Wednesday, September 29, 2010

:: Kekanda Adinda by Atilia & Monologue ::

Korang mesti penah dengar lagu ni kan..Kekanda Adinda by Atilia & Monologue..memula aku dengar kat HotFM, mcm ntah ape la lagu ni..tapi bila dengar elok2 liriknye..menarik gak lagu nih..lirik die pun agak kelakar..pulak tu, suara si Atilia dlm lagu ni mcm comel2 gitu..then die punye music mcm klasik2..so bila di combinekan semuanye..kira oklah utk telinga aku..enjoy layan lagu ni masa tgh redah jalan yg jem kan..


try cari vclip lagu ni kat youtube..so jumpe yg ni..baru aku tau yg monologue tu asalnye dari Butterfingers..huhuhu..korang layan la lagu nih ye..aku nak sambung keje....



p/s : sorry ye..puas dah aku edit window ni kasik kecik sket, tapi takleh nak adjust..nape ntah..dah try pakai window kecik, besar ni jugak yg kuar..isk..

Lirik Kekanda Adinda by Atilia ft Monologue

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi

Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya....

10 pengomen:

shidasyakirin September 29, 2010 at 1:45 PM  

lagu nie memang catchy and kelakar bile dgr. me pun suka lagu nie..

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. September 29, 2010 at 1:51 PM  

hai dear.. :) lin pun suka..actually tak minat atilia, tp suka plak sore dia masa nyanyi lagu ni..memula ingat lagu indon..hehehe :)

cuna September 29, 2010 at 2:08 PM  
This comment has been removed by the author.
cuna September 29, 2010 at 2:08 PM  

1st time dengar lagu ni time tgk cite '8 Bulan' kat TV3. Pastu baru hot fm pasang. cute je lagu ni..cite 8 bulan tu memang sebijik mcm lirik lagu ni

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. September 29, 2010 at 2:15 PM  

shidasyakirin : betul kan? comel je lagu ni..huhuhu..

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. September 29, 2010 at 2:16 PM  

lin : samalah kite!xdela fanatik sangat kat atilia neh..tapi dlm lagu ni sore die kiut je dengar..

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. September 29, 2010 at 2:17 PM  

husna : betul lah..8 bulan punye lagu kan..sebenarnye baru perasan masa tgk klip kat atas tu..huhuhu..sbb selama ni xtgk sangat 8 bulan tu..

Anne September 29, 2010 at 2:25 PM  

ehehehe..nice song.Nanti nak share dengan En.Suami. (^^o)

Unknown September 29, 2010 at 3:04 PM  

oo ni yg lagu tema 8Bulan tu ek
kuman "bohong putih .." Entry

sha_91 September 29, 2010 at 10:39 PM  

bg telinga sy,, sy rasa lagu ni gedikk!! cam da xde lagu yg betul2 bagus plak..

rasa cm tuh maybe sbb sore atilia tuh cam leweh2 dlm lagu ni

tp x per, kasi can sikit.. sbb tuh nk try cari lirik die, so macam ok la..


btw, thx bg lirik.. :)