Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina ::

Wow..bestnye..belum kawen dah buat pre wed punye portrait..chantekkk bangatt la pulak..aku dapat ni dr kawan2 kat facebook..dah mintak permission nak tepek kan kat sini utk share ngan korang...cantikk sangat diorg ni kan? mcm pinang di belah-belah!! uiskk..mmg hebat betul la angkasawan kite neh..die punye publisiti xyah ckp lah..untung nye lahai dr.halina dapat abg angkasawan yg ensem iteww!! meh layan gamba jelah eh..

  








Penggambaran utk pre-wedding ni adalah atas usahasama mereka2 ini..

SAIFULNANG VS. KUKUBESI
idea : candid syndrome
ketua operasi : saiful nang
jurugambar : kukubesi & saiful nang
manipulasi : kukubesi
krew : ananamri & candid syndrome

Seawal jam 3 pagi 29hb Sept kami seramai 10 orang krew dari CandidSyndrome bertolak ke Bukit Broga. Pasukan ini disertai oleh 2 orang pakar manipulasi sebagai konsultan yg memberi khidmat nasihat tentang aspek manipulasi disebabkan tema yang kami pilih ialah sesuatu yang mungkin kurang nyata. Bagaimana? perhatikan sahaja nanti.


CandidSyndrome adalah kontraktor visual rasmi perkahwinan Datuk Angkasawan dan juga dalam projek Pre-wedding ini. Idea pembikinan ini bukan idea individu saya TETAPI satu idea kolektif melalui mesyuarat konsep yang kami adakan Isnin ini.

Penggarapan untuk memenuhi kehendak tema itu mencetuskan idea kolaborasi pintar antara CandidSyndrom & Empayar Kukubesi yang pada masa itu diwakili oleh Ananamri dan juga Generalnya, KB.

Satu yang kami pelajari di sini. Sesuatu yang terbaik TAK MUNGKIN berlaku tanpa kesepakatan pasukan yang hebat. Alhamdulillah, semua tugas jadi mudah.

Kredit kepada semua pasukan CandidSyndrome; Cik Liana (Pengurus Projek), Yuslan, Azman, Khairul Hazwan, Fuad Topa, Hapep, Suka Bumi dan beberapa orang rakan-rakan serta kredit untuk KB & Team. Makeup artist Aleng, wardrobe Cosry dan tidak dilupakan kepada Datuk angkasawan dan Dr. Halina.

InsyaAllah, paparan umum untuk prewedding ini bakal di papar di Putrajaya International Convention Centre di atas cetakan berkualiti tinggi di atas canvas dari lifeiscanvas.com

** hasil kerja mereka mmg superbbb!!

*** all piccas credited to Saiful Nang

5 pengomen:

zahidah dihaz October 8, 2010 at 5:24 PM  

cantiknya..mesti lawa gambar diaorang nanti....

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. October 8, 2010 at 11:29 PM  

cantek nye... saya tak de pun pre-wed picas tu..huhu maklum la..pengantin lama..hahaha nak naik buaian! hehehe

Anonymous October 9, 2010 at 7:30 AM  

dasyatnya... isk isk...

MamaYatie October 9, 2010 at 10:15 AM  

mak aiiihh...cantiknya! bertuah badan ya..tq sharing this nice photos..br berkesempatan nak nengok

Anne October 9, 2010 at 5:26 PM  

gambar memang cantik. Orang nye pun memang bagai pinang di belah 2.. (^^o)